PH Nak Membebel Kejap Aci Tak?

Hadis nabi mengenai seorang wanita yang masuk neraka kerana seekor kucing iaitu "Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan diseksa kerana kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi."
(Bukhari - Muslim)
Tak banyak dalil-dalil nas dan hadis mengenai kekejaman terhadap haiwan secara khusus, namun hadis tadi telah jelas membayangkan betapa beratnya hukuman Allah yang menanti untuk manusia yang kejam terhadap haiwan...

Sebagai manusia yang dicipta akal yang sempurna, kita adalah khalifah yang amat besar tanggungjawabnya di atas muka bumi ini. Ramai yang terlepas pandang, selain dari tanggungjawab kita kepada anak, suami, isteri, ibu dan bapa kita juga mempunyai tanggungjawab lain yang besar iaitu menjaga kesusilaan alam sekitar dan kebajikan haiwan. Keculasan seperti inilah yang menyebabkan negara kita sering dilanda hukum karma. Banyak masalah sosial berlaku pada zaman millenium ini.
Orang-orang kita banyak memilih kasih dalam perihal membela kucing dan anjing. Majoritinya, ramai yang tak suka kucing betina kerana dikatakan asyik beranak sahaja. Kenapa ada sikap diskriminasi terhadap kucing yang tak berakal? Salahkah mereka dilahirkan sebagai seekor kucing betina? Bukankah kita yang berakal ini yang sepatutnya bijak menangani isu pembiakan kucing dan anjing ini? Inilah salah satu sebab banyak kucing-kucing dibuang ke pasar-pasar. Orang-orang sebegini dahlah salah, tapi tak pernah mengaku bersalah. Lambakan anjing-anjing terbuang ( PH tak akan menggelarkan mereka anjing liar ) juga adalah akibat kecuaian manusia itu sendiri. Mereka tidak turun dari langit dan tidak pula keluar dari perut bumi. Persoalannya, dari mana mereka datang? Persoalan ini telah lama tepu sehingga kini ianya telah merebak menjadi barah.
PH sedih dan cukup kesian bila melihat lambakan kucing di restoran-restoran. Merayu-rayu mereka minta makanan. Bagi mereka yang berasa jijik dengan haiwan kesayangan Rasulullah ini, peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya untuk menyepak mereka atau menyimbah mereka dengan air panas. Rasanya dah berpuluh kali PH melihat senario ini. Ada juga anak-anak kecil yang menampar kepala kucing di hadapan ibubapanya, tetapi mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Bagi PH, kalau kita tak sukakan kucing, anjing dan sebagainya itu tidak mengapa. Tiada siapa yang berhak memaksa kita.
Generasi kita mungkin sudah terlewat untuk mengekang kekejaman yang semakin meruncing ini. Sekaranglah masanya untuk kita bersama-sama mendidik anak-anak kita agar menyayangi haiwan. banyak natijahnya yang kita akan dapat. Anda yang tidak menyukai kucing atau anjing PH tak paksa anda untuk menyukai mereka, akan tetapi janganlah dipanjang-panjangkan tabiat anda itu kepada anak-anak.. Izinkan diri kita untuk mengizinkan anak-anak kita agar menjadi pemangkin yang akan membela si comel yang terbiar ini pada masa depan. Apabila anak-anak kita menyayangi haiwan mengikut apa yang kita ajar, pahalanya akan berterusan walaupun kita telah berada di alam lain. Bukankah itu satu bonus buat kita?

Undang-undang yang sedia ada pula terlalu lemah. Dah lah lemah, penguatkuasaan pun nampak macam tak ada....Tiada akta yang kukuh untuk disabitkan kesalahan ke atas si pelaku kekejaman haiwan...Akta yang digubal baru-baru ini entah berkesan atau tidak...Manakan tidaknya, perancangan penguatkuasaan nampak macam tak serius....hmmmm...
Majlis perbandaran pula sehingga kini masih menggunakan kaedah lapuk yang kejam untuk menangkap dan melupuskan anjing-anjing dan kucing-kucing yang terbuang. Kejiranan kita pula ada yang cetek akal dengan meracuni kucing-kucing dan anjing-anjing jiran hanya kerana terlalu menurut rasa amarah dan terlalu mengikut rasa benci terhadap haiwan yang tidak berakal. Tunggulah balasan kepada mereka yang sengaja membunuh haiwan kesayangan Rasulullah ini. Semua ini bakal mengundang mengundang karma yang tiada penghujungnya sekiranya tiada modal insan diwujudkan pada masa hadapan. Tiada aktiviti-aktiviti kehaiwanan di dalam masyarakat kita. Tiada risalah-risalah dihantar kepada penduduk-penduduk di setiap daerah untuk memberi maklumat tentang penjagaan haiwan atau pihak yang boleh membantu mereka.
Walaubagaimanapun, kesemuanya adalah bermula dari rumah...Kesedaran sivik juga bermula dari rumah...Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kita kena sama-sama melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan bermula dari sekarang...
Wallahualam...
P/S :
Entri ni panjang sangat kot...Kalau tak faham, buat-buat faham dah lah yer...PH nak pergi Basement 3 kejap...Ada urusan yang perlu diselesaikan...Penat betul membebel hari ini...adehhhh...Iyyooooo....!!!!! :)
perghhhhhhhhhhhh entry PH paling panjang.. apa2 pun terbaikkkkkkkkkkkkk la.. :)
ReplyDeleteBaru 4-5 hari step forward dengan amik 2 ekor abandoned kitten..Jadi mkn meriah rmh dgn 5 ekor meow yang aku sayang sangat...Mudah2n dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeletetgok gmbr je...
ReplyDeletesy tak faham mengapa ada manusia kedekut nak bg mkn kpd kucing sbb kucing bukan makan banyak mana pun. sgt kasihan kpd kucing2 jalanan yg merayu2 utk mendapatkan sedikit makanan. Lagi tak faham jenis manusia yg suka menyiksa binatang...
ReplyDeleteSdg dlm proses nak amik kucing blkg rumah jd full time house kitties, Yg dah ada kat rumah ni sekor aje, jeles kan main plak tu, dipukulnya anak2 kucing tu...tp nak teruskan jugak, doakan lama kelamaan dia akan terima mereka berdua jd cucu angkatnya....(yup Ning saya taraf nenek pd kucing2 ni krn ia adalah cucu tomcat yg cuba nak ngorat dia dulu, tp Ning tak layan sebab dah mandul)
ReplyDelete