Terima Kasih Di Atas Kunjungan Angah

Alhamdulillah...Dah banyak kucing terbuang telah berjaya PH 'rehome'kan...Dari tidur di tepian jalan sehinggalah lena di tilam yang empuk...Rasa gembira dan puas tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...Episod pencinta-pencinta haiwan yang bertamu di rumah PH semakin hari semakin meriah....Tak kira susuk tubuh baka kucing kampung dan kucing yang comot, mereka semua datang ke rumah PH dengan satu tujuan, iaitu bersama-sama dengan PH untuk memberi harapan dan sinar baharu kepada kucing-kucing yang terbuang...
Pada tanggal 23 Oktober 2011, PH dikunjungi oleh Uncle Angah...Beliau datang untuk berjumpa dengan Hero....




Saudara Angah ni tak lokek dengan senyuman...Senyuman Baby Facenya pasti akan membawa rezeki pada beliau yang bakal berumahtangga tak lama lagi....hehehe...Steady la Angah....Mantop2 orang Johor ni..PH pun Johorian, tapi dibesarkan di dalam environment Kuala Lumpur sejak kecil....Hero suka akan kehadiran Angah, tapi kadang-kadang Angah kena sembur juga...Adehhh...Tapi, kalau Hero tengah angin, nak pujuk dia senang jer...Bagi dia makan kat telapak tangan...Confirm lepas tu dia tak hangin dah...Ade plak camtu ye Iyo...hehehe

Angah turut berkongsi cerita tentang kekejaman manusia terhadap seekor kucing yang berlaku di hadapan matanya...Sebagai pencinta kucing, beliau telah menegur manusia tersebut tanpa sebarang perjudis...Steady lah bro....
PH ada cerita kat Angah tentang Si Bobby...Bobby ni adalah kucing yang telah diabaikan oleh tuannya ( KLIK SINI )...PH foster Si Bobby ni sementara menunggu adopter yang serius...Jadi PH promote Si Bobby kepada Angah...Tak sangka pula Angah ni suka kat Bobby...



Alhamdulillah...Benda yang tak dirancang selalunya menjadi dengan izin Allah Taala...Si Bobby selamat sampai ke Johor Bahru....Steady lah Angah...PH tabik spring kat kamu....Excellent...!!!!




Ni ibu kepada Angah...Terima kasih puan kerana menjaga Bobby dengan baik sekali...




Kini Bobby dah ada keluarga yang baharu....Ada rumah yang besar dan kawan bulu yang ramai...




Terima kasih kepada Angah yang sudi bertamu ke rumah PH dan sanggup mengambil tanggungjawab untuk memelihara Si Bobby...PH rasa puas dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan hari ini...Blog Kakimotong telah menempa kejayaan...Moral of the story, tak rugi kita berbuat baik dan bersangka baik kepada binatang...


Excellent juga kepada Cik Ery ( KLIK SINI ) kerana berani mengambil tanggungjawab dan ambil peduli tentang akan masa depan Bobby...( KLIK SINI )
Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Angah kerana sanggup mencari Avoderm untuk Hero walaupun terpaksa round satu Shah Alam ...


Si Bon-Bon pun nak interprem jugak ke..? Adeehhh
P/S : 
Sporty baring kat kasut Angah...Dia tahu yang Angah ni ada aura sayangkan kucing...Dan itu bermakna kemungkinan besar ada rezeki yang akan mengikuti Angah dan keluarganya...Insyaallah, PH dan para pembaca blog ini akan mendoakan kamu sekeluarga diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...Excellent juga kepada anda yang mula nak berubah - berani kutip kucing yang terbuang...Berbanggalah kerana memiliki sifat sayangkan haiwan...Sekurang-kurangnya, kita ada perasaan yang mereka tak ada...Kalau anda suka entri ini, sampaikanlah berita gembira ini kepada rakan-rakan anda dengan klik butang SHARE :)




Bersama-sama kita memartabatkan Pencinta Haiwan

Comments

  1. alhamdulillah..akhirnya bobby dpt kuarga bahagia..smpaikan ucapan terima ksh ery kpd family angah dan terima kasih pd PH sekeluarga jg...:)

    ReplyDelete
  2. saya harap blog PH takkan pernah tutup. Sebab dr blog ni la dpt mengajak org ramai syg kan haiwan.. :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya..bila agaknya saya dapat g melawat hero eyh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular