KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Tuah Kucing Jalanan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Friday, October 14, 2011

Tuah Kucing Jalanan

Posted by Papa Hero | Friday, October 14, 2011 | Category: , , , |

Setiap makhluk ciptaan Allah semuanya cantik-cantik belaka...Walaupun ada yang hodoh, tapi dia cantik bab lain....Contohnya macam siput babi...Namanya tak seindah rupa...Cuba perhatikan corak pada cengkerangnya....Subhanallah...!! Memang cantik....Tapi tak ramai yang nak lihat akan kecantikan itu...Kalau nampak terus jer pijak..Perkara ni selalu dilakukan oleh kanak-kanak...hmmm...Apa nak buat...Banyak benda tersirat kian dilupakan akibat kesibukan duniawi sehingga terlupa akan keindahan ciptaan Tuhan juga perlu dihargai...


Kalau kucing cantik lagikan dibuang, apatah lagi kucing yang tak cantik...Inilah wajah-wajah yang dimaksudkan....Mereka tak tahu yang mereka cantik, dan mereka juga tak tahu kenapa mereka dibuang...Kita yang berakal ni kadang-kadang mengambil pendekatan drastik kerana terlalu mengikut nafsu amarah....Memang fitrah kucing-kucing ini 'berkahwin' dan beranak....Cuma kita ni yang perlu bijak menangani isu pembiakan haiwan peliharaan....

Kalau kucing cantik, mesti ramai yang tertarik dan ramai yang nak kutip...Inilah fitrah manusia yang menyukai kecantikan luaran secara umumnya....Kalau kucing kampung yang berkurap, berkudis dan kurus rata-rata ramai yang tak ambil peduli....Ini juga adalah fitrah manusia...Ditatang bila sayang dan dibuang bila benci....hmmmm


















Kucing juga ada memikirkan masa depannya....Kita sahaja yang menganggap mereka tiada masa depan....Siapakah kita untuk menilai mereka...? Kalau nak nilai dari segi kerohanian, kita jauh ketinggalan...Dalam haiwan tiada manusia tetapi dalam manusia ada banyak haiwan....



Baru-baru ini ada seekor kucing tiba-tiba melese di kaki PH...Entah dari mana datangnya PH pun tak perasan...Warnanya biasa sahaja, tak cantik seperti gambar kucing di atas.....Tapi manja sangat-sangat....terasa badannya menggigil...Kucing betina ini menahan lapar....kesian betul....memang nampak sangat kucing ini adalah kucing rumah, pernah bertuan...



Masa tengah belai-belai kucing betina kelabu tadi, datang pula lagi seekor kucing betina tapi kali ini bertompok hitam putih...Yang ni pun boleh tahan manjanya....Perangainya jauh berbeza dengan kucing parsi...Kucing parsi ni kebanyakannya berperangai pasif...


Adat kucing yang terbuang, pastinya berlaku percakaran sesama sendiri...mereka berdua langsung tak boleh bertentang mata.....Kesian si betina kelabu tu...Tiba-tiba kena cakar...Tapi tak luka pun...Cakar-cakar ayam jer...


Manakan tak bercakaran...!!! Piskis tin menanti...MH yang jadi squad runner...


Kalau tak mampu, mendoakan keselamatan mereka pun dah memadai...rezeki yang datang kepada kita menjelma dalam berbagai bentuk....Salah satunya ialah bentuk kucing jalanan...Kita jer yang selalu terlepas pandang....Awaslah kepada mereka yang selalu menyepak kucing kerana mereka yang berbuat sedemikian ibarat menyepak tuah kucing jalanan....


Maka selesailah sudah tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini untuk kali ini...Segala bantuan kepada haiwan jalanan yang ditunjukkan di dalam blog ini bukanlah untuk berbangga diri, jauh sekali untuk riak sombong....Tanpa ada testimoni sebegini, sukar untuk PH menerobos ke minda pembaca...PH perlu mengambil risiko untuk menyebarkan berita-berita sebegini sebagai peringatan bahawa kita perlu bersyukur kerana dicipta sebagai manusia yang berakal dan tidak dicipta menjadi haiwan yang akhirnya terbuang seperti mereka...


P/S :
Kalau takde duit nak beli piskis on the spot, cukuplah dengan memberikan belaian manja kepada mereka...Mereka juga memerlukan penghargaan dan 'reward' dari kita..,Ingat, kucing jalanan ni sebenarnya banyak yang membawa tuah kepada kita...Ramai yang tahu, tapi .....
Enhanced by Zemanta

Comments
10 Comments

Currently have 10 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. kat umah mak mertua.. byk kucing suka dtg lepak.. sbb mak mertua suka bg mkn...

  2. betul PH, ramai yg xtau atau sbnryer buat2 xtau...yg cumel pun dibuang..inikan pula yg biasa2..

    tp sejak kecil kt dh didedahkan bila berbuat baik akan dibls baik..itu yg ery ingat smpai dh besar ni. :)

  3. kenyang diorg atas prihatin PH dan MH :)

  4. saya masih tak mampu nak bawa pulang dan rawat mereka , mahupun memberi makan .

    hanya sekadar menegur dan berdoa mereka selamat dari sebarang musibah .

  5. kalau kucing mendekati kita..ke rumah kita..bermaksud dia tahu kita/rumah kita ada rezeki yg dapat dikongsi bersama...my mom always told that. then mereka akn sentiasa doakan kita dimurahkan rezeki supaya next time die boleh dtg lagi...

  6. sy pnh dgr, kucing yg jilat2 badan muka die lepas mkn makanan yg kita bg sbnrnye die sdg mendoakan kita :)

  7. AF habis ari2 50 hinggit beli makanan tucen wat stray cat, best sgt rasa bersyukur, Allah bagi minda dan kesedran utk membantu mereka

  8. ada p'nah seekor kucing betina dtg dpan umah stiap kli ingin mkn...pndai kucing 2....sye rse gmbira dpt berkongsi rzki dgnnya...seigt sye kucing i2 xmengeow...tggu sje dpan umah shigga pintu d buka(sye ny ddk d umah flat)....tp i2 dlu...skrg sye xthu pe nsib kucing 2...dh xdtg g umah sye...mgkin ada org len buang kucing 2 d tmpt len...sye xmmpu nk jga.mk xbg...sye mmpu bg mkn jee....

  9. blkg rmh saya byk siput babi..besar²!..tambah kalau waktu lps hujan lagi la byk..slalu kena angkt ubah sbb takut tepijak..kecian kalau dibayangkan dipijak sesuka hati :(

  10. sape ckp kucing wrna kelabu 2 x cantik? comel giler,cantik...kalau sy jumpa mmg bawa balik la..


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails