Terima Kasih Di Atas Kunjungan Pakcik Kamarudin Sekeluarga
Memang menjadi tradisi blog KAKIMOTONG akan menyiarkan entri untuk sesiapa sahaja yang datang ke rumah PH....Baru-baru ini, rumah PH dikunjungi lagi oleh Pakcik Kamarudin dan seisi keluarganya....Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Hero kata Pakcik Kamarudin yang merupakan seorang pesara...Beliau ditemani oleh isterinya, Makcik Laila ( maaf yer kalau tersalah eja ), Saudara Fauzan dan Saudara Fairuz ( anak ) dan menantunya iaitu Pn Sha....Sinar kegembiraan dan kesyukuran jelas terpancar dari raut wajah mereka....Terima kasih kepada Pakcik Kamarudin sekeluarga kerana sudi datang ke teratak PH...Mereka datang dari Kajang, tak jauh dari rumah PH ni...
Pn Sha tersenyum simpul apabila berada di sebelah Hero...Mereka mendapat tahu kisah Hero dari majalah Mastika ( KLIK SINI )...
Anak-anak angkat PH yang lain tu macam biasa, menyibukkan diri untuk mendapatkan perhatian...Kelihatan Si Hector ditimang oleh Saudara Fauzan...
Dah alang-alang mendatang, peluang untuk bergambar dengan Hero pasti tak akan dilepaskan....
Walaupun mereka singgah tak lama, tapi rasanya macam lama...Riuh betul rumah PH pada malam tu...
Hero baru lepas diberi ubat kerana sakit perut akibat tersalah makan..Dia banyak membaringkan diri...Tapi Alhamdulillah, sekarang Hero dah sihat semula ( KLIK SINI )
Dalam pada sakit tu, makan tetap makan...hehehehe...Itulah satu kelebihan yang ada pada Hero...Sakit macamana sekalipun, dia tetap nak makan...Doa-doakanlah agar Hero ni sentiasa sihat dan dipanjangkan umurnya...Allah menurunkan Hero untuk iktibar kita bersama...
Berikut adalah kata-kata hikmah dari Pakcik Kamarudin yang PH terakam secara tak sengaja..Sama-samalah kita berbuat baik pada binatang waima anjing sekalipun...
P/S :
Terima kasih sekali lagi kepada Pakcik Kamarudin dan sekeluarga...PH amat mendambakan silaturrahim di antara sesama kita...Hero telah menemukan kita semua di sini...Bagi PH, Hero adalah Living Legend
( legenda yang masih hidup )..Sementara Hero masih ada ni, tak salah jika kita mengambil iktibar dari ketabahan Hero...
Wallahualam
Nantikan kemunculan penulisan sulung PH di dalam Majalah Mastika bulan Disember 2011...Seseorang pasti akan terkejut...Orang itu adalah dari Fan Page Kakimotong juga dan pernah datang ke rumah PH...Persoalannya, siapakah orang itu...? Teng Teng Teng..........
saye teringin nak jumpa hero :)
ReplyDeletesyoknyeeee..ramai yg melawat Hero
ReplyDeletecuma Meow Meow Family masih belom berkesempatan nak jumpak Hero Family hehehe
Dah macam artis HERO ni, byk peminat... Alhamdilillah...
ReplyDeletecayunk iyo comel...
ReplyDelete2021 hero dah tiada
ReplyDelete