KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Terima Kasih Di Atas Kunjungan Cik Jaja ( Anno Nymos ) dan Ery D Cat

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, October 22, 2011

Terima Kasih Di Atas Kunjungan Cik Jaja ( Anno Nymos ) dan Ery D Cat

Posted by Papa Hero | Saturday, October 22, 2011 | Category: , , , , |

Lama juga PH tak kemaskini blog…Akhir-akhir ni PH rasa letih sangat-sangat…Maklumlah, hidup ini makin lama makin tua…Hidup kita semua menuju ke garisan penamat…Cuma masanya jer yang tak tahu bila…Tapi tak mengapalah, tak penting kita fikirkan apa yang berlaku di masa hadapan, tapi amat penting bagi kita memikirkan apa yang berlaku sekarang kerana masa sekaranglah yang akan menentukan masa hadapan kita…If you fail to plan, you plan to fail

Pada 9 Oktober 2011 yang lepas, rumah PH dikunjungi pula oleh Cik Jaja sekeluarga…Turut hadir pada hari itu ialah ibunya iaitu Puan Siti Rahmah, Cik Suzanna ( kakak Jaja ) dan suaminya iaitu Saudara Yazmin…Seperti kebiasaan, anak-anak angkat PH ni memang suka kalau orang datang ke rumah…Macam-macam kelaku yang dibuatnya…adehhh
Banyak makanan yang dibawa oleh Cik Jaja…Sedap betul roti jala yang mereka bawa….Untuk pengetahuan, PH memang suka makan roti jala...

Hero pun moodnya baik sahaja ketika itu...Cik Jaja datang bawa mainan...Budak-budak lain tu tau nak interprem ajer...Saudara Yazmin nampak cool & steady jer...Kat rumah dia pun ada lebih dari 10 ekor kucing...Excellent bro :) ..

Cik Jaja asyik snap gambar sampai dah tak hengat dunia dah...adehhh


Ini si comel milik Cik Jaja, namanya Koko...Comel betul...Rasa nak geget jer muka dia...hahahaha...Jangan marah yer Cik Jaja...


Beginilah gelagat Cik Jaja dan Famili serta anak-anak angkat PH ketika bertamu di rumah...



Siri kunjungan seterusnya, rumah Cik Ery ( KLIK SINI ) dan kakak sepupunya Cik Rina telah sudi bertamu di rumah PH pada tanggal 16 Oktober 2011....Mereka datang dari negeri pasir dua butir....hehehehe....

hai..Nama saya Nila..Kini saya hepi dengan Mama Rose
Cik Ery yang di sebelah kiri, manakala Cik Rina di sebelah kanan...


Si Bobby ni diabaikan oleh tuan yang pernah menyayanginya dulu..Dibiarkan sahaja Si Boboy ni di luar rumah tanpa mengambil berat sikit pun tentang kebajikannya...Kalau mati kena langgar macamana? Nampaknya, Si Bobby ni ramai peminat catfacebook....Si Bobby ni lagipun hensem :)
Entah-entah, diorang ni tengah gosip pasal PH kot....adeeehhhh


Last-last Kantoi dengan abam kawasan...

"Hepppp...Ni apa ngate Papa Iyo ni...? Tak baik lorrr"


Gelagat Si Montel memang macam tu...Ada jer yang terkejal...Dia bukan kisah pun...Memet yang gendut kat depan mata pun buat tak nampak ajer...Si Memet ni badan dia besar betul....Tapi, ada kisah yang menarik lepas ni...Teruskan membaca yer :)


Biarpun Cik Ery cuma datang berdua jer, tapi rumah PH jadi riuh rendah...PH pun tak tahulah kenapa jadi macam tu...Tengok gambar ni pun dah rasa auranya...hehehe


Hero dah tak larat nak jalan..makan banyak...


Tiba-tiba Iyo Iyo berdiri menjengah Si Memet...Hidung Iyo kembang kempis dan tertanya-tanya siapakah pencabarnya kali ini...


Hero memang garang dengan kucing yang asing dalam rumah ini..Tapi kalau kucing kecik dia ok jer...





Lepas sound tepet kat Memet sepatah dua ribu kata, Iyo dah macam malas nak layan...Memet plak nyorokkan muka dia...Adehhh kesian PH tengok Memet...Terlupa plak PH nak snap foto dia...Sementara itu, Cik Ery dan Cik Rina tak melepaskan peluang untuk bergumbira dengan anak-anak angkat berbulu PH...Beginilah suasana rumah PH ketika itu...


Silent Mode time....


Lepas makan, Iyo dah tak geram-geram lagi....


PH ingatkan Memet ni tak gendut...Rupa-rupanya lebih kurang Iyo juga....hehehe


Memet terpinga-pinga lepas kena sound tepet dengan Iyo...Papa minta maaf bagi pihak Iyo ye Memet cayang...Hero memang macam tu..Dia garang dengan kucing luar...Yang hairannya, kucing luar semua takut dengan dia...


P/S : 
Sebenarnya, Cik Ery datang ke rumah PH sebab nak minta PH 'foster'kan Si Bobby ni..Sayang betul...kucing sihat walafiat macam gini pun diabaikan tuannya...Entahlah manusia zaman sekarang ni...Budak kena langgar van ( kes di China ) pun main tengok ajer...inikan pulak si kucing jalanan...

Sesiapa yang mengidam nak kucing perut gendut, gagah perkasa tapi manja, boleh dibuat bantal peluk dan kucing yang aktif, Si Bobby ni memang PH sorkan...PH nak buka for free adoption..Kalau berminat, pm inbox PH @ http://www.facebook.com/haireyhero






Skang Si Bobby ni ada di rumah PH..kalau nak, datang rumah..hehe


Comments
5 Comments

Currently have 5 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. PH..x silap kak elly, si Dino dok sibuk cari kucing kaler mcm ni..bdk bobby ni ekor ketot ke?

    Elly Shuhaili

  2. alorhhh comelnya..geramnye tengok sume tu..

  3. booby mcm kucing sy si merah...tp kucing sy dh mati awal thn ni...
    berminat nak bela tp kt rumah dh ade 10 ekor...

  4. adeh...pasir dua butir je...ingat 3..hehehe...apa2pun terima kasih sudi jaga bobby sat dan dptkan kuarga angkat untuknya...hanya Allah S.W.T je yg mmpu mbls jasa baik PH sekeluarga


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails