Apabila Menaruh Tinggi Terhadap Doktor Veterinar...Kita Lupa Bahawa...

Salam..

Topik yang saya nak bangkitkan kali ini agak panas....sesiapa yang selalu mengikuti blog kakimotong ni, mereka tahu mengapa topik ini saya bangkitkan. Baru2 ini, saya telah dikenakan charge RM90 untuk consultation fee lewat malam dari seorang dr vet di mana consultationnya hanya meliputi perkara2 am...dan tak sampai 5 minit pun...tambahan pula, vet tersebut mengatakan deposit untuk meletakkan kucing adalah RM600 ketika itu kerana double charge lewat malam ( kalau waktu siang mungkin RM300 )...deposit tersebut tak termasuk kos rawatan..hanya bayar deposit RM600 dulu, baru boleh cerita.

persoalannya :

1 ) Mengapa vet tersebut mengenakan charge yang sedemikian rupa?

a ) untuk membezakan yang kualiti rawatannnya dengan vet lain adalah lebih tinggi?
b ) kerana vet ini telah mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli perkakasan perubatan moden?
c ) kerana untuk cover sewa bangunan atau coverr hutang bank...
d ) untuk mencari keuntungan dan menggunakan alasan bahawa kos operasi adalah mahal...seperti membayar gaji doktor yang bertugas pd waktu malam...
e ) kerana kesemua para doktornya adalah doktor pakar yang berpengalaman luas...

2 ) adakah cara doktor haiwan merawat sama seperti cara doktor manusia merawat??

a ) bertanya kepada pesakit haiwan sudah tentu tidak...

b ) biasanya, dr vet akan tanya owner pet :
i - kucing / anjing ni sakit ape?
ii - pukul berapa awak bagi dia makan?
iii- dia ada muntah2 tak?
iv - dia ada bergurau tak?
vi - sebelum ni pernah dapatkan injection tak?
vii- berapa lama kucing / anjing / kera ni macam ni???

semuanya dijawab oleh owner pet dengan keadaan tahap kepastiannya dalam lingkungan 70%...lagi 30 % pergi mana??

5% jawapan lazim soalan i - MUNGKIN dia kena pukul / kena langgar / jatuh ( sebab owner tak nampak dengan mata sendiri bagaimana pet mereka jadi sedemikian rupa...sebab tu dia kata MUNGKIN...)

5% jawapan lazim soalan ii- saya dah bagi dia makan tengah hari tadi, DALAM pukul 12...walhal owner tak pasti banyak mana yang pet dia tu makan sbb lepas bagi makan, owner tak tunggu pet dia makan sampai habis ( tapi papa meow tunggu sampai habis )...biasanya, owner pet yg macam ni adalah owner pet seperti aku, selalu tight dengan tugas dan masa...

5% jawapan lazim soalan iii- ada muntah, sekali jer ( macamana owner tu tahu pet dia muntah sekali jer?? )depan doktor, cakap muntah sekali jer, lepas jumpa doktor, balik rumah terjumpa plak 3-4 tompok muntah kat bawah meja kerusi kat rumah...silap2 ada darah...so how??

5% jawapan lazim soalan iv - ada gak dia main2 ( walhal kucing tu main secara terpaksa...) dan badan dia nampak masih kuat tapi sebenarnya lemah...EX : mungkin spine dia tercedera...

5% jawapan lazim soalan v - pernah ( tapi tak constant )...malu dengan doktor punya pasal, cakap sumer injection cukup time...

5% jawapan lazim soalan vi - SAYA RASA baru sehari...( walhal dah lama kena tapi kesannya baru nampak sebab dah jadi radang / barah....

TOTAL : 30% tahap jawapan yang tidak pasti...

Kesimpulannya :

1 ) Dr vet juga bertindak mengikut maklumat. Segala maklumat yang diberi pet owner masih ada ketirisannya ( tetapi tak boleh diambil mudah..maklumat owner tetap diperlukan )termasuk 30% jawapan yang tidak pasti ketepatannya...
2 ) Ada sesetengah vet berpengalaman tahu yang owner pet tu tipu, tapi buat tak tahu jer ( this is a good doctor )..tapi, dia masih memerlukan maklumat dari owner tersebut ...
3 ) Langkah seterusnya bg vet adalah paling penting supaya tak tersilap langkah, sama ada membandingkan maklumat tuan punya pet dan maklumat x ray / kajian terperinci berdasarkan teori sendiri...mana satu yang lebih tepat? kalau saya vet, saya akan mengatakan kajian saya adalah lebih tepat kerana peralatan pemeriksaan yang cukup dan nampak penyakit dengan jelas menerusi X Ray.

Jadi kesimpulannya, kita sebagai pet owner harus ingat bahawa :

1 ) Dr vet juga membuat ramalan dan bertindak atas maklumat pet owner..

2 ) tak semua ramalan vet adalah tepat belaka walaupun melalui ujian X Ray...

3 ) dr vet juga mempunyai andaian yang tidak tepat dan lebih buruk lagi, ada pet yang mati semasa dalam rawatan...tapi kes saman menyaman doktor haiwan saya masih belum dengar lagi...ini mungkin adalah kerana terdapat perjanjian yang perlu ditandatangani oleh pet owner kepada pihak klinik veterinar sebelum pembedahan...bagaimana kalau haiwan yang dirawat mati ketika dibedah? Pet owner pula tiada di situ...tak dinafikan doktor veterinar juga melakukan kesilapan...ini seolah2 try & error...Dan doktor veterinar pula memberi alasan bahawa punca kematiannya adalah disebabkan penyakit lain atau menyalahkan pet owner kerana terlewat hantar ke vet?? ( senario di atas adalah contoh sahaja )

Kalau ada dikalangan saudara2 kita yang dibedah, kita akan menunggu di luar bilik bedah..so, segala punca & keputusan kita boleh tahu dengan cepat..kalau doktor melakukan kesilapan,dia susah nak cover...sbb ramai sanak sedara menunggu di luar bilik bedah...

Haiwan peliharaan kita dibedah tanpa kita berada di sisinya, apa yang akan berlaku sekiranya anda sebagai dr vet yang membedah haiwan itu telah menyebabkan haiwan itu mati?? Apa alasan yang anda gunakan untuk menjawab pada pet owner?? Bagi pendapat saya, sekiranya haiwan itu mati kerana kesilapan doktor, doktor tersebut masih selamat kerana saya pernah terbaca agreement sebelum pembedahan di sebuah klinik veterinar swasta ( tak ingat di mana ) mengatakan bahawa pihak klinik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian terhadap haiwan peliharaan anda samada di dalam tahanan wad ataupun ketika pembedahan...lihatlah betapa murahnya harga nyawa seekor haiwan....

ISU MEMBAWA KUCING JALANAN KE KLINIK VETERINAR

Anda sebagai seorang Dr vet yang berpengalaman, deposit sebanyak RM600 telah dibayar ( deposit sahaja, tak termasuk lain2 cas ) oleh pet owner...apakah anda yakin dengan tahap kemampuan awak boleh menyelamatkan nyawa haiwan?? Saya sebagai pet owner menaruh amat tinggi tentang kemampuan doktor vet...tetapi, sekiranya saya sebagai owner kucing jalanan membawanya ke klinik haiwan, adakah terdapat double standard di situ??


b ) Kalau ada owner kucing jalanan tak ambil kucing itu, ianya akan disuntik mati dan bangkainya dibakar / dibuang / dibakar saya tak tahu...( tergamaknya jika perkara ini berlaku )...sekiranya berlaku, bukankah kita ada SPCA, Persatuan Kucing Malaysia dan lain2 untuk kucing2 yg tak diambil ini ditempatkan ke sana?? Kenapa?? Adakah kos petrol ke sana amat tinggi? Tiada Masa? Tiada orang nak hantar? banyak lagi kerja lain nak dibuat? hantar kucing2 ini ke zoo untuk santapan si belang??

Jadi, Doktor Veterinar juga adalah manusia biasa..janganlah kita sebagai pet owner terlalu menaruh harapan kepada dr vet...Dr Vet hanya membuat apa yang dia mampu...pernah berlaku di depan mata saya dan wife, ada sepasang suami isteri muda telah membawa seekor kucing jalanan yang telah berulat kakinya..kucing itu terbaring di bawah keretanya dan menggigil...kebetulan pula, pasangan tersebut telah membawa kucing itu ke klinik yang sama saya ditawarkan deposit RM600 tu...hasil pemeriksaan doktor, kucing itu dicadangkan supaya disuntik mati sahaja kerana peluang untuk pulih adalah 50-50...ini adalah kerana major surgeri adalah diperlukan untuk merawat kucing tersebut...doktor ini amat gentlemen ( tak sama dengan doktor yang merawat Pak Tam ), dia terus memberitahu kos perubatan adalah RM5000 ke atas...kerana tidak mampu, pasangan ini bersetuju untuk membenarkan doktor itu menyuntik mati kucing tersebut...apa yang amat saya kesalkan, sebelum disuntik mati, kucing tersebut langsung tidak diberi air atau disuapkan sedikit makanan oleh doktor sebelum nyawanya diambil...adess...belum sempat aku tegur doktor tu, dia dah suntik dulu dengan ubat yang berwarna merah pekat...sambil diperhatikan oleh pasangan tersebut, aku hanya mampu mengalaskan tapak tangan kiri aku ke pipinya manakala tangan kanan aku mengusap kepalanya...kucing tersebut mati dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat...aku tak dapat nak bayangkan bagaimana kalau orang ambil nyawa kita dalam keadaan lapar dan dahaga...takkan klinik tu takde spare wet food?? takut rugi ke?? takkan doktor tu tak ingat langsung akan kebajikan kucing tu? Apa yang aku belajar dari kisah ini ialah DOKTOR HAIWAN ADALAH SATU PROFFESION YANG SESEORANG MANUSIA ITU PILIH, TETAPI PERASAAN SAYANGKAN HAIWAN ADALAH SATU ANUGERAH YANG DIBERI KEPADA MANUSIA YANG TERPILIH...Adakah seseorang yang berproffession veterinar benar2 mempunyai perasaan cintakan haiwan??

Mungkin perkara ini ditertawakan oleh vet yang membaca entri ini....tapi, biarlah...saya menulis berdasarkan pendapat dan pandangan peribadi sendiri...tak luak pun kalau depa gelakkan aku..


Kepada Dr2 vet yang membaca entri ini, diharapkan anda terbuka ketika membaca entri ini yer...mungkin anda juga mempunyai penjelasannya dan mempunyai sesuatu ilmu yang perlu dikongsi bersama...saya mula terfikir perkara ni semenjak kes Pak Tam dan kes deposit RM600 tu...Saya amat mengalu-alukan komen2 dari Dr Vet asalkan tinggalkan link...anonymous saya akan reject...


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...

Update blog akan datang : MAJLIS PERJUMPAAN BLOGGER DAN RAKAN FACEBOOK BERJAYA...

Comments

  1. vet mmg cekik darah .aku pegi antar kucing aku pon kene charge 150++ .perghh .

    ReplyDelete
  2. Don't worry about your English, my Malay is horrible. But as long as we understand each other, it is fine. :)

    Am glad that Hero's elevated eating style helped him. Good thinking by using a 2-inch plastic container. If you wish you can email me at the email address in my blog.

    Pak Tam probably got kicked!
    In Pak Tam's case, it would be difficult to diagnose and give treatment immediately until x-rays and tests are done. Food and water cannot be given as if a surgery is needed, he may vomit which is not good. Did the vet put him on drips?

    If you have found a good vet, stick to that vet.
    My cats love their vet and have been seeing him for 10 years. I always sms the vet to make an appointment and say what time, day and which cat I would be bringing including the problems of the cat.

    My niece made that band. My brother and wife (they and their children live in Canada) came home for a visiting holiday and brought that band.

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak cakap apa bro.
    kekadang charge kita ke klinik pon tak semahal antar kucing ke vet.
    erm..

    ReplyDelete
  4. Misz Pinkie : betul..saya setuju...sbb kuasa bukan di tangan kita..apa2 komen, saya terima jer..sbb mungkin saya yang tak fhm prosedur vet macamana...kalau ada dr vet yang boleh explain ttg kos yang berlainan, sila komen jer kat sini yer...pendapat di atas hanyalah pendapat peribadi saya sahaja...hari ni nak gi vet UPM nak amik pak tam

    ReplyDelete
  5. kos utk merawat kucing mmg sgt mahal malah berkali ganda mahalnya dari kos rawatan manusia, kdg2 bila haiwan peliharaan kita sakit rasa mcm x mampu je nak hantar ke klinik tapi tak sanggup juga nak biarkan mereka kesakitan so mmg tak ada pilihan lain..ikhtiar la dptkan duit dr mana pon supaya haiwan peliharaan kita sembuh

    selama ni ingat klau dokter haiwan tu pon sama je perasaan kasihkan haiwan mcm kita tp kebanyakkan mcm xde perasaan ponnn..yg penting mashuk. Tapi nak buat camana dia yg dokter bkn kite, redha ajelah...

    ReplyDelete
  6. salam,

    boyachilles, i'm a vet.. would like to say something, but have to think many times before i drop my comment. must write wisely so that i won't hurt the readers and the vets... =)

    nanti saya akan share pendapat ye.

    wassalam.

    ReplyDelete
  7. dear mrs joe sparrow,

    saya tau awak akan sampai ke entri ni...saya juga tahu awak seorang vet..selalu saya sampai ke blog awak...

    btw, saya juga ingin tahu apa perasaan dan masalah yg dialami oleh seseorang vet...

    saya juga serba salah nk timbulkan topik ni...so, sebagai vet, sekurang2nya awak tahu ape masalah yang selalu kami hadapi( sebagai pelanggan )...kami juga ingin tahu masalah vet...

    anyway, saya suka cara Dr Intan, Dr hadzwan and Dr nor...saya rs, setakat ni mereka adalah yg terbaik pernah saya jumpa...

    ReplyDelete
  8. salam,

    mula2 saya nak bagitau kat awak yang saya sangat tertarik dgn blog ni sebab hero.. sayang sangat kat dia walaupun tak penah jumpa...

    saya jawab satu persatu persoalan awak tentang profesion sebagai seorang vet..

    saya penah bekerja di 3 buah klinik vet. salah satu di SAVC, sec.13... insyaAllah, kalau ada rezeki saya berniat nak buka klinik sendiri.

    saya akui,memang wujud vet2 yg 'cekik darah' ni..rawatan tak seberapa, tp charge bukan main mahal lagi. berdasarkan pengalaman kerja saya, consultation memang tidak di charge. FOC..
    kami cuma charge bila ada beri ubat or buat diagnosis either blood profile, x-ray, ultrasound, etc.. yang tu memang kita charge.

    tentang harga yg dikenakan, itu juga bergantung kpada owner klinik. must remember that, klinik2 private ni bergantung kepada modal sendiri untuk beli ubat-ubatan dan ubat2 ni bukanla murah. biasanya private vet akan gunakan ubat yang diimport dari oversea, di mana kosnya memang tinggi. if bawa ke klinik vet kerajaan, harga yang dikenakan mungkin jauh lebih murah, tapi mesti tahu apa jenis ubat yang digunakan. lagipun, klinik kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh duit kerajaan... =)

    tentang ramalan2 yang awak berikan di atas, betul, seorang vet memang bergantung kepada owner untuk tahu history sakit pet nya.ramalan yang awak sebut tu kami panggil sebagai "tentative diagnosis"... means early presumption.

    tapi, untuk betul2 kami rule out apekah penyakit yang dihadapi oleh pet itu, kami perlu lakukan diagnosis yang lebih tepat. banyak kaedah yang perlu dilakukan. dan saya tau, boyachilles tentu sedia maklumkan dengan kos2 perubatan dan peralatan ni.. =)

    untuk sesetengah penyakit yang common, vet tidak perlu melakukan diagnosis yang terlalu banyak atau melibatkan kos yang tinggi kepada owner. cukup dengan 'bantuan' history from owner, vet itu sudah boleh merawat sakit pet tu.

    cukup sampai sini dulu. nanti saya sambung ye...

    ReplyDelete
  9. salam..tertarik nak komen juga...sebelum itu sy ucapkan tahniah kepada boyachilles dan rakan2 si comel lain yang amat mengambil berat tentang kebajikan haiwan kesayangan anda....

    sy seorang veterinarian.Pernah bertugas di bidang haiwan kesayangan selama 3 tahun sebelum berkhidmat sebagai vet ladang sehingga sekarang.

    Sy tak boleh nak jawab semua permasalahan di atas sepenuhnya, tapi sy ingin utarakan pendapat peribadi sy berdasarkan pengalaman sy bekerja di bidang ini.

    1.bila anda ke klinik, nak tau vet anda mesra haiwan atau tidak, tgk bagaimana dia treat kucing/anjing anda.A true vet will always be compassionate and concern about his/her patients.Silap2 ada yang bercakap dgn nada manja dgn haiwan anda!Kalau jumpe vet yang endah tak endah pd anda dan kucing/anjing anda, keluar je dari klinik dan cari vet lain.In your case, u terpaksa sebab itu klinik yang terdekat kan?That cannot be helped,u are so unfortunate that day, so next time jgn pegi lagi ke sana ye?

    2.deposit/consultation yang mahal:
    it is true that we take deposit upon animals boarded/hospitalised.Tapi memang charge yang vet tu kenakan anda terlalu mahal.Biasanya, kalau sayalah, kami akan ambil deposit RM50 utk kucing(kes minor), RM100 (kes major).Bagi dogs patient pula, biasanye deposit RM150 - 200.Kami akan menjelaskan ttg anggaran byrn bg rawatan(harian/makan/ubat2an/rawatan) SEBELUM anda bersetuju memberikan kami merawat kucing anda.Selepas itu, terpulang kepada owner utk bersetuju atau tidak, itu adalah hak owner.yang sy sebutkan ini adalah anggaran sy shj(di Johor).sy tak sure about KL/Selangor dan definitely dah ingat2 lupa tentang UPM sebab dah lama (lebih 6 tahun) tak ke sana.

    kenapa perlu byr deposit?utk cover makan minum dan rawatan bagi 2-3 hari pertama,ada juga berlaku kes semasa sy di klinik di mana owner yang tidak byr deposit,tapi kita terima juga kerana nak rawat anjingnya yang patah kaki ketika itu dan keesokkannya owner yang tak bertanggungjawab itu melarikan diri dgn haiwannya(dia memberi alasan nak bawa anjing dia for take a walk....)!

    bersambung di bawah...

    ReplyDelete
  10. ...dari atas...

    3.euthanasia(suntik utk mati/put to sleep-pts): dahulu semasa mula2 sy bekerja sebagai seorang vet, it cannot be helped that I felt that euthanasia is cruel.Tapi semakin lama sy di bidang ini, sy merasakan euthanasia itu membantu haiwan.

    bagaimana sy mengatakan ia membantu sedangkan tujuannya ialah membunuh?

    begini, katakan the good samaritan yang membawa kucing jalanan yang cedera/luka berulat seperti yg anda nyatakan di atas, utk rawatan.Katakan pasangan ini sanggup membayar utk rawatan walau semahal manapun serta sanggup menjaga kucing ini selepas ia discharge dari hospital/klinik, maka, cerita euthanasia tidak akan timbul.

    tetapi, katakan pasangan itu tadi tidak sanggup membayar rawatan dan tidak sanggup memelihara kucing tersebut serta kos rawatan terlalu tinggi, maka, ketika itulah pilihan euthanasia akan dicadangkan kerana vet itu juga tidak mempunyai budget/masa utk menjaga kucing itu.paling kuatpun mungkin ada vet yang akan rawat sehingga sembuh .tapi selepas sembuh, ape ceritanya?mungkin ada vet yang akan lepaskan juga kucing itu mencari makan sendiri....

    mana lebih baik?biarkan kucing itu menderita kesakitan?jika sembuh, ia akan cacat(katakan) dan susah hendak mencari makan, serta terdedah kepada bahaya2 di luar sana(dilanggar kereta/dikejar anjing/mati kelaparan dsb)

    atau bila kita euthanise kucing itu, tamatlah riwayatnya dan tamatlah penderitaan kucing itu...fikir2kan...di malaysia ada beratus ribu kucing jalanan/strays yang tak mampu utk diadopt oleh semua org.Oleh itu pemilik kucing PLEASE ambil tindakan, MANDULkan kucing anda jika anda tak mahu jaga anak2nya.

    ada yang kata mandulkan kucing, berdosa, tapi mana lagi berdosa, biarkan kucing beranak, kemudian anak2 kucing dibuang , dibiarkan mencari makan sendiri?dilanggar kereta?disepak di restoran/kedai makan ketika meminta makanan?sy lihat kebanyakan owner yang datang tidak well versed tentang pemandulan haiwan ini.tapi ada owner yang concern dan telah memandulkan haiwan mereka kerana mereka mahu menjadi owner yang bertanggungjawab...

    sy juga pernah mengalami situasi di mana anak2 kucing dan anjing diletakkan dlm kotak/bakul kemudian ditinggalkan di depan klinik sy bertugas.Sebenarnya kami memang mengambil pet for adoption ketika itu tetapi meminta owner meletakkan sedikit sumbangan utk menampung makan minum haiwan mereka sehingga ia diadopt oleh org lain...tetapi org ini nampaknye mengambil jalan mudah, buang shj di depan klinik sy...

    4.memang vet akan bertanyakan kepada owner tentang simptom2 yang dialami si manja...berbekalkan maklumat dari owner dan pemeriksaan klinikal, maka kami akan membuat diagnosis (yang kadangkala disahkan dgn menggunakan test kit/x-ray/ujian darah/ultrasound), dan seterusnya memberikan rawatan.It's not based on trial and error 100%.Ia adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan skill.Kami juga merujuk kepada buku, dan perbincangan dgn vet2 lain (terutamnya guru2 kami di UPM)sekiranya masalah /penyakit itu tidak sembuh.kepada pemilik, jika anda tidak yakin dgn vet pertama, mintalah second opinion dari vet lain...

    maafkan sy kerana terlalu panjang menulis...namun sy pun agak terkilan dan sedikit kecewa dgn vet yang anda ceritakan itu...kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...anda kena tau, undang2 mengenai vet belum cukup kukuh dan sesiapa shj boleh mengaku sebagai seorg vet walaupun dia bukan lulusan ijazah perubatan veterinar.kalau dapat, selidik dulu adakah vet tersebut benar2 vet( bertanyakan org sekeliling/kawan2 yang pernah menggunakan khidmat vet itu/ vet2 lain).kedengaran agak mustahil tetapi sedikit penyelidikan perlu dibuat agar anda tidak menghantar kucing/anjing anda ke org yang salah.

    insya allah kalau vet2 grad dari UPM, diorg amat well versed tentang perihal kebajikan haiwan dan tidak akan abuse kepercayaan anda..kita hanya manusia, mencuba dan merancang, tapi segalanya ditentukan oleh Allah..yang baik itu daripada Allah, yang tak sempurna itu daripada saya...wallahualam...

    sekian..wassalam

    ReplyDelete
  11. salam kepada vet yang telah memberi komen,

    1 ) saya telahpun sedia maklum tentang permasalahan yang dialami oleh vet, lebih2 tentang customer yang hantar pet jalanan lepas tu cabut..kalau saya vet, saya pun tak suka perkara macam tu. tetapi, permasalahan vet itu saya belum memahami 100%...saya buat penilaian berdasarkan pengalaman.

    2 )saya tahu kos2 perubatan vet memang mahal..mungkin lebih kurang dengan peralatan doktor gigi ( mungkin tau ) ataupun mungkin vet lebih mahal..ini adalah kerana profesion ini adalah 'istimewa' kerana ianya memerlukan minat yang mendalam...kawan saya ada belajar di UPM, kos veterinar juga...tapi sekarang dia bekerja pejabat je skg..puncanya ialah dia ingin mengambil kursus landskap ( kalau tak silap ) tapi salah satu kursus yang kosong ialah veterinar..dia ambil juga kursus vet, janji masuk universiti agaknya...akhirnya, dia membuang masa 3 tahun kat sana...kesimpulannya, proffesion vet memang memerlukan minat yang khusus. sebab tu saya suka kat orang yang berkemahiran dalam vet...orang vet selalunya teliti dan fokus sbb dia suka kerjanya...

    3 ) Saya rasa kerajaan perlu membuat satu standard bagi kos2 perubatan vet swasta. Ini termasuk deposit supaya tak ramai yang komplen vet ni depositnya mahal, walhal tidak pun...

    4 )Betul ke vet kerajaan menggunakan 'duit kerajaan'? lagi satu, vet swasta yang menggunakan modal sendiri untuk menubuhkan klinik sendiri, atas formula / hujah apa yang digunakan untuk menentukan harga / kos rawatan seekor kucing? adakah sebab keperluan asas / modal yang telah dikeluarkan yang perlu ditanggung oleh klinik itu sendiri? jika begitu, amatlah tidak adil bagi orang biasa seperti saya...nak buka perniagaan, risiko menanggung bil, sewa, kos renovate dan sebagainya adalah permainan perniagaan...bagaimana sekiranya vet telah balik modal? mungkin dalam 5 tahun, vet telah mendapat modalnya kembali manakala kos rawatan semakin meningkat...? jadi, adakah vet ini sentiasa untung sahaja dan kurang kerugian selepas balik modal? ini dah masuk bab bisnes, so terpulang pada tafsiran sendiri...saya tak pandai bisnes...

    ReplyDelete
  12. sambungan dari atas:

    5 ) tentang orang yang buang kucing kat depan vet, itu adalah fenomena attitude rakyat malaysia..penguatkuasaan amat lemah...terpulang pada vet / individu itu sendiri...setakat ni, Baby, Mak Tam, Pak Tam, Gigs, Si Jantan adalah kucing jalanan yang selalu bertandang ke rumah saya...saya tak tahu mereka datang dari mana...saya bela seekor kucing jer ( hero ) tapi skg dah 9 ekor ( termasuk anak Baby skali )..skg, saya kena memikirkan kos utk kasi kucing2 ni...balik pada ayat di atas, terpulang pd individu itu sendiri..kalau rasa kucing yang dibuang depan klinik itu membebankan, anda tahu apa nak buat...sebelum ni, ada 19 ekor dtg dan lepak ke rumah saya sampai jiran2 pun marah...

    bagi vet, mungkin boleh mengiklan pet for adoption, tapi masalahnya sampai bila plak kan?? kalau saya, saya pun pening...tapi, kalau boleh saya cadangkan buat peruntukan kecil untuk menampung kos makanan dan perubatan...insyaallah berkat doa haiwan ni, klinik awak maju...

    6 ) saya kagum dengan Papa Meow, beliau membela lebih dari 30 ekor kucing, 3 ekor anjing dan 2 ekor kambing secara BERSEORANGAN...lihatlah sendiri, berkat doa haiwan2 peliharaannya, papa meow masih mampu menyara 'anak2nya'...makanan dan perubatan semua cukup...ambillah ini sebagai contoh...tapi, tak semua orang percaya benda2 ni...

    7 ) Tentang injection mati tu, saya akui ianya amat membantu haiwan yang tenat...yang saya kesalkan, apabila owner tu kata SETUJU JER DAN BAYAR RM80, cepat2 Dr Vet tu bagi injection kat kucing tu....saya amat geram sebab kucing tu lidah dia terjelir sebab haus...lepas kucing tu mati, dia terus gi kaunter depan taip resit...what thaa...?? Ini menimbulakan persepsi negatif kat vet..mungkin betul kata Catlina, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

    btw, kepada Catlina...vet yang cekik darah tu kliniknya berada 40km dari rumah saya..40km tu pergi sahaja...campur dengan balik dah jadi 80km...jadi, harap awak faham kenapa saya tulis entri ni dan yang sebelumnya...

    Vet, TQ sebab share pendapat...add FB saya hairey yahya & kakimotong fan club

    ReplyDelete
  13. salam,

    nanti saya add kamu ok.. saya sebenarnye penat menaip panjang2. it really needs a patience for me to share the long opinion with u...

    nanti senang kita chat ok. saya "zue hantu kuceng"

    lagi satu, vet kerajaan maksud saya klinik haiwan kesayangan yang terletak di mana2 ofis pejabat veterinar di seluruh malaysia. of coz peruntukan tu dari kerajaan. boyachilles faham kan? =)

    yes, bukan semua vet ada passion terhadap haiwan. betul kata kak maiza tu, kalau nak tau vet tu sayang ke tidak pada haiwan, lihat cara dia melayan pet kita... dari situ kita dah boley agak kan... =)

    tentang isu2 lain, nanti saya slow2 share.. kemsalam kat pak tam ngan hero kacak..
    (teringat pada arwah kucing saya...)

    ReplyDelete
  14. salam...mr hairey,

    A.sy nak betulkan sikit kat sini tentang course vet ye..jgn marah..

    1.PEMBANTU VETERINAR
    course ini ialah berstatus sijil dan memerlukan dua tahun pengajian.mereka yang grad dari course ini bergelar pembantu veterinar(veterinary assistant) - bukan doktor.bidang tugas mereka ialah menjadi pembantu klinik(mcm nurse) dan pembantu vet di ladang.biasanye mereka juga belajar membuat surgery2 kecil seperti memandulkan kucing dan anjing serta boleh memberi vaksin dan rawatan kepada ternakan(dengan arahan/tunjuk ajar dari vet)

    2.DIPLOMA KESIHATAN DAN PENTERNAKAN HAIWAN
    course ini memerlukan 3 tahun(so sy rasa kawan awk ni pemegang diploma, betul tak).mereka yang grad diploma ini akan bergelar penolong pegawai veterinar/assistant veterinary officer.kiranya pangkat tinggi sket dari veterinary assistant, meraka ini boleh menjadi penyelia/pengurus di ladang2 dan juga pembantu doktor veterinar dlm surgery.

    3.DOKTOR PERUBATAN VETERINAR
    course ini mengambil masa 5 tahun.

    sebelum ambil course ini anda perlu sama ada:
    a.lulus matrikulasi sains hayat dgn cemerlang
    atau
    b.lulus diploma kesihatan dan penternakan haiwan dgn cemerlang.

    Skop yg diajar:anatomi, farmakologi, fisiologi, penternakan,pengurusan ladang, perubatan, surgery, ayam itik, ikan , dll.


    kadang2, due to minat atau peluang terhad, ada juga mereka yang bekerja lain dari bidang2 di atas ini....

    B.prinsip jabatan perkhidmatan veterinar ialah fokus kepada ladang shj sebab tu kadang2 kakitangan tak berapa terdedah dgn haiwan kesayangan(kecuali doktor).almost 90% ditumpukan kepada keselamatan/kesihatan haiwan ternakan,biosekuriti ladang, epidemiologi(penyebaran penyakit) dan survelans.kenapa fokus kepada ladang dan aktiviti ladang?sebab kita nak pantau keselamatan haiwan ternakan yang keluar masuk dan makanan berasaskan haiwan selamat.

    kita ada satu hospital veterinar di cheras kalau berminat nak try consult kat sana.


    C.standard vet swasta
    Belum boleh dilaksanakan tetapi sy juga berharap ia akan dikuatkuasakan.Setakat ini kalau di Johor, jabatan veterinar daerah cuma benarkan vet2 swasta yang berlesen dan memperbaharui APC (Animal practice certificate) shj boleh menjalankan perniagaan.

    D.Pemantauan kepada kemajuan klinik2:
    seperti sy kata tadi fokus utama jabatan ialah bidang ternakan ladang.
    Klinik veterinar adalah seperti klinik perubatan manusia,iabertaraf professional dan tidak perlu dibantu seperti ada subsidi /insentif utk penternak.

    E.berkenaan doktor yng beri suntikan pts tu, itu adalah hal moral dan tatatertib.That's not a way I recommend to put cat to sleep either.


    F.Ya saya faham.sebab itu klinik terdekat yang u jumpa..sy tumpang simpati dan masih terkilan dgn doktor tersebut.dan juga biasanye charge over hours/housecall juga berbeza sewaktu operasi biasa.Dan charge yang doktor tu kenakan (deposit RM600) pun sy tak setuju..memang tak munasabah.


    Sekian penerangan sy.terima kasih.

    ReplyDelete
  15. salam..ye betul ape yg awk ckp..kite jgn menaruh hrpan kt vet..sy bru col seorng doc perempuan kt area gombak..layanan die mmg biadap..no money no talk..xde cnsultan dlm telephone..ade duit bwk trs,xpyh nk tnye2 ape2 dlm fone..when nk g klinik die trus ckp ttp cz tkut kite dtg n xmmpu byr..knpe seorng doc prlu lyn cstmer sprti tu sdng kn itu tnggungjwb die..hnye regular n sllu dtg bru di layan sperti raja..sdngkan sume klinik laen sy col xpenh dpt layanan skejam mcm ni..

    ReplyDelete
  16. Aritu hantar vaksin kucing kat klinik vet UPM.. hampir dekat RM90 juga skali cucuk.. tapi yang tak tahan harga consultant sampai rm45 .. lagi mahal dari vaksin lepas tu kena tunggu 2jam.

    ReplyDelete
  17. Wah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet software

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular