Bukti Keberkesanan Minyak Gamat Pada Kucing Yang Terkena Kurap dan Al-Kisah Kucing Jalanan Yang Aku Baru Jumpa...

Satu lagi bukti yang saya nak tunjukkan keberkesanan penggunaan minyak minyak gamat ( sea cucumber oil ) kepada kucing yang terkena kurap. Gambar di bawah adalah buktinya :

Sebelum kurap diubati dengan minyak gamat

Selepas kurap diubati dengan minyak gamat. Saya tak dapat snap gambar kucing ni masa bubuh minyak tu sebab dia lari jauh-jauh.

******************************************************************

Al-kisah kucing jalanan di bawah ini amat menyedihkan. Aku ternampak kucing ni terpinga-pinga seorang diri di tepi jalan di daerah Bangsar pada awal bulan Julai ni. Orang ramai yang lalu-lalang sikit pun tak pandang haiwan ini. Hina betul dia dipandangan mata manusia. Saya cukup tak setuju dengan peribahasa "Hina Seperti Kucing Kurap". Siapa kita untuk menilaikan kucing tu hina? Ianya salah kita kerana menyebabkannya jadi begitu. Mengapa saya katakan ianya silap kita? Saya rasa ianya terlalu dalam untuk dihuraikan. Tepuk dada tanyalah selera.

Kucing ni berada di tengah-tengah jalan ketika saya melalui jalan ini. Saya tak pasti kenapa kucing ni bertindak sedemikian. ( updated 21.07.10 )

Pada saya, kucing ini seolah-olah putus harapan untuk hidup.. ( updated 21.07.10 ).

lalu saya memberhentikan kereta dan meletakkannya ke tepi jalan dan saya meneruskan perjalanan seperti biasa. Selang beberapa meter, saya tak sampai hati pula nak meninggalkannya begitu sahaja. ( updated 21.07.10 )

He he ...saya ambil keputusan untuk meletakkannya di tempat kerja saya. Di sana ada kantin, jadi dia boleh cari makan sendiri. Saya rasa dia mengalami kelaparan yang teramat sangat ketika ini.
Badannya kurus kering, perutnya kempis, bahagian bawah badannya boleh rasa tulang rusuknya dengan tangan. Kepalanya berkurap. Sebab itu saya selalu standby sanitizer di dalam kereta. Lepas pegang kucing, boleh menggunakannya sementara nak cari air.


Matanya kabur kerana matanya tak berkelip ketika saya mengacahnya dengan tangan. Kucing ni mengalami over-depression yang teramat sangat. Dia bingung.

Sambil memandu ke tempat kerja, sesekali saya snap gambarnya.

Akhirnya, dia terlena di dalam kedinginan air-cond kereta.

Sampai saya di tempat kerja, saya sempat membelikan nasi putih digaul dengan ikan. Saya letakkannya dulu di dalam kereta sementara saya memastikan 'line clear' sebelum membawanya masuk.

Dia menjamah makanan tu sedikit sahaja.


Setengah jam lepas tu, saya membawanya keluar ke tempat teduh.

Dia dah tak mampu berdiri lagi, tapi sempat juga dia minum..kucing ni mengalami dehydration yang melampau.

Aku paksa dia pergi ke bekas makanan yang telah saya sediakan. Alhamdulillah, kali ni dia makan agak banyak.

Tapi sejak beberapa hari ni, aku langsung tak nampak kelibatnya. Kadang-kadang, saya tunggu juga dia di kantin tapi tak kunjung tiba. Saya tak tahu nasibnya samada hidup atau mati. Saya doakan semoga dia sihat kembali. Kalau saya terjumpa dia semula, saya bercadang nak bawanya pulang ke rumah.

Nota : bukan nak mendabik dada, dan bukan juga minta dipuji...sekadar usaha saya melalui blog ini untuk membangkitkan kesedaran dan memupuk semangat cintakan haiwan terbiar....bantulah mereka setakat yang terdaya...kalau tak mampu, memadailah dengan mendoakan keselamatan mereka...memang kita tak mampu nak halang seekor anjing dari melintas jalanraya...tapi, doakanlah keselamatan anjing tersebut agar tidak berkubur di jalanraya...mungkin anjing tu tahu yang kita sedang doakan dia... :D

******************************************************************

Gambar di bawah ini adalah gambar selingan entri kali ini....

Pak Tam sedang menonton ulang tayang Pak Tam vs Hero.

Beginilah cara Hero tidur di tepi dinding...

Ini adalah gambar terbaru anak-anak bulus aku...Comel tak??

Comments

  1. anak bulus: sangat comel

    kucing kurus: ingatkan ko bg menom nescafe tadi..kus semangat.

    semoga kucing tu selamat. amin

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaaaaaaaaaaaa.......
    sian kucen tu...lapar sangat sampai da xlarat nak jalan... :'(

    anak bulus sangat cumel!
    mintak 1 boley??

    ReplyDelete
  3. bro.
    mulia hati kamu..
    arap si comel itu selamat di luar sana.

    pak tam.
    sudah semakin sihat yerk..alhamdulillah.

    baby bulus.
    sangat2 comeyyyy

    ReplyDelete
  4. ala..comelnya anak2 kuceng tu....

    kesian tgk kucing2 kurus tu..harap2 dia ok la...

    ReplyDelete
  5. teruk sgt tgk keadaan kucing tu, wlaupon dia menghilangkan diri slps itu..samada dia hidup atau tidak, tentunya dia bersyukur dpt bertemu dgn papa hero.

    terima kasih papa hero, smoga Allah sntiasa memberkati hidup papa hero sekeluarga dan sentiasa dimurahkan rezeki, amin...

    pak tam tu tgk ke tido huhuu..

    hero dah sihat yer?

    apa ni tayang2 baby2 meow comel...kidnap kang!

    ReplyDelete
  6. hamboi..paktam tgk ulang tayang tu
    mesti tgh asah skill nk bg lg terel hahaha..

    ReplyDelete
  7. minyak gamat mmg mujarab kalau letak dekat kurap eh?wowwwww...mekaseh dengan info ni :)

    - shEkin -

    ReplyDelete
  8. saya tak tau mana si meow tu pegi..kalau jumpa, mmg saya bawak dia balik rumah

    ReplyDelete
  9. bro mmg superb la..memang menimbulkan kesedaran:)

    ReplyDelete
  10. baik kan ko bro...
    syukur aku dapat kenal dengan ko...
    eh...boleh tak bro letak link hero berjalan dekat youtube tu dekat wall FB den..
    sebab ada member den nak tgok...
    dia pun bela kucing juga
    hari2 tanya den macam mana nak tgok video tu

    P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

    ReplyDelete
  11. biarlah rezeki yg allah kurniakan itu kita berkongsi dgn binatang kesayangan nabi ni..dia juga berdoa dan tahu siapa yg menjadikanya, maka patut kita menyayagi mereka..

    ReplyDelete
  12. sgt mulia hati Papa Hero...
    kucing2 itu jg akan mendoakan kesejahteraan kamu..:)

    ReplyDelete
  13. kesiann . harap jmpa balik kucin jalanan tu . semoga tuhan lindungi dia .

    ank bulussss ; comel gila . gemokkk . nak bolehhhh . hehe .

    ReplyDelete
  14. bro..dulu aku pernah gi rawang..naik motor..kat satu jln ada 2 ekor anak anjing atas jln..mula2 nak biarkan jer..but cam risau..if bawak kete aku dah amik letak tempat selamat...nasib baik ada satu kereta nyaris2 nak langgar..dier sempat break..last aku duk tunggu tepi jln..gi halau dier gi sebelah jln..coz takut kena langgar..tempat tue sunyi..just ada satu kuil..x jauh dari tempat org buang anak anjing tue..so aku gi kat kuil tu nasib baik ada sami dier..aku gitau pasal aank anjing tue minta die selamatkan..coz aku naik motor anjing tu 2 ekor..dier setuju..pas tue aku terus gi rawang..dalam hati aku doa..moga sami tu selamatkan anak anjing tue..esoknyer aku lalu lagi kawasan tu Alhamdulillah anak anjing dah takde..bngkai pun xder..so aku rumuskan..sami tue dah amik anak anjing..mudah2an..bro harap satu hari kita dapat jumpa...coz jiwa kita sama@petlover..sebelum nie sempat gi rumah papameow..just gathering aku x sempat dtg..ada kekangan pgrm...

    ReplyDelete
  15. 1st time tgk gmbr and baca cerita si Hero, rasa nak nangis..anyway, tahniah buat saudara dan isteri ats semua efforts yg dilakukan..I'allah, bila life sy sdh agak stabil nanti, sy akan mengikut jejak lgkh saudara nanti..i'allah...

    ReplyDelete
  16. kasihan,kucing tu..putus harapan.

    ReplyDelete
  17. saya suka baca blog ph yang sukakan binatang serta membantu..
    ini menaikkan semangat saya untuk sama2 menolong kucing jalanan.. :)

    ReplyDelete
  18. syabas saudara dan isteri!Alhamdulillah akhirnye sy dpt mengetahui melalui blog ni ade hamba Allah semulia hati saudara membela nasib haiwan2 jalanan.teruskan usahamu membantu haiwan2 terbiar krn sy juge dh lebih 10 thn membantu haiwan2 terbiar ini tak kire anjing atau kucing yg tak bertuan krn mereka juge makhluk Allah punye hak meneruskan kehidupan di dunia yg fana ini.smoga sntiasa dlm perlindungan Allah SWT, dipermudahkn segala urusan kehidupan dan dimurahkn rezeki saudara..Amin

    ReplyDelete
  19. AKU X RASE PUN BRO MENDABIK DADA OR HRP ORG PUJI..NI CARA KITE..AKU PUN SAME MCM BRO.WLUPUN KDG2 ADE ORG CKP XGELI KE PGG KUCING JALANAN..AKU SUKE.XDPT NK AMIK BWK BALIK DPT BG KASIH SAYANG SEKEJAP PUN JADI LA.DIA X MINTAK LEBIH.N XPERNAH MINTAK PUN.AKU SALUTE BRO.

    ReplyDelete
  20. cutenya ank kucing tue,,huh,,Shikin nak sngt bela n jg kucing,,tapi mak xsuruh,mak xnk nanti kucing kena marh,yala kalau kucing tue da curik mkanan,,nanti kita mrh dia,kta plak bdosa,,mak xkisah kalau ada kucing,,cuma xnk nnti kucing kena mrh n mcm2,,

    ReplyDelete
  21. sedih bgt kucing itu..uda putus harapan mau bunuh diri.. sampai nangis saya melihatnya

    ReplyDelete
  22. May ALLAH bless u..

    ReplyDelete
  23. sedih tgk kucing ni.. haish zalim manusia ni

    ReplyDelete
  24. Kalau semua manusia di dunia ni sayangkan haiwan mesti bestkan ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular