Pertemuan Saya Dengan Seorang Pure Animal Lover Dan Kisah Hero Kucing Kurang Upaya Diperiksa Oleh Dr Intan

Seperti yang direncanakan, Hero akan saya bawa ke Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk pembedahan kecil membuang nanah pada testisnya yang bengkak dan sekaligus dikasikan. Segalanya adalah mengikut jadual yang diberi oleh Dr Intan.


Sementara menunggu klinik dibuka, saya singgah sebentar untuk bersarapan di sebuah restoran. Saya ternampak kelibat kucing jalanan ini sedang merayau-rayau mencari makanan...

Memang nasibnya, ada seorang insan yang berhati mulia telah memberikannya wet food untuk kucing ini..tapi, gambar semasa beliau memberi kucing itu makan tak sempat pula saya rakam...


Inilah orang yang berhati mulia yang saya maksudkan....saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat, lalu dengan selamba saya memperkenalkan diri saya dan blog kakimotong ni...saya pergi ke arah mejanya....saya ingin sangat memperkenalkannya dengan Hero....


Namanya ialah En Mohd Yusuf.....beliau agak terkejut ketika saya memperkenalkan diri...menurut beliau, dia memang ada sediakan makanan kucing di dalam keretanya untuk diberi kepada kucing2 jalanan yang dijumpainya....sekiranya beliau menjumpai kucing jalanan yang sakit, beliau terus menghantarnya pergi ke veterinar...Alhamdullillah, semoga Allah memberi rahmat kepada pasangan ini...dari air muka beliau, nampak beliau adalah seorang yang amat penyayang kepada haiwan....

Ini adalah isteri beliau, Puan Sarah...setelah sesi berkenalan selesai, saya menunjukkan kepada mereka blog kakimotong dan video Hero...Puan Sarah tiba-tiba sahaja menangis lepas menonton video tersebut...serba salah juga saya dibuatnya..kebetulan pula, memang saya bawa Hero pada masa tu dan mereka amat teruja melihat Hero dengan lebih dekat....

En. Mohd Yusuf begitu terharu melihat keadaan fizikal Hero, begitu juga dengan isterinya...tapi, Hero takut untuk keluar..En Yusuf panggil Hero Baby..alahai, manja gitu...

Tak lama kemudian, kami bersalaman dan En Yusuf pun beredar kerana ada urusan....pertemuan ini amat tidak dijangkakan....lepas itu, saya terus membawa Hero masuk ke klinik...


Di bawah adalah video penerangan mengenai penyakit Hero oleh Dr Intan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic.


Kesimpulannya, Hero akan puasa 4 jam sebelum pembedahan kecil dilakukan yang dijadual akan bermula pada malam ini. Kemudian, Hero akan dikasikan sekali ( neutered ). Di bawah adalah gambar terakhir saya meninggalkan Hero...hu hu hu

Hero jangan naughty yer...

Comments

  1. betul tu. sedih tengok Hero yang comel tu.
    *rindu pulak kucing kat rumah ;(

    ReplyDelete
  2. semoga hero sihat lepas ni...selalu nyer lepas neutured kucing akan makin sihat n kurang sikit sakit...

    ReplyDelete
  3. Hero dapat kawan baru lagik. tahniah

    buat en yusuf n wife, semoga rezeki anda dmurahi. amin

    ReplyDelete
  4. wah baik sungguh hatinya.. semoga hidupnya diberkati aminn

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya doakan lebih ramai manusia macam ni lahir kat dunia. baik dan penyayang. :)

    ReplyDelete
  6. setuju dgn Chika, harap ramai lg manusia yg berhati mulia seperti En Yusuf amin...

    comel sgt muka Hero masa dgn Dr Intan tuh, smoga semuanya selamat, insya'Allah

    ReplyDelete
  7. alo2..ciannye hero.... semoga cepat sembuh ye hero...

    ReplyDelete
  8. It is good news that Hero will be neutered.
    He will be healthier and then put on weight.

    ReplyDelete
  9. Insyaalah x peper hero..ni..dia kan hero...seronok tgk en yusuf..suami isteri petlover teringat jiran bangsa cina sebelah rumah..sebelum ni x pernah tegur,,but pasal dier suka gi kasi kucing jlanan makan..wat kitaorg semakin rapat...sifat petlover menjaddikan kita sahabat...

    ReplyDelete
  10. semoga En yusof dan Pn Sarah dimurahkan rezeki...

    HERO dah kenal bau Dr Intan..manja bebenor gayanya...cepat sembuh ye hero..

    ReplyDelete
  11. bukan nak bangga atau ape.cuma nak berkongsi.

    dulu kila dgn family tnggal flat tentera
    kat bawha flat banyak kucing/mula mula mak beli sekilo.rebus lepas tu bgi kucing2 tu semua.hari makin hari, makin banyak kena beli.sampai 3 kilo sehri ikan kembung.alhamdulillah, rezeki tak pernah putus nak beli ikan tu.

    tapi sayang, kami kena pindah.sampai sekarang,mak mesti ada sppare friskies kat kereta

    ReplyDelete
  12. dan kila akan panggil semua kucing sama.

    baby

    ehehe

    ReplyDelete
  13. org kata orang yg ikhlas sayangkan haiwan mempunyai jiwa yang halus dan penyanyang.apa saja yg melibatkan penderitaan samada orang atau haiwan dia akan mudah tersentuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular