Ada Juga Yang Bernasib Baik Walaupun Pernah Tak Bernasib Baik

Boleh dikatakan setiap hari kita akan bertemu dengan mereka...Setiap kali bertemu, mereka ada bermacam-macam jenis dan ada bermacam-macam perangai...Kucing-kucing jalanan ni ada yang jinak...Bila dipanggil terkedek-kedek dia berlari ke arah kita...Ada juga yang jenis penakut dengan orang...Kita baru jer nak panggil dia dah berdesup lari....Kadang-kadang berdeup lari melintas ke jalan besar...ish ish mintak simpang lah yer...janganlah jadi apa-apa pada mereka...
Yang mana kalau kita panggil dia datang tu PH andaikan mereka ni pandai cari rezeki...hehehehe...Mereka inilah yang tergolong dalam kucing yang bernasib baik...tapi kebanyakkanya betina..Yang jantan macho-macho kebanyakkannya jual mahal...Bab makan Gwa boleh carik sendiri kata mereka agaknya..


Kalau ada kucing yang datang pada kita dan kalau dalam poket tinggal sehengget tak payah la nak susah payah nak belikan makan untuk mereka....Dulukan apa yang patut didulukan...Kalau duit ada RM50 tapi kita betul-betul nak pakai ( mungkin untuk susu anak dan sebagainya ), keluarkanlah sekurang-kurangnya 0.5%-10% darinya untuk belikan makanan....Takkan bankrap kitra dibuatnya...Jangan risau...Jangan 'visualised' benda-benda yang tak elok tu...'Visualised' lah benda-benda yang positif....Insyallah, what we give we will get back...Kalau kita bawak anak ketika itu, kalau oleh tunjukkanlah kepada mereka apa yang kita buat...Biar mereka tahu betapa prihatinnya kita dan mudah-mudahan mereka akan turut mengikut apa yang kita teladani....


Bagi kucing jalanan yang terlebih bernasib baik ni, kita boleh tengok contoh macam kucing mak mertua PH, Si Cheetah namanya...Mak mertua PH sempat selamatkan Cheetah dari digilis oleh sebuah kereta yang tak perasan kehadirannya di bawah tayar kereta...Ketika itu, Cheetah masih lagi bayi...Tapi sekarang ni dah jadi bapak bayi yang sihat....Hobinya suka halang orang dari masuk ke dalam bilik....


Mata cantik, macam ada eyeliner....


PH yakin pembaca di luar sana juga pasti mempunyai cerita-cerita kucing yang bernasib baik dan kini berada di pangkuan anda...


Yang ni pula Si Cico..ada orang letak kat dalam pagar rumah...Masa tu dia baby lagi, dalam umur 2 bulan...Tapi sekarang dah besau...Jadi, Si Cico ni kira bernasib baik walaupun pada mulanya kurang bernasib baik...


P/S :
Cuba letakkan diri kita dalam situasi mereka...Confirm insaf... ;p


Iyo minum sampai cawan Spongebob terbalik...adessss...


Ramai orang sayangkan haiwan jalanan, tapi tak ramai yang berani dan sanggup mengambil tanggungjawab untuk memelihara atau mencarikan pemelihara untuk mereka...Kalau boleh, kurangkanlah sifat sebegini di dalam masyarakat kita walau apa jua alasan sekalipun...

Comments

  1. bila ckp sal haiwan peliharaan lagi2 kucing, xtau ar knp ada org yg leh wat jahat kat dorang.... =.= huhu.. kesian...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    sekali lagi saya mengucapkan syabas di atas cerita cerita menarik PH. Memang Allah suruh sayangkan makhluk2 di muka bumi ini. Apa yang PH buat ni mungkin boleh dikatakan sebagai hobi juga, iaitu menyelamatkan kucing2 jalanan. Namun saya pernah terbaca atau terdengar (tak ingat ceramah mana) yang buatlah sesuatu perkara dengan bersederhana, jika berlebih-lebih hingga boleh membuat orang lain tidak senang (satu caranya melalui penulisan), maknanya hubungan kita dgn manusia makin renggang, dan itu tidak disukai Allah.
    Jangan salah faham maksud saya. Saya tidak bermaksud apa yang PH buat ini salah. Cuma kadang2 bila saya terbaca gaya penulisan PH post by post, saya seakan-akan dapat merasai sedikit ke'negatif'an PH.. Mungkin kecewa dgn sikap manusia yang keji dan dengki terhadap haiwan hinggakan disepak, disimbah air, dipotong kaki, saya faham semua itu. Namun kadang2 PH seolah-olah juga kecewa terhadap manusia biasa yang tiada apa-apa perasaan terhadap haiwan, walaupun tidak membenci haiwan, mereka hanya kurang mempedulikkan haiwan tersebut, mungkin kerana terdapat bnyk lg komitmen lain.

    Spt juga contoh P.S. PH di atas, 'ramai yang menyayangi kucing jalanan, tp tidak ramai yg berani'. Bagi saya, sudah kira alhamdullillah mereka masih menyayangi haiwan tersebut, walaupun mereka tidak 'berani' untuk mengambil haiwan itu pulang atau berusaha mencari penjaga. Kenapa mereka tidak berani, adalah sebabnya walaupun PH kata 'apa jua alasan skalipun'. Kita fikir positif sahaja. Mungkin dia nak bela, tapi takut tak dapat beri komitmen lebih kpd haiwan tersebut, lama2 risau tidak dapt beri perhatian atau makanan mencukupi di masa hadapan. Tambahan lagi bila difikirkan tak sanggup nak neuter haiwan awal-awal sebab nak biarkan haiwan tu merasa kehidupan ada zuriat sekali dua. Lepas tu memikirkan lagi nak jaga lagi anak-anaknya. Lepas tu mungkin memikirkan kena latih betul-betul supaya jgn merayau rumah org cari ikan kemudian berak di rumah jiran sehinggakan boleh buat jiran kita marah. Tu maknanya hubungan dgn jiran dah terjejas juga. Mungkin dr segi itu, dia tidak mampu. Oleh itu cukuplah sekadar dia masih lagi mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan.

    maaf panjang lebar pula. Tapi saya harap PH dapat serba sedikit mungkin mem'positif'kan lagi gaya penulisan. Mungkin saya terperasan sendiri kot bila saya baca komen P.S. PH di akhir post. Mungkin saya salah seorang yang menyayangi kucing (tak kira jalanan/kampung/dll) namun saya tidak larat lagi untuk membela kucing yang banyak generasi setelah lebih 10 tahun atas2 komitmen lain. Banyak yang saya bagi orang. Jadi serba sedikit saya rasa sedih pula baca post ini. Hehe..

    Wassalam. :)

    ReplyDelete
  3. biasalah tu, ada juga yg tak berminat ... terima kasih kerana berkongsi pendapat

    ReplyDelete
  4. cik...

    saya rasa apa yg PH buat ni amat2 bersederhana dari yang lain ... harap awak pun 'buka minda' dan faham apa yg PH cuba sampaikan, saya mengikuti blog ini dari tahun 2009 dan setiap gaya penulisan PH memberi 1001 keinsafan kepada diri saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. Cik Nururu / Anonymous :

    sebagai adat berinteraksi dalam internet, sila tinggalkan link apabila komen :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular