Ceritalah Tentang Kebaikan Anjing Kepada Mereka


Malam semalam PH sempat juga meluangkan masa yang berkualiti untuk Along dan Angah...Kita ni kalau asyik bekerja jer pun hidup macam tak balance...Tune lari....Sesibuk mana kita sekalipun, janganlah lupa pada insan yang tersayang...Zaman sekarang tak macam dulu...Ia berlalu amat pantas...Pejam celik jer, tau-tau dah kahwin....Rasanya semalam macam aku ni bujang lagi....Cewwwaahhhh....Itu adalah salah satu tanda dunia pada hari ini dah berada di fasa yang keempat, iaitu akhir zaman....Its not about 'Are you ready...?" but its all about "Are you prepare....?"...Hidup kita dan haiwan-haiwan kesayangan kita ni semakin menuju ke penghujungnya....

Si Along dan Si Angah dah pandai nak pergi shopping...Tapi tak beli barang pun...Window Shopping jer....Yang beli barang tu PH & MH....PH memang tak manjakan sangat mereka berdua ni...Kalau PH tak belikan apa yang mereka minta, mereka tak kisah pun....Bukannya kedekut, tapi untuk tidak membiasakan mereka selalu meminta-minta...Alhamdulillah, setakat ni kurang meragamlah mereka kalau PH tak tunaikan tuntutan....Tapi, last-last PH akan beli juga ...PH selalu buat surprise untuk mereka ni...Sebab itulah selalu keluar perkataan :


Along : "Ni ayah Along lah"
Angah : "Taaakkk...Ni ayah Angah lah...."
Tengok tu...Ayah pun berebut...hehehehe




Masa di The Store Semenyih tu, PH tercari-cari juga Si Sera ni...Cerita penuhnya di sini 
( KLIK SINI )...Akhirnya, juga jumpa juga dia...Duduk diam jer kat depan pintu masuk The Store Semenyih yang sekangkang kera tu....Kesian betul PH tengok keadaannya...Selalu PH bayangkan bagaimana kalau PH dijadikan seperti Si Sera ni...Tiada hilai tawa...Tiada bertegur sapa...Tiada penghargaan....Tiada saudara mara, malah semuanya tak ada...Tapi, satu jer kita kena ingat...They don't have  home, but they have life...Same with us..." Ada juga gelagat kanak-kanak mengacah-acah Si Sera ni...Ada juga sepasang suami isteri membisikkan kepada anak kecil mereka "Jangan dekat dengan anjing tu, nanti dia gigit..."... Inilah perkara yang PH tak suka sekali....Inilah salah satu kesilapan yang paling besar di dalam mendidik anak-anak...Si Sera tu tak kacau pun...Kenapa perlu dimomokkan Si Sera ni sebagai anjing yang menggigit....? Salah ke dia nak tumpang teduh...? Suka sangat ke tengok dia basah lepas tu demam...? Dah lah dia tiada tempat tinggal, dihina lagi oleh manusia...


Bukan tak boleh nak momokkan anak-anak kita sebegitu, tapi tengoklah keadaan...Kalau anjing tu menyalak-nyalak dan mendecis, itu lain cerita...Kalau kita tak suka anjing, jangan ajak anak kita tak menyukainya sekali...Kita perlu lahirkan modal insan yang sayangkan anjing pada masa hadapan walaupun kita ini Melayu dan beragama Islam...Sudah-sudahlah tu buat provokasi terhadap anjing...Kalau anjing liar yang ganas tu lain cerita...Kalau mereka nak kejar PH, kadang-kadang ada juga rasa nak baling batu...Geram dibuatnya....Geram kat orang yang pernah membelanya....Tapi kalau anjing Rottweiler PH memang surrender laa...adehhhh...Kat construction site PH, guard tu punya Rotties bapak punya besar...

Pernah tak kita bayangkan kalau kita jadi macam Sera ni....Agak-agak, apa yang kita fikir pada masa macam ni...? Bagi PH, dia sebenarnya sedang meniti 'jambatan tuhan'...Maksud PH, dia mungkin sedang berdoa dan berzikir mengikut caranya sendiri...



Allah menyukai orang yang sentiasa cuba memperbaiki amal ibadatnya...Ianya bukan setakat memperbaiki solat, puasa dan sebagainya, tetapi apa yang PH faham dalam konteks ini ialah menyayangi haiwan juga adalah satu ibadah...kalau selama ini kita tak suka atau sayangkan anjing ( sayang tu bukannya bermaksud belai-belai anjing, tapi sayang kerana dia makhluk Allah ), tapi kalau kita ubah sikap kita dengan mendidik anak-anak kita menyayangi mereka juga adalah satu ibadah....Ajarkan mereka tentang kesetiaan dan kebaikan anjing. Ceritakan kepada mereka tentang anjing Ashhabul Kahfi yang bernama Qithmir (KLIK SINI ) dan kisah Hachiko ( KLIK SINI )...


Ceritalah benda yang baik-baik tentang anjing kepada anak-anak dan sahabat-sahabat kita...Sekiranya mereka mengamalkan apa yang kita ajar, sahamnya akan kita dapat secara berterusan bila kita tiada nanti...Apabila seseorang itu mati, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh....

Setiap kali PH memberi haiwan-haiwan merempat ini makan dari rezeki titik peluh sendiri, PH terasa seperti memberi makan kepada "anak-anak angkat" sendiri...Mereka memang istimewa sangat-sangat....Hilang segala stress yang melanda diri...

Pesan PH, tak mengapa kalau anda takut atau tak suka anjing, tetapi tolong beritahu anak-anak atau kawan-kawan kita bahawa anjing adalah makhluk ciptaan Allah yang hebat dan Excellent  
( KLIK SINI )...Jangan semaikan lagi kebencian terhadap mereka...Bersyukurlah kerana kita semua dijadikan sebagai seorang manusia yang berakal...


Bacalah entri ini dengan hati dan minda yang terbuka yer...Jangan 'welding' kepala tu...





/// Wallahualam ///



P/S : Hero pun sayangkan anjing kerana dia juga tahu bahawa anjing juga adalah makhluk Allah....Tak semua anjing jahat...Yang mana kata anjing itu jahat, mungkin itu adalah kesan dari momokan negatif dari mak dan ayah masa kita kecil-kecil dulu...Sekarang ni zaman dah berubah..

Kalau baik hati, sebarkanlah entri ini dengan klik button SHARE berwarna biru di bahagian kiri kepala entri.

Dogs....!!!! Its nice to be your FRIEND :)
~ sweet word from Hero

Iyo sedih sebab ramai orang benci kat anjing...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Pandangan orang Melayu beragama Islam rata2nya masih skeptikal, PH. Di fikiran mereka hanya satu --- Anjing itu HARAM. Wajib dijauhi. End of story.

    Saya juga pencinta haiwan. Dan anjing itu adalah haiwan. Jadi rasa kasih dan belas kasihan tetap tumpah padanya. Sayang tidak semestinya kita BELAI, PELUK CIUM. Sayang itu terlalu luas skopnya. Beri dia makan bila tengok dia lapar. Rawat dia bila dia sakit atau cedera. Beri dia tempat berteduh saat kepanasan atau kehujanan. Itu juga sudah termasuk dalam menzahirkan rasa SAYANG. Unfortunately, rata2 'orang kita' tak boleh terima konsep ini. Bila ada jer orang Melayu beragama Islam lain yg menzahirkan rasa sayang dan belas kasihan terhadap anjing seperti PH, mulalah ada yg memandang serong. mulalah berbunyi sok sek, sok sek di belakang. Alangkah dangkalnya pemikiran mereka. Sungguh saya sangat kecewa!
    Mari saya ceritakan satu insiden yg berlaku pada diri saya. Saya sangat sukakan serigala. Adakalanya saya jadikan mereka sebagai 'desktop theme' pada lappy. Suatu hari, sewaktu saya leka menaip rancangan mengajar untuk diajar pada keesokan hari, saya di sapa teman sekerja. ''Ehh, takde binatang lain ke nak letak? Apsal ANJING pulak, ishhh!!!'' Saya bengang betul. Wehhh, dahla ko tu jumud tak tentu pasal, rabun pulak ke? Ni serigala arr, bukan anjing. Mengong!!! (tetapi kata2 tersebut hanya saya luahkan dalam hati). Saya hanya membalas kata2 sinisnya dengan anggukan dan senyuman.....

    ReplyDelete
  2. bagus cara PH asuh si kembar tu.. tak ikutkan sgt kehendak dorang sbb kalau di ajar nak apa semua kita beli, nanti dorang terbiasa & bila tiba 1 masa kita x mampu tunaikan itulah yg jd memberontak tu..
    Pasal Qithmir tu makcik pernah bg petua dulu.. kalau kena kejar dgn anjing @ di serang anjing sebut Qithmir dia akan beredar. tak pernah cuba pun.. x pasti betul ke tak.

    ReplyDelete
  3. Anjing Memangla najis bila di pegang tapi ALLAH tak menyuruh kita membenci dia.kita ada cara menyayangi dia.tapi hairan org suka benci anjing..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular