KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Bukti Kekejaman Anak Kucing Aku...hu hu hu

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Sunday, August 22, 2010

Bukti Kekejaman Anak Kucing Aku...hu hu hu

Posted by Papa Hero | Sunday, August 22, 2010 | Category: , , , |

Assalamualaikum semua...ada baik kaaa?? Sudah makan kaa...?? Jeng Jeng Jeng...sudah minum kaa..?? Jeng Jeng Jeng...

Malam tadi lepas tidurkan Along & Angah, saya sempat online sekejap untuk melihat komen2 yang masuk ke dalam blog....Facebook pula ada 100 notification dan 3 message...adesss...notification tu saya tengok dan komen yang mana sempat jer...banyak datang dari gambar2 dan video2 di mana profile saya telah di tag...Broadband agak OK sket malam tadi...

Namun, aku terbaca lagi ada komen2 nakal dari pembaca setia Kakimotong ni....bermula dengan komen yang ini :
aku sokong smua... except heri... wakakakakaka....(✿◠‿◠)...!!!

Amboiii...suka betul dia...dia tak sokong saya tapi tiap2 hari muka dia keluar kat kotak jejak kat bawah perenggan blog ni.....sokong ke tak ni..?? kompius aku...hu hu

Kemudian ditambah pula komen oleh penyokong dia :
sy sokong HERO dan PAK TAM..hehe...statement yg slamat ckit... 
Statement yang selamat sikit..? Saya pun tak faham statement yang dia buat ni... 

Hero,, ko paham tak statement dia tu...?? Tak paham yek..?? Abih, apsal hangguk kepala...?? kalau tak phm kena geleng kepala laa.....oo, kalau kucing kena hangguk kepala yek..?? Sukati kau la Iyo...

Komen yang ni plak tak tau dia sokong sape :

Sokong2.... sokong semua.. ~ngee~

last2 tau2 jer dia tersengih-sengih macam Pak Tam lapar...

Komen2 nakal ini berpunca dari SINI..
Ini bukan gambar Papa Meow
 Cat Scene Investigation Mayami sedang dijalankan oleh Papa Herotio

Pernah dalam satu kes, Papa Herotio tak dapat carik barang bukti...semuanya dah kena pam oleh pembunuh upahan yang disyaki...

Pada tarikh 20 Ogos 2010 pukul 11.30 malam, anak-anak kucing saya ni masih terkawal lagi...kelihatan Shinobi mula memanjat katil dan lalu di belakang laptop saya ketika saya sedang online...Shinosuke pula kelihatan duduk di sisi kipas...kebetulan pula videocam memang saya selalu simpan dalam beg laptop, jadi ini adalah alibi saya yang mengatakan bahawa saya tidak merancang untuk menyepahkan bilik ini...semuanya adalah candid...sekiranya saya yang merancang, pipi saya akan gebu sebelah macam Cik Marilyn akibat dilempang oleh Mama Herotio...


Perhatikan, ketika ini skrin laptop menunjukkan saya sedang membuka main page saya yang menunjukkan gambar profile saya sedang bermain gitar..




Kemudian kelihatan Si Shinbei pula yang naik memulakan mukadimah cak-mengecaknya...lepas tu kelihatan Si Shinobi dan Shinosuke sedang meminum air 100 plas...Kemungkinan besar bertujuan untuk mengumpul tenaga nuklear dalamannya...siapa yang nak kena amikkan air..?? Hakuu jugak...



Tak lama selepas itu, kelas silat telah dimulakan oleh Pak Tam dulu di mananya lawannya adalah gadis sunti bernama Shinosuke sambil diperhatikan oleh Mahaguru Herotio...Kelihatan di hujung video Si Shinobi dan Shinosuke sedang menunggu giliran untuk menunjukkan kehebatan masing2 di tepi kipas...Si Shinbei sudah mula menggemburkan wayar charger handphone..ini telah menarik perhatian para pesilat yang lain...




Shinobi dah mula memanjat ke kipas dan Pak Tam menyengetkan kedudukan karpet...Hakuu jugak yang nak kena betulkan balik...




Saya menutup lampu dan memungut kesemua pesilat untuk dikurung ke dalam bilik belakang...tetapi gagal..mereka terlalu lincah...badan kecik sangat..nak pegang pun susah...kelihatan pula Angah masih belum tidur bising dari para pesilat...dah Papa Herotio nak kena tidurkan Angah balik..korang tak kesian ke..?? Kesian tau..he he hehe 



Waktu rehat yang diberi oleh Mahaguru Herotio kepada Pak Tam hanya 10 saat sahaja....siapa yang nak kena amikkan air..?? Hakuu jugak..


Sebabnya takut air 100 plas tu habis..Mahaguru Herotio pun nak minum..penat mengajar peserta silat...



Shinobi dan Shizuka dengan sengaja cuba menaikkan kemarahan Papa Herotio dengan memijak Laptop...sikit pun dia tak takut..ini adalah kerana mereka ingin menguji ilmu silat yang telah diturunkan oleh Mahaguru Herotio berfungsi atau tidak.....ini juga untuk membuktikan yang mereka tidak takut dibabab...



Kalau korang perasan, nampak tak tuala yang pada mulanya disisip rapi dah bertaburan ke lantai...sapa yang nak kena kemas..?? Hakuu jugak...!!


Ini adalah kemuncak aksi si pesilat hitam dari Somalia ini menunjukkan kehebatannya...mengimbangkan diri di atas monitor PC dan kemudiannya meminta restu dari Mahaguru Herotio sebelum sesi latihan silat selesai...



Ini pula adalah kemuncak aksi pesilat cilik di mana ujian yang diberi oleh Mahaguru Herotio ialah mengimbangkan diri di atas kipas yang sedang berpusing...dimulai oleh Shinobi dahulu dan kemudian cuba dibantu oleh Shizuka...




Oleh kerana terlalu teruja ketika berada di atas kipas, Shizuka terlupa yang dia sepatutnya membantu Shinobi untuk turun...tapi dia plak yang lebih2 kat kipas tu...


p/s :

keterangan saksi sudah selesai Yang Arif...( kepala pening menyusun kronologi kes )

Comments
13 Comments

Currently have 13 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. boleh la juri-juri pendakwaraya dan Hakim Majistret komen kat sini....hu hu hu

  2. wakakakaka... sumpah pening bace... ngeh3... tapi setakat nih ikut kronologi r... okeh aq dah start mengarut~ wakakaka

  3. haha...
    okies, papa hero didapati x bersalah...

    comel sgt muka hero waktu dia ngah minum air tu...
    bulat je mata..
    eeii, geram..!!

  4. Alhamdulillah, Berkat usaha Papa Herotionye, aku berjaya mengomen di page ini... Laksamana herotio, Wakakakakaka... maafkan daku. Dari kelmarin menahan gelak tapi tak leh komen. Wakakakakaka... Tapi laksamana herotio la paling cool sekali. Minum pun cool je.. banyak lak tu. tak takut kencing malam ke? huhuhuh :P

  5. wakakakah... mula2 mcm tak faham.... tp bila ada bahan bukti... baru la faham... semua sekali didapati tak bersalah... huahahaha.... sbb semua anak bulu yg terlibat.. dimaafkan

  6. memacam nama ade

  7. anak2 bulus sgt nkal..
    mcm my cat..
    hu2..tp cute...to klw nk mrh syg lak..

    x0x0

  8. PH da rancang kes ni dulu sebelom amek gambo dgn video dgn tujuan untuk m'persalahkn anak2 bulus. bukti yg ditunjukkan adalah sangat tidak relevan. kucing2 didapati tidak bersalah. PH bersalah sebab jadi mastermind dlm kes nih. haha... - Rey Dante Alexander.

  9. haha~
    bila kacau bilau...hakuuu!!jugk..
    [ayt ph]
    nk minm air hakuu!!jgk..haha~
    itu ph kena dnda..
    ^_^

  10. huhu [ening kepala nak bacaaaaaaaaaaa hehe tapi lawkkkkkkkk

  11. lawak...lawak...dgn ini kami para juri memutuskan bahawa PH tidak bersalah.pesilat2 cilik n pesilat2 hitam yg bersalah akan dihukum.hukumannya ialah mesti berada 1 kaki jauh dr Laptop...hehehe

  12. fakta: ilmu adalah penting..maka perlu blaja silat utk berbakti pd PH jugak nnt...

    1.ilmu lompat melompat: untk melawan samseng di tepi dinding (cicak)
    2. ilmu kejar mengejar: utk membanteras kehadiran kak siti(tikus) dan cik pas(lipas)
    3.ilmu tampar menampar: utk mengejutkan PH bangun la...

    tak lama lagi difahamkan mereka akn blaja ilmu sumo..ble badan dah gebu... apa manfaatnya?.. utk menolak pintu... senang nk ke toilet, dapur atau pun buka peti ice...

    muahahaahaa... itu laaa yg terjadi dgn kucing2 saya.


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails