Kisah Anak Bulus Dan Perkembangan Terkini Si Oren Yang Telah Dilanggar Kereta
Anak-anak bulus saya semuanya terkena jangkitan kuman pada mata mereka..tapi yang paling teruk sekali adalah Si Shinosuke ni...langsung tak boleh buka matanya.....
Tahi matanya berkumpul di dalam anak mata sehingga menampakkan bengkak.....cukup berat untuk ditanggung oleh anak kucing sebesar ini...saya masih tak faham kenapa perempuan Jepun tu sanggup memijak sehingga mati makhluk yang secomel ini....kau terimalah balasannya kelak.....entah2, Allah dah bagi hukuman "cash" kat dia di dunia ni...
Jadi, saya terpaksa kuarantinnya buat sementara waktu...
Si Pak Tam pula dah jadi penghendap setia ( stalker ) anak-anak bulus ni....dalam sangkar pun sanggup jadi follower...ikut Cik Marilyn la ni...ha ha ha ...jangan mareee M.E....
Ini gambar Kunta-Kinte
Hitam itu melawan.....ini bukan gambar Eidzlan Yusoff...
Sementara kesihatan Hero pula menunjukkan peningkatan positif tetapi susuk badannya agak kecil sedikit kalau nak dibandingkan sewaktu dia belum dikasi ( neutered )...
Ini bukan gambar Salleh Yaakob
Selera makan Hero semakin bertambah...saya terpaksa hadkan pemakanannya....
Hero memang suka duduk di tepi pintu balkoni bilik.....
Ini bukan gambar Salman Khan
Sementara nak pergi ke Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk mengambil ubat mata, si kembar ni telah pun bersiap sedia untuk keluar...
Ini gambar Jula-Juli Bintang Tiga
Pak Tam masih menjadi stalker terhormat....
Sekali-sekala, saya membiarkan Mak Tam ( kucing jalanan yang menumpang tidur di rumah saya ) bebas di dalam rumah saya....kesian dia...letih berpuasa agaknya....seronok bila tengok kucing jalanan dapat tidur di atas sofa yang empuk...di mana agaknya kucing2 jalanan di luar sana tidur?
Ini bukan gambar Cik Sunyi Sepi
Ini bukan gambar Brad Pitt
Seperti yang direncanakan, saya telah tiba di Kelana Jaya Veterinary Clinic...di sinilah tempatnya Hero menerima rawatan dan pengasian. Setakat ini, inilah klinik veterinar yang terbaik yang pernah saya jumpa...Mengapa saya katakan ianya terbaik? Saya rasa anda datanglah ke sini dan rasai sendiri...
Saya sempat mengambil salah satu risalah di klinik ini...
Pachi, salah seekor kucing peliharaan di klinik ini....dia baru sahaja menerima suntikan kerana demam...tengok la dia tu, monyok jer...
Ini bukan gambar Cik Yusnita...Rumah dia jer dekat2 sini...
Kesian kat anak kucing ni ( ada 2 ekor )...ianya dijumpai oleh owner klinik ini dalam keadaan yang amat daif....semasa dijumpai, kedua-dua matanya ( kedua-dua ekor kucing ) terkeluar akibat radang dan jangkitan kuman yang amat serius...kesudahannya, surgeri telah dilakukan dan mata kanannya terpaksa dibuang manakala mata kirinya masih lagi kekal dan masih lagi ada radang...tetapi, menurut Dr Intan, radang mata kirinya itu stabil dan masih boleh dirawat...Sebaik sahaja matanya dibuang, kucing ini terus nak makan berbanding sebelum matanya belum dibuang...dia berasa sakit dan stress di bahagian matanya dan ini membantutkan selera makannya...Jadi, sekarang anda semua sudah tahu mengapa saya katakan klinik ini adalah yang terbaik ( yang pernah saya jumpa )...
Keletah si kembar ni memang tak payah ditanya...ada saja benda yang nak diusiknya...mainan Si Pachi pun dia nak bawak balik....
sebaik sahaja urusan klinik selesai, kami pun beredar dan mencari juadah berbuka puasa....nak tahu ke mana kami pergi...?
Ini bukan gambar Chika dan Cik dan Cik Siti Fatimah..
Ini bukan gambar Cik Ainalina dan Munawarrah
"mama nak cikit ke..? tak leh laa..ni angah ngan along punyer.."
bersantai jap lepas jalan2 di pasar Ramadhan...
bersantai jap lepas jalan2 di pasar Ramadhan...
Mama Hero belikan Papa Hero gitar putih tu...amacam..? cun tak...? saya ni pun dah lama tak main gitar...gitar yang hitam untuk anak buah saya, dan gitar cinonet tu Along & Angah punya...ayah nak gitar dia pun nak gitar...he he he...nak tengok saya main ke..?? nanti saya upload yer...lagu Ismeth Ulam Raja Anak Saudagar Penipu...tak pun lagu "Auwa cenanat kan kamu..." he he he
Selepas mata Shinosuke dititis dengan ubat mata, beginilah perangainya...lega saya tengok dia kembali ceria....
******************************
PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI SI OREN a.k.a SHINNY
Saya minta maaf kerana agak lambat menyiarkan perkembangan terkini Si Oren...Ini adalah email yang saya terima dari Cik Asmah...
"nie pic terbaru shinny.sorry pic x-tray 2 agak kabur sket.nanti sy cube amik yang jelas sket.lg 1,doc cuci luka shinny yang nanah tue.yang due lg,pic pergelangan kaki shinny yang bengkak kat tempat yang patah tue.doc ckp kaki kiri dy jer yg patah.nak kne wat pinning.kos dy dalam rm550.tapi saya xnak bwt kat situ.nak cuba anta kat klinik govt.thanx ye atas nasihat abang 2.nie 1st time sy cmnie.so tak biasa.skang dah kewl blek." |
Wajahnya memang saling tak tumpah macam Hero...Alhamdulillah, semuanya dah selesai....ada banyak lagi gambar2 Shinny di laman FACEBOOK KAKIMOTONG FAN CLUB
Dagingnya yang tersiat telah pun tumbuh semula...syukurlah...nasib baik spine dia tak apa-apa...
Nampak bersinar kembali matanya...
Bagi saya, asalkan dia boleh makan dan tidur dengan nyenyak, ianya sudah cukup memadai bagi seekor kucing jalanan ini...dan nasibnya cerah kerana ditemukan dengan manusia yang berhati mulia...
Syabas saya ucapkan kepada vet yang merawatnya....Sesiapa yang nak tahu kisah sebenar Si Oren, SILA KLIK DI SINI...
p/s :
kalau tak kita yang sayang mereka, siapa lagi yang nak sayang....?
kalau tak kita yang sayang mereka, siapa lagi yang nak sayang....?
Alhamdulillah... Oren dah settle. masalahnye sekarang anak2 kamu yang kecik2 ni je la kan. Harap2 tak lama sakit matanya tu. Anak kucing memang selalu kene jangkitan mata. tapi insya-Allah, tak lama lagi baik la tu...
ReplyDeleteBro, brad pitt eh. Si hero ko letak Salleh Yaakob plak. Double standard btol la... hahahaha ko memang lawak la... dah sengal urat pipi ku ini...
rumah akupun byk kucing..... nak buang sayang n kesian....
ReplyDeleteseronok baca n3 ni!
ReplyDelete* rasanya kos rawatan oren agak berpatutan...
testing..ada reader yang tak leh komen ke..? adesss...
ReplyDeletealhamdllhhh si comel ni makin sihat..
ReplyDeletesakit mata? anak bulus saya pn sakit mata,ubat titis dah ada.bila titis dia ok tp esoknya mata macam bengkak balik :( ari2 sy cuci taik mata dia..asal bengkak je cpt2 letak ubat,tp sy rasa macam perlu dibava jumpe vet semula. :(
alhamdulillah...senang hati tgk Oren skrg, jelas terpancar di wajah Oren dia semakin sembuh :)
ReplyDeletecian bebudak tu kena sakit mata, mmg senang berjangkit sbb biasanya dorang tidur dan bermain bersama kan..insya'Allah sembuh lepas diletak ubat tu ;)
ooo ko balas dendam kat cni ye. xpe2 kami terima seadanya.
ReplyDeletesiab budak2 kaki empat tu...tp budak2 mmg mudah kene sakit mata.
yups
ReplyDeletekucing bila dikasi memang selera makan dia bertambah dan selalunya kucing2 yg dikasi akan cepat gemuk dan lebih manja
twins suka makan dunkin ker?kasi try big apple plak lah..lagi best..hohoho
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
alhamdulillah.
ReplyDeletehero sudah semakin sihat.
amin
anak kucing saya pun mata dia bengkak sebabkan tahi mata yang banyak dan mak dia tak bersihkan.saya dah lapkan sendiri.tahi mata dah tak ada tp mata die bengkak.apa patut sy buat?nak titiskan ubat apa?
ReplyDeletekucing nya lucu..
ReplyDelete