Kesiannya Penyu...Manusia Tak Habis-Habis Kejamnya.....
Pada mulanya, saya tak bercadang untuk memasukkan cerita penyu ke dalam entri hari ni...tetapi apabila jejari ajaib ni scroll gambar ke bawah, saya menjadi semakin marah..Masakan tidaknya, lihatlah mereka-mereka yang tak tahu malu ni....hanya memikirkan keuntungan wang semata-mata tanpa memperdulikan nasib-nasib haiwan dan hidupan laut..
Kisahnya berlaku di Costa Rica di mana musim penyu bertelur telah tiba...beratus-ratus ekor penyu telah naik ke darat untuk bertelur....Saya yakin gambar yang pertama ini menunjukkan penduduk setempat tidak tahu yang penyu akan naik ke darat pada hari itu...keadaan di tepi pantai ini lengang...tiada seorang pun manusia di sana...saya juga yakin yang jurufoto ini adalah para pencinta haiwan ataupun pengkaji-pengkaji hidupan laut sedang membuat kajian...
Dengan tak semena-mena, segerombolan manusia ( mungkin penduduk setempat ) yang tamak berkerumun di tepi pantai ini untuk mencuri telur-telur penyu ini untuk dijual...lihat gambar perempuan ini..tiada sekelumit pun ada rasa bersalah dihatinya...saya tak pasti penyu ini menangis untuk mengelakkan mata dimasuki pasir ataupun kerana telurnya dicuri orang...apalagi yang penyu ini boleh buat melainkan menangis sahaja...
Gambar ni yang saya paling sakit hati sekali..
Agak-agak berapa ribu telur penyu telah dicuri oleh mereka? Curi pastu main blah macam tu jer...huh..dasat...
Apakah tiada rasa bersalah langsung di hati mereka? Dah la mencuri, siap boleh gelak-gelak lagi..maklumlah, tak lama lagi boleh jadi kaya agaknya...boleh la mak pakai kereta sukan...
Tak padan dengan gemuk, wanita ini pun nak kaya juga...bersungguh-sungguh dia menggali pasir tu...Tengok la siku dia tu..besar dan berkerak...
Di mana pihak berkuasa atau badan2 berwajib? Tidur ke mereka ni....? Beratus ribu telur dah dicuri pun masih buat tak tahu lagi....mustahil mereka tak tahu..nak tunggu penyu tu meneran jer dah 1 jam....nak korek pasir pun dah setengah jam...Manchester United pun dah menang dah kat Old Trafford tu...Hidup M.U....Hidup M.U....ha ha ha ..per tetiber citer bola plak nih...
Pantai ini seolah-olah menjadi lubuk emas buat mereka...sedih saya tengok fenomena ni...Siap bawak family lagi...yang kat belakang skali tu tak habis2 dengan awek...buat report pun tak nak...hati mereka memang dah buta...
Inilah rupa orang yang tamak dan tak berakal....
Macam nak berkelah pulak akak ni...kau ingat ni Cerekarama ke?
Yang ni dah tak nampak benda lain dah...dah nampak duit dah tu....memang tak selamat la hidup kau...huh...!!
p/s:
Lensa kamera jurugambar ini adalah senjata paling yang paling berbisa...ada sesiapa yang nak hadiahkan aku kamera DSLR macam MaksuHakim punya tak..?? hu hu
************************************
Tetapi jauh bezanya dengan senario di negara kita...Alhamdulillah..di negara kita masih ada yang sayangkan penyu-penyu ni...ini adalah keratan artikel dari blog cutiganusokmo.blogspot.com
TUMEC Giat Pulihara Penyu
Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu adalah agensi di bawah Jabatan Perikanan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penyelidikan Penyu di Semenanjung Malaysia.
Di kalangan negara ASEAN, Malaysia telah dilantik sebagai negara peneraju dalam pengurusan dan pemuliharaan penyu.
Menurut Pegawai Projek Penyelidikan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC), Rantau Abang, Dungun, Terengganu, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir, terdapat banyak aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan oleh TUMEC.
Katanya, tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk menstabil dan meningkatkan populasi penyu di Malaysia melalui dua pendekatan iaitu mengurangkan kematian penyu pada pelbagai peringkat hidup.
''Ia juga bertujuan untuk menghasilkan jumlah anak penyu yang maksimum untuk dilepaskan ke laut,'' katanya.
Berikut merupakan beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau TUMEC.
Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu
Terdapat 15 pusat penetasan penyu di negara ini iaitu Mak Kepit, Ma' Daerah, Rhu Sepuluh, Pulau Perhentian, Rantau Abang, Geliga (Terengganu), Cherating dan Pulau Tioman (Pahang), Padang Kemunting (Melaka), Segari (Perak), dan Pantai Kerachut (Pulau Pinang) dan Air Papan, Pulau Tinggi (Johor), Pulau Penyu (Sabah) dan Pulau Talang-Talang (Sarawak).
Kajian Pengurusan Pusat Penetasan Penyu adalah satu aktiviti kajian yang berterusan yang dijalankan di setiap pusat tersebut di Semenanjung Malaysia.
Tujuan kajian tersebut adalah untuk meningkatkan kadar penetasan telur-telur penyu melebihi 80 peratus dan menghasilkan anak-anak penyu yang sihat supaya selamat untuk dilepaskan ke laut.
Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan Inconel Tag
Kajian penandaan penyu adalah amat penting dijalankan untuk mengenal pasti populasi ibu penyu yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu.
Dan juga untuk mengetahui corak migrasi penyu melalui maklumat yang diperolehi dari negara jiran apabila mereka menjumpai penyu yang telah ditanda tersebut.
Peralatan penandaan yang digunakan adalah inconel tag yang diimport dari Amerika.
Pada tahun 1998, penyelidik Malaysia telah diberi mandat untuk menyeragam nombor siri pada peralatan inconel tag untuk dilaksanakan di semua negara anggota ASEAN.
Misalnya Semenanjung Malaysia menggunakan nombor siri MY, Sabah (MYS), Sarawak (MYSa).
Pemantauan Pendaratan Penyu Melalui Aktiviti Penandaan Penyu Menggunakan mikrocip
Aktiviti penandaan menggunakan microcip adalah satu kaedah baru untuk menanda penyu.
Cip yang dimasukkan dalam tubuh penyu akan kekal untuk tempoh masa yang lama dan boleh dikesan dengan menggunakan peralatan pengimbas dengan merujuk kepada nombor siri pada cip tersebut.
Kos untuk melaksanakan kaedah penandaan cip agak mahal berbanding dengan mikrocip
Di Malaysia penandaan penyu menggunakan mikrocip hanya di laksanakan di pantai Mak Kepit (Pulau Redang, Terengganu) sahaja.
Kajian migrasi penyu menggunakan teknologi satelit
Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang melaksanakan kajian satelit telemetri ke atas penyu.
Kajian tersebut telah dijalankan pada bulan Ogos 1991 ke atas ibu penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.
Kemudian kajian tersebut telah dijalankan pada spesies-spesies penyu agar dan karah di Terengganu, Pulau Tioman, Melaka dan Pulau Pinang.
Tujuan kajian ini adalah untuk
(i) menentukan laluan migrasi ibu penyu dari pantai pendaratan,
(ii) untuk menentukan lokasi pemakanan penyu di laut (foraging habitat)
(iii) untuk menentukan jangka masa seekor ibu penyu untuk kembali semula ke pantai pendaratan (inter-breeding period)
(iv) untuk menentukan lokasi inter-nesting habitat dan
(V) untuk menentukan jangkamasa inter-nesting period
Kajian Genetik Populasi Penyu Agar Di Rantau Asia Tenggara
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti stok populasi ibu penyu agar yang mendarat dan bertelur di pantai-pantai pendaratan penyu di rantau Asia Tenggara.
Sebanyak 15 lokasi pendaratan penyu agar telah dipilih bagi persampelan tisu untuk kajian tersebut.
Kajian Kesan Suhu Ke Atas Kadar Penetasan dan Penentuan Jantina Anak Penyu Agar (Chelonia mydas)
Tujuan kajian ini adalah, untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan peratus penetasan anak penyu yang tinggi dan untuk menentukan nilai suhu yang sesuai bagi menghasilkan jantina anak.
Kajian Pemeliharaan Penyu Dalam Takungan
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti teknik terbaik dan parameter yang sesuai bagi memelihara penyu dalam takungan.
Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu (NPOA of Sea Turtles)
NPOA of Sea Turtles telah dilancarkan/diterbitkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan November 2007 melibatkan 16 keutamaan.
- UTUSAN
p/s :
Ramai juga orang Malaysia memang prihatin terhadap nasib haiwan-haiwan di luar sana lebih-lebih lagi kepada ahli2 Fan Club Kakimotong..he he he
manusia skang memang makin kejam.. dh la penyu makin kurg.. ciannya :(
ReplyDeletesy pon dpt email gmbr kejadian kat costa rika tuh, tp bila sy google utk tahu lebih lanjut apa yg sy dpt tahu mereka ini terlibat dlm usahasama utk menyelamatkan telor2 penyu tersebut oleh kerana terlalu byk penyu yg naik ke darat utk bertelur akan mengakibatkan telur2 yg ditanam terdahulu rosak, jadinya mereka mengambil telur utk usaha memeliharanya
ReplyDeletetapi tak tahu la betul ke tidak maklumat tu, itu yg sy dpt bila google kejadian yg berlaku kat costa rika tuh, wallahhualam...
saya terlupa nak attached URL cerita ni....ceritanya di sini :
ReplyDeletehttp://www.funzug.com/index.php/funzug-mails/turtles-on-costa-rica-beach.html
kesian penyu tu...dpn mata dia org amik telur dia...
ReplyDeletecba klu manusia tu, pas lahir je, org curik ank diorg..
pe prsan diorg..
huhu
Love the new look of your blog. Just to let you know that I cannot read the English translation of your blog.
ReplyDeleteThank you for visiting my blog and asked about Tommy. I do not know the reason but dia suka buat itu sticking his tongue out. Sometimes I think dia terlupa his tongue is out.
I have blogged about my own experience about turtle eggs. Please do check it out at
http://thechairspeaks.blogspot.com/2010/05/turtle-eggs-anyone.html
alahai kejamnya.
ReplyDeletemana lah penyu tak menangis.
abis anak dia kena makan.