Sedih Keadaannya Bila Anak Sakit Kan...??
Kelmarin Along demam agak teruk...suhu badannya naik tiba-tiba...ini semuanya gara2 SLURPEE la ni...hu hu...
Batuknya tak henti-henti..tapi nasib baik takde selesema....
Tak sempat nak buat sampel mug bertemakan Animal Lover dan gambar HERO...( jeng jeng jeng )
Kami bawa Along ke klinik untuk mendapatkan rawatan...kesian kat Along...dia tercungap-cungap sebab semput....tu la, ayah dah kata tak boleh minum Slurpee tu..
Angah ok dan cool....nasib baik kali ni Angah tak kena serentak dengan Along...
Seperti biasa, Angah sibuk dengan acara "Membongkar Beg Ibu"
"Mana wit Bu..? Nak bakan cik lemak ni..." ( nasi lemak )
Sementara Along masih lagi menyedut gas, Angah bertanya pada ibunya "Along cakit ke Bu..? Cian Along ni.." hu hu...aku tak boleh lupa pelatnya tu...
Sementara Along masih lagi menyedut gas, Angah bertanya pada ibunya "Along cakit ke Bu..? Cian Along ni.." hu hu...aku tak boleh lupa pelatnya tu...
Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan pulih seperti sediakala..Along kembali bernafas dengan normal selepas terkena semput yang agak teruk...
Lepas tu kami ke Pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa...masa ni Angah jadi tak keruan..matanya melilau nak carik apa benda yang boleh di'bakan'...mulut tak habis-habis mengomel :
"Yah..nak bakan tu yah..Yah...nak bakan ni yah..."
Along diam jer, tak cakap banyak...
Last2 aku belikan diorang ni keropok lekor yang diletakkan di dalam cawan plastik...senang sket nak "bakan"
Pada malamnya, Along tidur awal sebab dia tak cukup tidur...malam kelmarin sehari suntuk saya dan Mama Hero tak tidur bergilir-gilir menjaga Along...sementara Angah pula terbungkang di dalam buai diulit mimpi indah sehingga kembang kempis hidungnya...nafasnya pula macam kerbau...
Subuh tadi, Along bangun dengan ceria..Alhamdulillah, semuanya dah selesai....
SpongeBob Squarepants oleh Along..heheh...!!
p/s :
bagaimana pula ibubapa kita menjaga kita semasa kita masih bayi lagi...??
kepada anda yang sudah menjadi ibu atau bapa, jangan sekali-kali anda mendoakan benda-benda yang tak elok kepada anak anda sekalipun mereka telah membuat kesalahan ( melainkan sekiranya mereka telah melakukan kekasaran fizikal kepada anda...)
Salam perkenalan...:)
ReplyDeletesemoga keluarga anda menjalani kehidupan yang sentiasa sihat:)...
wahh kakimotong udah berwajah baru, nampak kemas dan teratur..two thumbs up!
ReplyDeleteciannya along, dia ada semput rupanya..kpd papa Hero jgn bg dorang mam slurpee lg yerk
Ala ciannye... Along semput teruk ke? Nasib baik dah ok... Nasib baik jugak tak kene kat angah. Hope Along feel better, amin...
ReplyDeletepapa hero berwajah baru la.
ReplyDeletesangat-sangat menarik.
congrat papa hero.
bersih mata tengok wajah baru neh.
ReplyDeleteslurpee..cik maie pun blacklist sbb terlalu sejuk juga manis n tak menyihatkan. nama lain for slurpee is brain freez
salam ramadhan
ReplyDeletecian angah tengok tak sampai hati kalau tengok budak kena sakit2 nie.. angah tak sampai hati tengok budak2 kena lagi anak angah sendiri
blog papahero dah berwajah baru..hoho..
ReplyDeletesemoga cepat sihat along...
blog ni berwajah baru kerana persediaan untuk dot com...insyaallah...he he he ...ini semua atas sokongan anda semua...perkataan kakimotong itu sendiri tidak cantik dan takde makna pun seperti nama2 blog femes yang lain, tetapi anda yang telah mencantikkan dan mencorakkannya...sebab itulah saya gunakan nama yang tidak cantik...saya mahu nama kakimotong ini kekal di ingatan anda sampai bila2...
ReplyDeletenice layout ... cool new look
ReplyDeletecomel spongebob versi along..haha
ReplyDeletekaki motong..biasa gunakan utk penoreh gotah.
ReplyDelete