KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Tips Untuk Trafik Blog Tanpa Blog Walking - Penjenaman Blog Adalah Kunci Kejayaan....

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, August 19, 2010

Tips Untuk Trafik Blog Tanpa Blog Walking - Penjenaman Blog Adalah Kunci Kejayaan....

Posted by Papa Hero | Thursday, August 19, 2010 | Category: , , |


PERINGATAN :

TIPS DI BAWAH INI ADALAH KHAS UNTUK BLOGGER YANG SIBUK DENGAN KERJA SEHARIAN ATAU YANG MALAS BLOG WALKING SAHAJA....

Entri kali ini tidak berkisar tentang Hero, haiwan peliharaan atau sebagainya...Entri kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada anda semua bagaimana untuk memastikan trafik sentiasa sibuk di blog kita tanpa kita bersusah payah untuk blog walking..Satu hari saya hanya update sekali sahaja...tapi, pada mereka yang minat menulis, digalakkan update selalu macam blogger Hans..beliau selalu mengemaskini blog dan bersungguh-sungguh di dalam penulisannya..Entri ini juga tak bermaksud anda tidak perlu blog walking sama sekali...

Saya juga telah membuat peninjauan peribadi terhadap hasil kajian saya yang tak seberapa ini sejak 2 bulan lepas. Kali pertama saya install Alexa toolbar, Page Rank Alexa saya menunjukkan blog saya berada di ranking 3juta lebih...ketika itu akhir bulan May...agak susah untuk SEO mengenalpasti keyword blog saya. Setelah melakukan blog walking dan komen bagai nak rak, apa pula yang berlaku selepas itu? Follower saya semakin ramai tetapi PR saya masih takuk lama. Mengapa jadi begini saya kurang pasti. SEO Google juga "kurang menyedari" kehadiran blog saya. Yang pasti, tak ramai follower saya yang terus menerus mengikuti blog kakimotong ni. Ramai di antara mereka yang menjadi follower saya terus tinggalkan blog saya begitu sahaja kerana mereka cuma membuat kunjungan balas sahaja.

Okay, 2 bulan telah berlalu, Page Rank saya meningkat mendadak dan kini berada di tangga #481,113...Bagaimana boleh jadi begini? Ini yang saya buat... :

1 ) Gunakan media Facebook,Youtube, Geng Blogger, Oh! Media Facebook dan sebagainya sehabis mungkin. Aktifkannya selalu ( Untuk web ping blog, setakat ni Geng Blogger dan Innit banyak membantu )

2 ) Sekiranya anda yakin, buat satu fan page khas untuk mereka yang selalu mengunjungi blog kamu. Andaikan yang kamu ini artis di dunia blog macam Ariff.com...Berikan satu penjenamaan untuk blog dan penulisan...Macam blog saya, sebut kakimotong jer orang dah tahu Hero dan animal lover...kalau sebut Kaizen Shinobi, semua orang tahu yang blog ini banyak info dari segi IT dan keagamaan dari bilik permerhatian beliau.....Sediakan rangkaian entri2 menarik yang tak semestinya dari blog korang dan masukkan ke dalam Fan Page FB kamu.....boleh copy link video2 menarik dari Youtube supaya orang akan lekat dengan Fan Page yang bakal korang buat nanti...tp, kalau copy entri2 menarik dari blogger lain, pastikan mendapat keizinan terlebih dahulu...boleh juga promotekan link2 blogger yang telah menjadi fan korang. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang anda dapat lakukan untuk mereka. Jaga peminat blog anda.

3 ) Setiap kali sebelum kamu tutup PC, korek link2 entri korang yang dah berhabuk tu dan copy masuk ke dalam wall FB rakan2 kamu atau di forum2 yang relevan dengan konsep penulisan kamu...kalau blog kamu bertemakan penulisan novel, pergi kat FB tu dan search 'NOVEL'..bermacam-macam page novel yang keluar....jadi, paste jer link tu kat situ...untuk paste link entri kamu ke wall rakan FB yang memang saling mengenali, tak salah kot kalau kamu paste link lebih dari satu...takkan dia nak marah kot..tapi kalau rakan FB yang tak pernah jumpa, baik paste satu link jer sehari...tapi, kalau adab nak paste ke link orang yang kita tak kenal, berilah sikit sumbangan pada wall dia..contohnya ucapkan salam kepadanya ataupun komen kat link yang dia post...so, bukan dia sahaja yang klik link entri blog kamu tu, malah kawan2nya juga kemungkinan besar akan turut klik sama....so, trafik akan banyak datang dari sini...sebenarnya masih ada orang yang nak baca link2 korang yang dah berhabuk tu...sekiranya ada akaun Youtube, lagi bagus...send link berhabuk korang tu ke Added Friends di Youtube.ayat invite yang biasa saya gunakan ialah : "Hi guys...I have a new stories about the legless cat named Hero...check this out "...jadi, tak semena-mena, video Hero di Youtube dah ada ramai viewer sehingga mencecah 76k dan 44k Like...hu hu hu...

4 ) Sediakan Google Translation untuk pembaca dari luar negara. Jangan hanya fokus kepada pembaca yang ada blog sahaja. Semua orang di dunia ni berminat nak baca penulisan dan gambar serta video pets korang...
Blog kamu akan jadi macam ni ( klik sini )

5 ) Dapatkan tips meta tag dari KAIZEN SHINOBI. Ini amat membantu terutama dari segi keywords...

Ini adalah hasil dari aktiviti yang saya buat seperti di atas...tanpa blog walking selama dua bulan, Unique Visitor saya tak lari dari 300 ke atas dalam sehari. Yang menariknya, ramai juga yang terdiri dari pembaca luar negara. Dari bulan Jun hingga Julai, pembaca blog kakimotong mencecah hampir 20,000 pengunjung tanpa bersusah payah berblog walking ( diambil dari Google Analytics, bukan Widgeo..Widgeo tak berapa tepat )... Angka ini mungkin kecil dari jumlah pelawat blog orang lain, tapi bagi saya angka ini cukup besar kerana ianya datang tanpa memerlukan saya untuk blog walking..maklumlah, selalu sibuk dengan tugas...

6 ) Buat "produk" sendiri dan upload ke dalam Youtube. Window Movie Maker kan ada...buat satu klip ringkas tentang kehidupan masa kini atau yang sesuai dengan konsep blog kamu dan add link blog korang ke dalam klip tersebut......kira macam memancing la tu...letak umpan banyak-banyak biar ikan semua datang kat kita..so, kamu dah ada jenama blog kamu sendiri...



Saya juga selalu perhatikan keyword yang masuk juga semuanya berkaitan dengan blog saya. Yang seronoknya, ramai orang terus mencari secara langsung perkataan Kakimotong atau kakimotong.blogspot.com untuk sampai ke blog saya ini. Ini menunjukkan ramai orang yang masuk ke blog saya "secara sengaja" berbanding secara tidak sengaja...Yang menghairankan saya pulak, ada keyword Pak Tam. Ini bermakna nama Pak Tam juga mudah dikesan oleh SEO kerana terdapat video Pak Tam di dalam Youtube, salah satu web yang terkemuka di muka bumi ini..Dalam bumi ni, Page rank Youtube berada di tangga ke-3...dasat tu...boleh dikatakan seolah-olah korang menumpang glamour sebuah kapal mewah yang besar walaupun hanya setakat kerja mencuci kapal jer...boleh dikatakan penjenamaan blog saya telah menjadi ( agaknya kot )....kalau tak ingat nama blog saya, taip ayat kat Google tu kucing dipotong kaki, kucing, pak tam, hero atau sebagainya pun dah boleh jumpa dah...



Geng Blogger memainkan peranan yang tinggi dalam pencarian trafik. Sejak 2 bulan lepas, Geng Blogger adalah di tangga yang teratas.



Inilah hasil dari penyebaran link saya ke merata tempat di dalam FB dan Youtube. Tak ketinggalan juga Digg.com, reddit.com, Innit dan icanhascheezburger.com. Cuma, anda kena pastikan yang entri, keyword dan tagging mestilah relevan dan dapat menarik minat orang untuk membacanya. Jangan lupa sediakan Google Translation. Tetapi, sekiranya ada bahasa dan perkataan pasar yang anda gunakan di dalam entri, terjemahannya menjadi agak kelam kabut dan membosankan...tetapi, walaupun penggunaan bahasa anda adalah baik, tak semesti ianya boleh diterjemah oleh Google dengan tepat. Sekurang-kurangnya hanya 70% entri anda boleh diterjemah dengan tepat. Mungkin jumlah pelawat dari luar negara ke blog ini masih kecil, tapi yang kecil tu lama kelamaan akan menjadi besar juga...


Kena ingat...!!Apabila tak buat blog walking, follower anda akan bergerak tersangat-sangat perlahan. Dalam seminggu, kurang 5 follower sahaja..akan tetapi, 80% kelima-lima follower ini akan terus menerus mengikuti blog anda kerana mereka follow blog anda dengan ikhlas kerana entri anda tu best...Mana yang lebih baik..?? Follower kunjungan balas atau Follower yang ikhlas?? hu hu hu...

p/s :

Saya bukanlah celik IT sebab background saya adalah Architecture...jadi, siapa nak try, pandai-pandaila yer...

Comments
2 Comments

Currently have 2 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. tq for info...nak cube wat jugak lah...heheh

  2. Wah, menarik!!! Perlu sangat2 tips ni smue. Tenkiu for sharing! Kimsalam kat Hero! :D

    Kucing saya pun hebat jugak, Jom jenguk die hehe:
    Kucing aku Beriman


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails