KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Mak Tam Si Janda Kesepian

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, August 7, 2010

Mak Tam Si Janda Kesepian

Posted by Papa Hero | Saturday, August 7, 2010 | Category: , , , , |

Setelah 2 bulan berlalu, barulah hari ini saya nak update kisah Si Mak Tam Janda ni...Pada satu malam ( tak ingat pula tarikhnya ), ada seekor kucing tumpang tidur di atas tembok rumah saya...warnanya hitam berkilat, bulunya separa panjang...kat pipinya ada "fluffy' sikit...manja betul kucing ni.....dia tak habis-habis menggeselkan mukanya kat tembok tu...


Kesian..lapar sangat kucing ni..oleh kerana Pak Tam pun berwarna hitam, saya memberikan nama kucing ini Mak Tam a.k.a Janda Kesepian...suaminya entah hilang ke mana...Mak Tam adalah isteri yang digantung tak bertali...takpun ibarat layang-layang yang terputus talinya...takpun teratai layu di tasik madu...

Saya memang biarkan dia di luar rumah..tak galakkan dia masuk...dia pun tak kisah...saya ada sediakan tempat tidurnya di depan pintu...kalau hari Ahad, rumah tu terbuka seluas-luasnya untuk dia sbb saya berada di rumah...jadi, kalau ada apa2 hal saya boleh pantau dia...

Setakat ni, hubungan dia dengan Hero agak mesra, tapi Pak tam agak takut dengan Mak Tam ni...mungkin sebab lawa sangat agaknya...


Perangai Mak Tam ni mudah dibaca...kalau tak dipanggil, dia datang...kalau dipanggil dia nak panjat peha...tak tahula pulak kucing siapa ni..,perangai dia memang perangai kucing rumah.

Kalau ada rezeki, saya nak kasikan Mak Tam ni takut dia bawak balik "budak" pulang ke rumah...memang ada banyak perselisihan faham tentang mengkasi kucing..ada yang kata berdosa, kesian kat kucing tu katanya....tapi bagi saya, mengkasi kucing adalah sebaik-baik cara untuk mengawal koloni kucing dari menjadi terbiar. Kucing yang dikasi umurnya lebih panjang dan badannya lebih sihat.

Setakat ni, Mak Tam tak memberikan masalah kepada kami sekeluarga. Hari ketiga Mak Tam di rumah kami, dia berak di rumah jiran sebelah...nasib baik tuan rumah tiada ketika itu. Semenjak kes itu, saya terpaksa menyediakan tray pasir kumbahan di depan rumah dan terlindung oleh motorsikal saya..jadi, orang sebelah tak perasan...apa lagi yang saya boleh lakukan terhadap kucing terbiar ini? Takkan nak buang dia plak...jadi, saya ambil keputusan untuk jadikannya sebahagian dari keluarga saya...apa yang keluarga kami dapat, dia akan dapat juga...Insyaallah..

p/s :
1 ) anak-anak bulus main kejar-kejar dengan Pak Tam malam tadi.....geli hati melihat gelagat diorang....

2 ) Semenjak kes saya dengan Burn dulu, tak berani nak tolak kucing yang datang ke rumah...mungkin ada malaikat rahmat ingin memberi rezeki...

Comments
11 Comments

Currently have 11 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. sy pernah menonton satu rancangan bual bicara tp dah lupa rancangan apa, mereka berbicara tentang mengkasi haiwan peliharaan.

    menurut kata ustaz tu mengkasi haiwan peliharaan adalah digalakkan kerana byk kebaikkannya antara dpt mengawal pembiakan mereka supaya kita dpt menjaga mereka dgn lebih sempurna.

    kalau dah terlalu byk pon bimbang kita tak mampu nak menjaga mereka dgn sebaiknya.

  2. mak tam janda kesepian bley la kwn ngan cik tam janda gedik...haha

  3. TAK TAHU LG BILA NAK KASIKAN DIA TU

  4. say suka tengok gambar mak tam..baru arini awak tulis secara specific pasal dia.

    lagipun muka dia mcm kucing saya yang kitorg bela pun sebab dia datang menumpang tdoq kat umah.saya penah tulis pasal dia kat cni

    http://wajahajah.blogspot.com/2010/06/kucing2-aku.html

    ngeee

  5. hahaha
    orang sebelah tahu x mak tam berak dkt rumah diorang?
    kalau tahu memang mengamuklah diorang
    hohoho

    P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

  6. ha...ha!nanti ayahnyah n wannyah bagi tau jiran sblah.kami tmbhle citer sikit.siap...baik cepat buat kubu suruh si putri kembar tlng..

  7. ha...ha!nanti ayah n wannyah bagi tau rahsia tu kat jiran sblah.

  8. Habih la putus baka kala di kasikan..

  9. dah ada kucing baru datang. bertambah2 ramai la isi rumah..

    act kesian dengan kucing yg dikasi ni. tapi kalau tak kasi nti, anak2 dia terbiar pulak klu tak larat menjaga.. hurm..

  10. comey nyer mak tam....teringat dkt kucing sye name diew zorro....comey banget...tp diew bru jewk mti xtau kenapew...diew mkn rcun rsenyer...diew mti time saye nk ambik exam killer paper....sedey nyer....mak tam kwn ngan pak tam..hak hak hak...

  11. kasi diharuskan untuk mengatasi permasalahan ummah dikalangan binatang...


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails