KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Damaikanlah Hati Anda Agar Anda Memperolehi Damai Di Sana......

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, October 18, 2010

Damaikanlah Hati Anda Agar Anda Memperolehi Damai Di Sana......

Posted by Papa Hero | Monday, October 18, 2010 | Category: , , |

Apa yang paling PH takuti ialah kehilangan MASA.....sesaat masa yang berlalu tak akan berulang kembali....Allah bagi kita takdir, tinggal kita jer yang pilih samada takdir baik atau takdir buruk....PH menyedari akibat kesibukan kerja seharian di construction site, PH banyak kehilangan masa bersama-sama dengan anak-anak...kesian kat mereka...tapi, apa yang PH boleh buat...? PH terpaksa bekerja demi menyara  keluarga yang baru 5 tahun dibina ini.....


Mak dan ayah PH dah bercerai 11 tahun lalu....di zaman kanak-kanak dan remaja,  tak banyak benda-benda  menyeronokkan yang PH lalui...bahkan, adakalanya PH langsung tak ingat peristiwa-peristiwa manis yang pernah datang menyinggah ke dalam hidup PH....Zaman kanak-kanak PH tidak begitu menyeronokkan...Gambar-gambar kenangan semasa PH masih kecil pun tak banyak dalam simpanan...PH rasa rugi sangat2....


Zaman PH dulu tak ada laptop, pc game dan sebagainya apatah lagi internet sepertimana di zaman sekarang....Tak banyak juga tempat-tempat menarik yang PH pernah pergi masa kecil dulu.....


Sesibuk mana tugas kita sekalipun, hargailah peluang sepenuhnya masa anda dan anak-anak walaupun seketika....


Tak salah kalau sekali-sekala kita mengambil cuti untuk membawa mereka bersia-siar....jangan jadi patung...bukan Bos kita yang menentukan nasib kita...kita yang tentukan sendiri di mana takdir kita....


Kita mesti selalu berada bersama mereka dan didik mereka menjadi berani supaya mereka  mampu mendaki setinggi mana cabaran yang mendatang....


Akan tetapi, masa yang dah berlalu tu dah tak boleh diulangi semula....PH akan pastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak menimpa Along & Angah....


Jangan kita takut untuk menghadapi masa depan...Carilah pengalaman dan pembaharuan di dalam hidup sebanyak yang mungkin....agar kita boleh berkongsi ilmu kalau ditanya oleh anak-anak kita...


Dan janganlah kita mengajar anak-anak kita berlaku zalim terhadap sesama manusia dan haiwan....


Kepada isteri tersayang....Terima kasih kerana sudi bersama abang ketika abang susah dan senang...Abang bahagia sangat2.....


Kita tak tahu bila ajal kita akan tiba...oleh itu, gunakanlah setiap detik yang tinggal ni untuk menikmati kemanisan hidup...bukannya kepahitan hidup....sebelum kita dijemput olehNya...


Damaikanlah hati kita supaya kita memperolehi damai yang kekal di sana....



Comments
8 Comments

Currently have 8 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. sebaknyer baca...insyaAllah..apa yg kita wat dgn iklas..sntiasa dicatit oleh malaikatNya...n stp yg brlaku dlm hidup sama ada pahit atau manis...x berlaku dgn sia2...Allah lbh mengetahui....

  2. salam... (✿◠‿◠)...
    hehehe, along & angah dh mcm uper MH sbb dh ambut pendek... agak2 nyer MH uper cam 2 ek masa tecit...
    ye btul 2 PH, hargai & nikmati lak hidup dgn kuarge selg kte masih sehat & mampu nie... kte x thu apa yg dh direncana kn oleh YG ESA tuk kte... jd hargai lah kuarge, saudara, kengkawn & makhluk2 tuhan yg lain...(✿◠‿◠)...!!!

  3. sedih la baca ni
    lupakan semua yg sedih2 yer
    kita kumpul kenangan manis byk2

  4. gambar pak tam punad jugak....waaa romantiklahh PH ni.....

  5. comel la diorg potg rmbut cmtu..
    hehe

    semoga hidup PH sekeluarga sentiasa di bawah lindungan & rahmat Yang Maha Esa~
    amin~~

  6. comelnya along dan angah rambut pendek, so tiutt!

  7. huhuhu...entri kali nie bebetul mengimbau masa lalu laa..teringat kt mak kt kg..uwaaaaa


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails