Preview Filem Pencinta Haiwan : SEE SPOT RUN ( PART 1 )

Entri PH kali ni mungkin berat sket kot...sbb kali ni PH saratkan dengan sedutan klip2 movie....Kali ni PH nak buat satu preview filem pencinta haiwan yang bertajuk "SEE SPOT RUN"....Filem ini diterbitkan di sekitar tahun 2001 dan ianya berkisarkan tentang seekor anjing baka Bulldog milik FBI yang diberi nama AGENT 11 telah menyerang salah seorang ketua jenayah yang amat dikehendaki, Thalia ( bukan Thalhah yer...) ....Beberapa bulan selepas itu, ketua penjenayah tersebut kemudiannya telah mengarahkan orang-orangnya untuk memburu dan membunuh AGENT 11....


AGENT 11 bersama tuannya, Mr Murdoc....
See Spot Run (2001)


Ini ialah Gordon ( David Arquette ), seorang anak yatim piatu yang bekerja sebagai posmen....Gordon ni takut anjing...dan tak suka anjing...Postmen Hate Dogs...itulah prinsip kerjayanya....


Si Gordon ni syok kat Stephanie, janda anak satu yang cantik...Stephanie mempunyai seorang anak lelaki yang bernama James....Stephanie amat tidak menyukai Gordon kerana baginya, orang seperti Gordon tidak bertanggungjawab dan tiada masa depan...nak menguruskan diri sendiri pun tak pandai...macamana nak jadi laki...? Kira prejudge la ni.....Si Gordon ni plak memang sukakan budak2....penyayang orangnya, cuma orang jer salah tanggapan berdasarkan penampilannya yang nampak tak terurus....


Pada suatu hari, Stephanie terpaksa outstation kerana urusan tugas tetapi pengasuhnya yang bernama Daisy tak dapat datang menjaga James atas sebab yang tak jelas....Jadi, Gordon menggatal nak jaga James konon2nya nak ambil hati Stephanie...mahu atau tidak, Stephanie terpaksa meletakkan James di bawah penjagaan Gordon..Di sinilah bermula kisahnya...

See Spot Run (2001)

Gordon paling benci anjing ni...Namanya Tyson...kerana anjing inilah hidupnya menjadi porak peranda...he he ....anjing ni pun menyampah kat posmen agaknya...


Pada suatu hari, cubaan membunuh AGENT 11 gagal....

Setelah menyedari bahawa AGENT 11 di dalam bahaya, Mr Murdoc telah diarahkan oleh pihak atasan supaya AGENT 11 dihantar ke pusat latihan anjing FBI di Alaska....Mr Murdoc amat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan AGENT 11...badan jer bagak, tapi sentimental orangnya...

Akan tetapi, sangkar yang menempatkan AGENT 11 ketika proses pemindahan telah ditukarkan dengan anjing yang lain ( kurus keding giler ) oleh seorang wanita ( orang upahan Thalia )....

AGENT 11 menyedari yang dia telah teraniaya lalu berjaya keluar dari van yang membawanya...Pandai betul anjing ni berlakon...Lepas tu, AGENT 11 tu masuk ke dalam van Si Gordon ni untuk menyelamatkan diri...Saksikan bagaimana nama Spot diberi kepada AGENT 11...

See Spot Run (2001)

See Spot Run (2001)

Di antara babak lucu filem ini...

Comments

  1. mmg suka tgk citer yg ada haiwan tp nnti klau ada mende sedih mesti air mata jatuh berkoyan-koyan huhuu...

    ReplyDelete
  2. owh
    tingat satu filem xsilap tahun lepas pasal anjing juga
    apa entah tajuk dia tapi best

    P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

    ReplyDelete
  3. ada satu filem pecinta haiwan yang PH patut tengok...
    Nama tajuk citer tu Marley And Me...amat sedih...
    Kisah nyer b4 lelaki ni kahwin dia adopt this dog to present his bakal wife...
    mereka menjaga Marley ni sampai dorang ada 3 orang anak rasanyer...sampai la Marley ni sakit...time tu sedih sangat...
    You guys should carik this kind of Movie..very touching...^^'

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular