KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Apa Sebenarnya Haiwan Jalanan Ini Mahukan....?

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Tuesday, October 5, 2010

Apa Sebenarnya Haiwan Jalanan Ini Mahukan....?

Posted by Papa Hero | Tuesday, October 5, 2010 | Category: , , |

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan kucing-kucing jalanan yang saya bela rata-rata perangainya tak ubah seperti kucing2 rumah yang lain....cuma yang berbezanya :

1 ) Makan gelojoh sebab tak pernah makan sedap...
2 ) Bila makan, menyembur kat kucing lain yang nak makan sama sebab makanan tu sedap sangat kot...
3 ) Lebih lincah dari kucing rumah...
4 ) Kental dan lasak walaupun masih tecit....
5 ) Senang dididik seperti kucing rumah....



Seumur hidup Papa Hero, belum pernah lagi rumah 'dikawal anjing'...apa yang saya perhatikan, mereka ni cuma nak kasih sayang dan belaian dari kita.....bila datang kat pagar rumah, anak2 anjing ni mengeluarkan bunyi 'whistle' yang meruntun hati sesiapa saja yang mendengarnya....alahai, comel sangat bunyinya....




Paing manja sekali ialah Si Max ni...Cerita asalnya mengapa dia selalu lepak di rumah Papa Hero ada di sini ( KLIK SINI )

Dari waktu kami pulang dari kerja.....


Hinggalah kami keluar kerja pada waktu dinihari....mereka setia lepak kat luar pagar...yang hairannya, dia tak buang najisnya di depan rumah saya...dia akan buang jauh2...


Rasa puas yang tidak terkata bila dapat bagi anjing makan....yang berkurap pun datang mintak manja...entah dari mana datang agaknya....mungkin dia terbaca blog kakimotong la tu...alahai siannya Papa tengok kau...tak terjaga langsung...Anjing besar yang berkurap ni ada mengeluarkan bunyi 'whistle' juga....tak padan dengan kurap...hu hu hu...rupa-rupanya dia pun nak mintak makan....tapi si tecit ni ngacau la plak...terpaksa dia mengalah dulu....cian dia...


Mungkin ada di kalangan anda yang memandang serong terhadap apa yang saya lakukan...apa2pun, kami sekeluarga hepi dapat pengalaman ni....jiran2 Cina kami semuanya terkejut....bukan nak mendabik dada, selepas mereka tengok apa yang saya lakukan, mereka juga dah mula berbaik sangka terhadap anjing2 ni...dulu mereka Syuh...!!! anjing2 ni...tapi sekarang ada di antara mereka yang sudah mula memberi mereka makan di tepi kaki lima...ada yang siap 'pinjam' Max bawak main2 kat rumah mereka....video di bawah ni menunjukkan Si Max sedang menggigit sejenis kayu khas yang dicipta untuk anjing gigit...tak tahulah apa namanya....saya beli untuk mereka...saja nak try test dan uji.....bukan mahal pun...



Saya juga perasan Si Adek ni berubah warnanya...dari hitam pekat kepada warna kelabu...sian kat diorang ni...suka dia bila dapat gigit benda tu..kalau ada sesiapa yang tau apa nama benda ni, sila komen kat entri ni yer....


Semalam Si Pak Tam telah membawa balik hasil tangkapan yang pertama dalam hidupnya.....Syabas....!!!


Last2 aku juga yang kena tanam arwah mamat ni...hu hu hu

P/S :
Berbaik sangkalah kita kepada haiwan....

Comments
11 Comments

Currently have 11 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. wahhh..paktam dh pandai berburu....
    syabbas bette

  2. tu paktam ke diktam yg makan dlm tupperware tu??? sampai menonggeng....hikhikhik

  3. PH!! heee..
    sy hepy ade kwn cm PH!
    bangga!..
    =)

  4. bagus nyer kamu ni...saya pon pernah bagi makan anjing luar pagar dapur...setiap malam mesti dia tidur luar rumah...untuk tau bagi makan anjing² ni...tak rugi satu sen pon...^^'

  5. daripada makanan baki kat rumah tak habis dan dibuang atau dibiar basi begitu je, bagus lagi kasi anjing2 tu makan. tak membazir....

  6. congrats PH..
    sama2 la kita berdoa moga org Melayu kita tak pandang jijik pada anjing nie..
    Tak tahu kayu tu nama apa tp bila jumpa mesti rasa nk beli untuk anak2 bulus kt umah..hehehe..

  7. tahniah Pak Tam ku. kamu telah matang dan tahu berterima kat heri n family.

    bagus la jiran2 cina dah berfikiran baik. so case yg dorang bagi surat chenta tu kira tarik balik ke?

  8. wakakaka... lps nie makin bnyk la hasil2 tangkapan pak tam, clap2 dier ajar deqtam berburu skali....
    niat PH ngan haiwan terbiar 2 ikhlas, peduli ngan ape owang len nk cakap...janji kte jujur & ikhlas...

  9. Anjing...? tak mengapa. Bagi saya walaupun anjing pun kita patut berbuat baik...mereka pun ingin berkongsi hidup senang dalam dunia ni...cuma kita yang TAMAK...Kiranya PH memberi makan minum pada anjing tersebut pun sudah dikira PAHALA...Dan Insyaallah Haiwan tersebut akan mendoakan kesejahteraan kita juga.

  10. huuu..sy pna gak ad anjing tprangkap kt lngkang dpn uma...tgh hujan plak uh..
    ibu sya nk kaut gak..tp xdpt..bila da lame..
    kite org biakan..pstuh blek uma smula.,.jiran tgh cbe nk kaut..tp xtaw la ape nseb anjing uh

  11. kayu tu di panggil chew stick.....ia utk asah gigi atau gigit utk b'main....


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails