KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Hargailah Kenikmatan Berkeluarga

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, October 4, 2010

Hargailah Kenikmatan Berkeluarga

Posted by Papa Hero | Monday, October 4, 2010 | Category: , , |

Masa bujang dulu, Papa Hero jarang berfikir soal membina keluarga...apa saja yang dilakukan semuanya hanya untuk berseronok..yang penting, enjoy...!! Dapat gaji, semuanya dibelanjakan sesuka hati tanpa memikirkan kesannya...Maklumlah, ketika itu tak banyak komitmen...semuanya berbelanja mengikut nafsu-nafsi....

Akan tetapi, segalanya telah berubah sekarang....semua yang berlaku memang ada hikmah disebaliknya....banyak halangan berjaya ditempuh sebelum memasuki ke alam perkahwinan....Penghijrahan ini juga bermaksud segala kelakuan dan kegemaran saya ketika bujang harus ditinggalkan demi keluarga yang dibina....Pada awalnya, terasa sungguh berat sebab dah jadi kebiasaan....Dari berambut panjang, sekarang sudah berambut pendek...Dulu biasa melepak malam2 dengan kawan-kawan di studio muzik...tapi sekarang melepak dengan anak-anak pula....segala instrument muzik juga telah saya jual...terus terang saya katakan dah bertahun saya tak melepak dan main muzik....


Ayat di atas bukan bermaksud saya nak melepak kembali, tetapi baru sekarang saya sedar betapa ruginya masa yang berlalu terbuang begitu sahaja satu ketika dahulu....alangkah bagusnya kalau saya gunakan masa yang berlalu itu untuk meningkatkan taraf hidup....Pada waktu malam, mungkin saya boleh berblogging atau mencari bisnes part time untuk duit tepi...kalau saya belajar rajin-rajin masa sekolah dulu, mesti sekarang ni saya dah berjawatan besar....apa taknya, dapat tawaran belajar di luar negeri....


Tetapi, dari zaman bujang dulu pun, saya sudah pun mempunyai kerja tetap dalam bidang Architecture dan Construction....waktu melepak tu pun lepas habis waktu kerja....Hidup saya sekarang telah berubah sepenuhnya semenjak kehadiran isteri tersayang....Tambahan pula, saya mendapat anak kembar...seiras plak tu...Alhamdulillah...sekarang ni apa saja yang saya lakukan hanyalah untuk mereka...



Semenjak bergelar bapa, baru saya tahu betapa susahnya nak menjaga dan mendidik anak-anak...kelakuan dan perangai kita adalah berdasarkan dengan apa saja perbuatan yang kita lakukan di hadapan mereka...

Melihat keletah mereka adalah saat yang paling menghiburkan saya....apabila melalui saat ini, saya berasa lebih bertanggungjawab untuk berusaha keras demi masa depan mereka....

Pertama kali saya membawa si kembar ni jalan2 naik motor di sekitar kawasan rumah....nampak macam simple, tapi sebenarnya ianya besar ertinya bagi Along & Angah..tau sebab ape? Sebab saya dapat lihat wajah kegembiraan pada mereka yang sebelum ni tak pernah lagi saya nampak.......Mereka akan berasa lebih dihargai dan ianya juga adalah hak mereka yang patut saya beri...Mereka berhak merasa gembira...kesian kat bayi2 yang dibuang tu...hak mereka untuk hidup terus dinafikan...

Mereka masih tak faham erti kehidupan...bagi mereka, apa yang dilihat, disentuh dan didengar adalah perkara2 baru...amat ikhlas hati mereka...Kanak-kanak memang tak pandai menipu...dan jangan sekali-kali diajar menipu...

Bagi anda yang mempunyai lebih dari seorang anak, pupuklah semangat sayangkan sesama adik-beradik semenjak mereka kecil....macam Along & Angah, mereka memang rapat sekali....dan janganlah kita membeza-bezakan kasih sayang....( saya pesan untuk diri saya sekali )...

Dan didiklah anak anda supaya sayangkan haiwan sejak mereka kecil...Insyaallah, apabila dewasa esok, kanak-kanak ini akan jadi pemimpin yang membela haiwan terbiar....bagi pemimpin generasi kini, sifat sayangkan haiwan itu dah tak penting bagi mereka...mereka lebih sayangkan kuasa dan wang...menabur fitnah sudah sebati di dalam darah mereka....



Kepada Along & Angah, ayah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua....

P/S :
Apa yang Papa Hero ada sekarang tak pernah termimpi pun.....Alhamdulillah...itulah namanya rezeki yang datang kalau kita terus berusaha keras...oleh itu, adik2, belajar rajin-rajin yer....manfaatkan masa yang terluang untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri supaya boleh berdikari...mak & ayah mesti suka...

Gambar Kucing Hiasan Entri Kali Ini :
Ni kucing saper yek...?


Comments
6 Comments

Currently have 6 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. 'Parenting' is not easy. Dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Apa2pun tahniah untuk PapaHero dan Mamahero yang telah berusaha mendidik sikembar menjadi anak yang baik. Dah nampak pun sifat2 kasih sayang mereka terhadap binatang. Semoga keluarga bahagia ni terus kekal ke akhir hayat, Amin..

  2. Usash pilih kasih kan...sayangilah kesemua anak² kita...^^'

  3. beruntung along ngan angah dpt papa mcm PH...
    kucing bwh tu cam mka iyo jerk...hehe

  4. lucky kids. may Allah bless u n your family.

    yes tiada pilih kasih antara anak2. hadir mereka melalui kita yang dewasa gak.

    ***kucing tu ciput lau tak silap, kucing cik kimora yusof atau kat blog nama rosmayati yusof***

  5. biasa la PH... bersyukur dgn apa yg kte ader skrang & trus berusaha utk yg lebih baik....(✿◠‿◠)...!!!

  6. GAMBAR KUCIN TU IYO LA CIK MARIE...HE HE


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails