KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Si Deq Tam Yang Dibuang Di Tepi Jalan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, October 4, 2010

Kisah Si Deq Tam Yang Dibuang Di Tepi Jalan

Posted by Papa Hero | Monday, October 4, 2010 | Category: , , |

 Cerita pasal kucing2 jalanan ni, rasanya sampai bila2 pun tak selesai....tapi yang hairannya, saya ingat saya seorang jer yang mengalami perasaan ni...rupa-rupanya kat luar sana ramai yang berperasaan macam saya....malah ada orang yang sayangkan kucing lebih ekstrim dari saya....mungkin mereka tak ada tempat nak luahkan perasaan tu...itulah salah satu sebab mengapa blog kakimotong ni wujud....blog ini adalah wadah perjuangan Papa Hero dan rakan-rakan meluahkan perasaan sayangkan haiwan....

Pada asalnya, saya tak mahu ambil Si Deq Tam ni...


Masa kitorang tengah makan di sebuah restoran, Deq Tam ni melese2 kat kaki....bila melihat keadaannya, teringat masa mula2 jumpa Pak Tam dulu ( KLIK SINI )...ianya adalah di waktu dan di tempat yang sama kami menjumpai Pak Tam...

Kesian dia...tapi, kami tak risau sebab menurut tauke restoran ni, dia memang ada memberinya makan....

Dia pun tak tahu dari mana kucing ni datang....saya rasa, Deq Tam ni adik-beradik dengan Si oren yang berdiri tu.... Ceritanya ada di sini ( KLIK SINI )

Menurut tauke restoran ni, kelibat si Oren tu pun dah lama tak kelihatan...mungkin dah ada orang membawanya pulang ke rumah...kalau betullah macam tu keadaannya, Alhamdulillah...

Selepas selesai makan, kami pun pergi ke sebuah pasaraya di sebelah restoran ni...Deq Tam ni kami tinggalkan ajer..

Masa kat dalam pasaraya tu, saya ada terdengar bunyi orang menghalau kucing....yang menghalau kucing tu adalah pekerja pasaraya itu sendiri....budak tu memang saya kenal, memang baik orangnya...umur dalam lingkungan awal 20an....


Kemudian, Mama Hero ternampak budak lelaki tadi membawa Deq Tam ke satu tempat yang jauh dari situ...jaraknya lebih kurang 50 meter dari pasaraya tu...kawasan tersebut adalah kawasan tempat letak kereta lapang dan banyak kereta lalu lalang di kawasan tu....budak tu memang tak suka kucing agaknya...tapi, apa salahnya kalau diletakkan semula ke dalam restoran tu balik...? kan kat sebelah jer...tak faham saya...


Mama Hero sempat menjerit kerana Deq Tam nyaris digilis sebuah kereta yang tak perasan akan kehadiran Deq Tam di situ.....

Buat sementara waktu, Deq Tam tinggal bersama-sama dengan kami...hu hu hu....

Masa mula-mula sampai ke rumah, Pak Tam dah kena sembur dengan si tecit ni...lepas 2 jam, mereka kelihatan berguling-guling bersama...alahai....!!!

P/S :
Sesiapa yang berhajat nak Si Deq Tam ni, sila PM saya di Facebook yer.....muka memang macam Pak Tam tapi Deq Tam ni betina....Sampai masa, saya akan lepaskan semula Deq Tam ni...jadi, sebelum tu saya harap ada orang boleh  bela dia...bolehla update dalam blog masing2...lawan dgn citer Pak Tam...he he he 


Comments
7 Comments

Currently have 7 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. betul kata PH tu, cerita pasal haiwan dan kucing terbiar ni sampai bila2 pon takan selesai..setakat mana sajalah yg mampu kita bantu utk selamatkan mereka kan

    tapi sy bersyukur dan selalu berdoa semoga ramai lagi manusia yg baik hati dan prihatin seperti PH dan rakan-rakan pencinta haiwan yg lain akan wujud di muka bumi ini, insya'Allah...

  2. adeh....saya mmg idamkan sgt kucing hitam ni. tp keadaan rumah tak mengizinkan. dok umah flat dan dah penuh dengan mell, adik & ahboy.
    sama samalah doa, blacky ni ada org nk....kalau jaga elok2, cantik berkilat nanti bulu dia kan.

  3. haha, bley la join cik tam skali...ngan mak tam PH..haha
    smuanya hitam...

  4. hopefully ada orang yg sanggup amik deq tam sebagai haiwan peliharaan pasnih

  5. Sian deq tam..aper pun tentu deq tam hepi sementara duk ngan ph..:))

  6. Saya cepat kesian dengan haiwan... kadang2 kalo nampak haiwan sakit tepi jalan, mesti nak kutip balik (sbb tu lah boleh ada cerita psal si Ria yg akhirnya di jaga oleh Chetz dan Aneesa).

    Selalunya bila kucing2 dah sihat dan dah diberi nama, berat hati nak bg kat org. Sbb tu seboleh2 saya akn cuba avoid dari kutip haiwan jalanan balik ke rumah.. sbb duduk rumah apartment. yg ada ni pun dah macam byk sangat jek.

  7. kalau begitu ceritanya...budak pasaraya tu kategori JAHAT lah....bukannya baik. otak tak ada. kucing tu elok elok duduk di restoran tu ada ke patut dibuang kat tengah jalan.....pandai pulak deq tam buat muka kesian....hehehe


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails