Apabila Si Kembar Ke Klinik Veterinar.....

Kali pertama melihat pintu klinik, Along & Angah beria-ia nak masuk ke dalam...Mungkin dia tahu yang kami akan melawat Hero. Angah siap menyuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan haiwan tu.

Angah ni pun rindu kat Hero agaknya....

Kelihatan di belakang tu ialah En. Hadzwan.


Si Sammy ni lagi berat dari Along...tinggi pun hampir sama dengan Along...

Sihat betul Si Sammy ni.....

Lepas tu, Along pula menuruh saya meletakkannya ke atas tempat pemeriksaan kucing tu...biasa la, kalau dah ada anak kembar ni kena bagi sama rata.....

Suka dengar Along & Angah panggil "Iyooo...." he he he

Inilah wajah terbaru Hero. Dia dah sihat sepenuhnya dan dijangka boleh dibawa pulang pada hari Rabu 4.08.10....Ada peminat setia Hero bernama Cik Yusnita ( dari rakan Facebook ) selalu melawatnya....terima kasih yer Cik Yus...

Untuk pengetahuan bagi mereka yang mengikuti perkembangan Hero, dia juga telah dikasikan ( neutered )...

Kepada Kelana Jaya Veterinary Clinic khususnya buat En Hadzwan dan Dr Intan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah merawat Hero sehingga sembuh...Saya yakin, para peminat Hero juga berterima kasih kepada anda berdua.


P/s :
Seperkara lagi yang saya risau selepas ini ialah berat badan Hero akan naik selepas dimandulkan...saya takut dia tak boleh berjalan pulak...adessss.....ada sesiapa yang boleh buatkan kaki Hero ni ke??? hu hu hu

Comments

  1. alhamdulillah Hero dah sihat

    tak lama lg dah boleh balik, mesti Hero happy..Papa&mama hero dan si kembar pon mesti happy sgt2 kan.. Sy pon tumpang HAPPY jugak :D

    ReplyDelete
  2. Thx...ini semua adalah berkat doa dr peminat2 hero....terima kasih byk2...hati saya dah lega dah....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.
    hero sudah sihat.
    bro, lin pon khuatir pasal itu.
    bila sudah neuter, takut dia obesiti.
    hope ada insan mulia boleh tolong.

    ReplyDelete
  4. wah... hero dah sunat. Bila nk wat pulut kuning? tapi pulut hitam pun ok gak... kekeke

    comel along ngan angah kat vet. sonok dorang dpt main ngan sammy eh... sama tinggi. besar btol kucing tu...

    Rajin cik yus melawat hero. Sangat jeles sbb sy dok jauh... tapi tak pe, ade peluang kite jumpa lagi kan iyo...

    PH mesti sgt lega sbb Hero dah boleh balik kan? happy la pak tam malam ni... Saya pun gembira dgr hero dh sembuh sepenuhnye...

    pasal kaki hero tu mmg masalah jugak kan. sbb keadaan kaki depan dia tu terlalu pendek. harap2 ade la insan yang bijaksana dan baik hati leh buat kaki untuk Hero, Amin...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur Iyo dah sihat.

    posing kat meja rawatan..cam cik marie lak tp cik marie takde la panjat,pose xsengaja kat tepi je.

    takut berat ek? bagi je tongkat. kuikuikui
    akan ade rezeki tu...Dia dah rencanakan segala2 yang terbaik

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah hero dah sehat.. tak dpt dah pak tam nak cakor2 testis dia lagi lepas bersunat. hehe =P

    tp kesian pulak sbb tak dpt nak berzuriat. hurmm..

    payah gak nak sambung kaki hero tu sbb dh hmpir 100% kaki depan takde. hope hero dpt sesuaikan diri dengan berat yg bertambah nti..

    ReplyDelete
  7. ar ar
    yang tahu bila haiwan dimandulkan
    berat badan akan menaik dan dia akan lebih manja lagi
    pasnih hero bertambah2 manja lah kan

    p/s : haha..terbayang2 si twins sebut IYOOOO tu...comel kut...hehehe..tingat anak buah plak dah...

    P/S : Drama Minggu Ini : Awak NAK Guna PC Ker Wahai Si Kacak?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Hero dah sihat...

    * janganlah risau tentang Hero yang akan 'tambah berat' dan 'sihat' selemas dikasi sebab pengalaman kak e 'mengkasi' semua kucing2 kak e tidaklah sampai jadi begitu. Dulu2 sebelum 'mengkasikan' kucing biasa dengar orang kata seperti itu tetapi stelah berpengalaman mengkasikan lebihkurang 9 ekor kucing, tak nampaklah seperti itu... mungkin ada kucing orang lain begitu atau kucing kak e 'tak serasi' untuk menjadi gemuk :p

    ReplyDelete
  9. syukur....hero dh sihat... :))

    ReplyDelete
  10. haha..bam bam nye sammy

    cmel la ank ph..ase nk cubit je..hehehe

    ReplyDelete
  11. sdeyh mula2 tgk video hero kt you tube,,now ni ase hepy sbb hero jmpe org yg brhati mulia mcm encik=))

    ReplyDelete
  12. sdh sgt ble bce cter hero kt mjlh mastika arine,rse bgtu tsntuh......kkejaman mnusia thdp haiwn...abg skluarge ibrt hero yg bhti mulia mrwt%mnjge hero sbaek mgkn.......mge sgle pgrbnn abg thdp hero dan haiwn jalanan yg abg bntu dbrkti dn drhmti yg maha esa.....bsyukur krna msh ade insan bhti mulia....sy myokong pgrbnn abg

    ReplyDelete
  13. anak kecil ini sudah mengerti apa istimewanya hubungan antara haiwan dan manusia.

    ReplyDelete
  14. salamunalyk..bila ana baca kisah papa hero kat mastika,ana xsangka masih ad lg hamba Allah yg bjiwa baik cam papa hero..ana kagum ngan semangat papa hero yang berusaha u sembuhkn hero..teruskn usaha murni papa hero..all da best,,ana suka tgk kembar papa hero....semoga usaha papa hero diberkati Allah,,,,....allahumma aamiin

    ReplyDelete
  15. anak kecil kalau diajar menyayangi sesama makhluk, sehingga dia dewasa akan kekal kasih sayang mereka sampai bila2.

    ReplyDelete
  16. sALAM PH KNAPA DENGAN HIDUNG iYO TU?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular