Kes Buang Bayi Di Kelantan Ganjil...

Sebelum ini mayat bayi ditemui terbakar di dalam tong sampah di Kelantan.

Terbaharu, menurut laporan Utusan Malaysia, jam 5 petang semalam mayat bayi perempuan ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah.




Wajar keputusan kabinet untuk menyarankan kepada Peguam Negara supaya mereka terbabit membuang bayi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sabit kesalahan pesalah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hah..? Macamana perasaan?? Artikel ini saya ceduk dari blog Mazidul Akmal Sidek..... 
Memang manusia ni tak habis-habis kejamnya...Sebaik sahaja melihat gambar mayat bayi tu, terus saya terbayang Along & Angah kat rumah...

1 ) Ke mana hilang pertimbangan si ibu yang melahirkan?
2 ) Ke mana pula si bapa yang pengecut tu?
3 ) Adakah ibu bapa bayi malang ini berbangsa Melayu dan beragama Islam? Atau mungkin juga warga Indonesia?
4 ) Apakah bangsa-bangsa lain sedang mentertawakan kita?


5 ) Apakah yang terjadi kepada orang kita sejak akhir-akhir ini?

Tak usah dihairankan...ini semua adalah kerja-kerja halus zionis....Valentine Day adalah satu contoh nyata tapi masih ramai yang nak ikut budaya Yahudi ni....

p/s :
Orang kahwin bertahun-tahun begitu susah nak dapatkan anak, tapi si minah ni dapat anak dibuang-buang pulak...ish ish ish...cian kat baby comel tu......

Comments

  1. bagus2...bg mati je org yg tau buat anak tapi tak mahu bela anak ni...

    ReplyDelete
  2. setuju 100%

    memamg wajar dikenakan hukuman berat camtu!

    makin menjadi-jadi skrg ni, hari-hari ada kes buang bayi, sgt2 menyedihkan :(

    ReplyDelete
  3. tak de yang ganjil dalam dunia sekarang. di mana2 saja boleh berlaku apabila pemikiran di kawal oleh hawa nafsu syaitan. langkah kerajaan memang tepat

    ReplyDelete
  4. Malas nak ikuti kes ini sebab tidak tergamak utk baca dan tgk gambar. Sama cam Hairey gak..bila terdgr crita2 ni..akan terbayang anak2 kat rumah. Memang wajar kes ini diklafisikasi sebagai kes bunuh.

    ReplyDelete
  5. kat kelantan tak ramai indonesia. melayu mesia n melayu thani majority.

    antara dua tu je la.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah
    kejam gila sampai sanggup bunuh budak tu dalam kumbahan najis
    memang patut pun kena hukum gantung sampai mati


    P/S : Itulah Bro! Kalau Nak Drift Tu Tutuplah Cermin Tingkap Kereta Tu Dulu! Kan Ker Ekau Dah Malu! Kahkahkahkahkah!

    ReplyDelete
  7. mmg patot diorng nie dihukum bunuh.,,tak pon rejam sampai mampos..tak da perasaan langsung...kucing syg anak tau..nie lebih dari binatang

    ReplyDelete
  8. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Sedihnya aku baca entri ni. Ya Allah, aku bersyukur mak aku tak buang aku masa aku kecik. Oh MAMA I LOVE YOU :"/


    Haih manusia manusia, tak fikir ke dosa buang bayi. Dah kantoi bersetubuh tu, pandai pandai lah terima baby tu! Hish otak letak kat mana pun aku taktau.


    Paling paling pun, kalau taknak bayi tu, bagi la kat orang yang memerlukannya. Ramai kot suami isteri yang mencuba tapi tak dapat baby. Kan bagus tu bagi dorang dari bunuh :(

    Haih, manusia manusia! Binatang pun tau jaga anak~!

    ReplyDelete
  9. Sedih sangat2 tengok baby yang kene buang mcm sampah.... naperlah si pelaku tu takde perasaan kasihan langsung to the baby. Kalau iye pun dah meninggal, tanamlah...
    (kucing yang "on the way to heaven" pun kene tanam.....)

    ReplyDelete
  10. betapalah untungnya wanita itu bisa menjadi seorg ibu tp sygnya hak yg sepatutnya dijunjung tidak lgsg diguna sebaiknya....tp aku....aku seorg insan berstatus is3...pelbagai usaha dgn doa yg xputus2 tp masih juga belum ada rezki punya zuriat sndr...ALLAH HU AKBAR.....

    ReplyDelete
  11. nauzubillahi minzalik. kejam. mintak simpang dari saya serta keluarga :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular