Perkembangan Shiro, Isu Pengkasian Haiwan Dan Realisasi Penubuhan Pusat Penempatan Haiwan Terbiar 1 Malaysia

Saya minta maaf pada sahabat2 blogger2 yang tak sempat saya kunjungi..Apakan daya, beruk band dah jadi nangka...rasanya dekat 10 kali saya cuba tapi tak boleh jugak nak komen dan masuk belog sahabat2 saya ni...

Pun begitu, saya agak 'surprised' melihat perubahan template2 Raya diorang ni terutama belog Chika dengan Marylin tapi masalah lain pula yang timbul...

Saya tak boleh komen blog Chika..page reload pun tak habis setelah 10 minit menunggu..hu hu

Saya tak boleh komen blog Marylin malah tak boleh bukak langsung...


Kalau nak blog walking time kerja memang susah sikit...ramai mata2 yang memandang...tentang FB, masuk jer kerja memang saya online tapi komen pun kadang2 jer itupun sebab boss pergi meeting...jadi, waktu saya update blog time lunch sahaja...selalunya saya dengan Pak Tam akan blogwalking pada waktu malam tapi apakan daya, aku hanya pelanggan beruk band yang dikenakan bayaran bulanan...line ada ke takde itu belakang kiraa...hu hu hu


Hari ni masuk hari kedua seekor anak kucing jalanan bernama Shiro berada di rumah saya..selera makannya kuat..dah kenyang pun nak sental piskis lagi..tak cukup yang dalam mangkuk, piskis yang kat atas lantai pun dia bedal...


Saya baru sahaja membubuh ubat titis mata pada mata Si Shiro ni..teruk juga sakitnya...tak cukup menyusu badan tu...tapi pagi tadi saya tengok mata dia dah ok sikit...




Tengoklah dengan mata kepala sendiri...tapi, saya puas dapat tengok dia kenyang...


Hero semakin cool dan ceria....dah lama tak bergurau dengan dia...


Suka tengok bila mata hitamnya bulat dan penuh....







************************************
PENGKASIAN HAIWAN

Terdapat banyak pendapat mengenai isu ini..ada yang kata tak patut, ada yang kata pemilik yang mengkasi haiwan mereka adalah zalim, ada yang kata "boleh ke? zalim tu..biarlah kot..dia pun nak merasa kahwin gak..."

Mengapa mereka berkata begitu? Kita tak boleh juga salahkan mereka...Sebab apa..? Mereka ini kurang kesedaran mengenai kepentingan mengkasi haiwan....kalau nak dicerita keburukan tidak mengkasi haiwan, rasanya tak cukup space blog ni...jadi, apa kata luahkan pendapat anda ke dalam Ruang Discussion di sini..: ( KLIK DI SINI )

Ini adalah salah seekor kucing jalanan jenis Bengal kat dalam site saya ni..tak tau la siapa punya..rasanya macam nak ambik tapi...tak yah kot...takut tak mampu nak jaga...


Ini adalah salah satu implikasi sekiranya haiwan tidak dikasikan..Pola pembiakannya tidak terkawal dan akhirnya mereka hidup merempat...lepas tu disepak sana sini macam bola...

Jangan risau, saya dah bagi kucing ni ubat mata...

Kezaliman mengkasi haiwan hanya dilihat dengan mata kasar sahaja...tetapi tahukah anda kezaliman akibat tidak mengkasi haiwan adalah lebih teruk implikasinya...?


Insyaallah saya akan membuat wawancara khas mengenai isu ini bersama Dr Intan dan En Hadzwan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic

p/s :

Teringin melihat Pusat Penempatan Haiwan Terbiar 1 Malaysia ditubuhkan di setiap daerah-daerah, Felda dan di kampung-kampung dibina sepertimana Klinik 1 Malaysia..Kalau berpuluh2 projek kondominium boleh dibina, apa salahnya diperuntukkan bajet untuk projek penempatan haiwan ini..? Buat hanya untuk kucing sahaja pun jadilah....( Tak balik modal agaknya... )

Comments

  1. kalau mmg betul2 jadi.saya sokong seratus peratus.insyaallah kalau perlu bantuan kewangan saya akan cuba bantu..
    sy nak kongsi sikit.haritu pegawai dekat kolej kediaman saya panggil pest control utk buang kucing2 kat kolej tu.sy terkejut sebab die pengsankan kucing2 tu dan letak mereka kat dalam satu bekas plastik.diorang buat mereka tu mcm sampah yg nak dibuang.lepas tu ada seekor kucing yg terjatuh dr bangunan tingkat 3 tak silap saya akibat dikejar dajal2 tu.as a result,kucing tu terjatuh dan terus tak bergerak.dia masih hidup tp saya rasa spinal cord dia dah rosak.saya berannggapan yg dajal2 tersebut takkan bawa pun kucing tu pergi vet.yelah dajal bertopengkan manusia.lepas tu sy xtahu kucing2 tu dibawa kemana.kejadian ni berlaku semasa sy xde pergi ke kelas.mmg tak patut mereka buat mcm tu dlm bulan2 puasa.akan ditarik rezeki mereka tu.
    wahai manusia durjana igtlah bahawa kucing adalah pemberi rezeki.apalah perasaan baginda a.s melihat haiwan kesayangannya diperlakukan begitu..wallahualam.sy hanya boleh berdoa je utk nasib2 kucing tu.saya harap tuhan akan membalas balasan setimpal dgn apa yg mereka dh lakukan tu..astaghfirullahalazim..

    ReplyDelete
  2. manjanya dgr sore Shiro, cian tgk dia yg masih baby dan xdpt kasih syg dr ibunya alhamdulillah papa hero sekeluarga sudi berkongsi kasih dgn makhluk berbulu paling comel ni :)

    suka tgk Hero jadik t-rek hehe...

    kucing2 sy sumenya dah dikasi bek yg jantan bek yg betina, tggl 2 eko yg masih kecik nak tggu cukup umur dulu ;)

    ReplyDelete
  3. hi, saya dari dulu asyik kutip kucing2 terbiar dan saya jaga. tapi hanya mampu jaga dari segi makan minum, bila kucing2 sakit betul2 baru saya bawak ke clinic due to financial. Saya selalu berdoa semoga Allah murahkan rezeki saya supaya saya boleh kutip semua kucing2 terbiar dan di-kasi-kan. Jika jadi projek ini, inshaallah saya akan bantu dari segi kewangan mana yg mampu. Dalam kereta saya sentiasa ada makanan kucing supaya saya boleh bg makan pada kucing2 terbiar yg saya jumpa. Skg kucing2 saya berjasa dgn saya dgn menangkap tikus setiap hari. Tiap kali tangkap tikus pasti esok pg akan saya jumpa tikus yg mati di depan pintu dapur. Rasanya tanda mereka menghargai saya....Sayangilah haiwan tak kira anjing sekali pun kerana ianya ciptaan ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  4. terbaik punya... anak2 kucing kat blok aq, dah aq tempatkan kat depan bilik.. ada 1 bilik kosong... nasib bek ade... dak2 lain pun ade yang letak gak, arituh aq nampak macam terbiar jeh... aq letak 3 ekor memula... pahtu dorang tambah.. adik-beradik kucing tu kot.... makanan? ramai yang letak kat situ...

    ReplyDelete
  5. aah la...
    sokong sgt..
    ade tmpt haiwan terbiar...
    sape la agak nye nk bela nsib2 haiwan terbiar ni....

    ReplyDelete
  6. Encik yang mulia,

    kalau x keberatan,boleh hubungi saya thru emel youthless04@gmail.com.saya x punya blog or fb.saya nak beri sedikit sumbangan utk tlg encik berhati emas ini.baru beberapa bulan saya follow blog ni n rasa nak tlg setakat yg mampu.

    TQ

    ReplyDelete
  7. alolo shiro.
    insyallah mata dia akan baik.
    cuma mengambil masa skett.
    seronok dengar dia kuat makan.
    hero..miss u.

    ReplyDelete
  8. salam..bagusnya kalau program ni berjaya.pasal kasi haiwan ni memang ramai lagi yang tak sedar kebaikannya..bila sy beritahu yg sy kasikan kucing2 kami(budak umah sewa) ada yang marah ckp berdosa halang nafsu mereka.mcm mana kalau kita plak yg dikasi..bila sy ckp hukum dia harus kena mrh lagi ckp ada masanya hukum tu jatuh jadi harus (agak susah bila nak berhujah pasal hukum ngan org yg belajar agama nih) tapi mereka tak nampak kesan baiknya..

    ReplyDelete
  9. sedikit bingung sih sam bahasa TS,tp sdkit banyak saya mengerti dengan ap yang TS bicarakan..
    sukses bwt TS

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular