Bila Papa Hero Bermadah.... ( ni la gunanya ada blog )...he he he

Alhamdulillah...Dah lebih 3 dekad PH bernafas...masih banyak lagi perkara yang belum selesai...banyak lagi perkara dan matlamat yang PH nak capai.....Selama 2 tahun menjadi murid tadika, 6 tahun menjadi murid, 5 tahun menjadi pelajar, selama 2 tahun menjadi penuntut arkitek, dan selama 10 tahun mengabdikan diri di dalam tapak binaan bangunan, Alhamdulillah PH dapat praktikkan apa yang PH telah belajar selama ini...Ramai juga dikalangan shabat2 PH telah keluar dari bidang yang dipelajari.....Bak kata Dato' Aziz Satar di dalam filem Seniman Bujang Lapok " Ni la namanya NASIB...." Alahai....


Ini salah seorang sahabat PH...Firdaus namanya...seorang pemuda yang berperangai gila-gila, tetapi amat hormat kepada orang tua....Sanggup membayar nazar dengan membotakkan  kepalanya sempena sekembalinya ibubapa beliau dari Mekah menunaikan fardhu Haji dengan selamat....


Ramai juga di antara kita yang bersangka buruk tentang nasib...Sekiranya ditimpa musibah, takdir juga yang dipersalahkan....sedangkan Allah tidak sekali-kali berlaku kejam ke atas hambanya....Apa yang berlaku adalah datang dari manusia itu sendiri...Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk datang daripada sikap manusia itu sendiri...Wallahualam...


Bumi mana yang tak ditimpa hujan...semua orang ada masalah tersendiri...yang membezakan masalah itu sendiri adalah bagaimana ianya diselesaikan...Masalah bukan untuk difikirkan, sebaliknya adalah untuk diselesaikan....


Jadi, terpulang kepada manusia itu sendiri bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah yang melanda...lagi satu, kalau kita selalu sangat menyebut MASALAH ketika kita dilanda masalah, percayalah....lagi banyak masalah yang akan datang sebab ucapan yang keluar dari mulut kita adalah satu permintaan....Jadi, langkah yang terbaik untuk mengelak semua ini ialah dengan beristighfar serta menyebut ALHAMDULILLAH...sebut kat dalam hati pun takper...Allah itu Maha Mendengar....Kalau kita ada niat yang terlintas kat hati untuk berbuat perkara buruk terhadap orang lain, Allah pun boleh tahu juga...

Bersyukur sangat kepada Allah kerana mengurniakan Along & Angah kepada PH...Terima Kasih Allah ke atas rezeki yang telah Engkau beri kepadaku di dalam keadaan yang tidak disangka-sangka ini.


Damai rasa hati melihat tubuh kecil ini tidur....


PH sudah boleh terseyum, tetapi PH masih belum boleh tersenyum puas lagi....


Akan tetapi, PH agak sedih kerana hari ini adalah hari terakhir PH bersama Zul...Hari ini adalah hari terakhir beliau bertugas di sini....PH tidak akan lupakan segala kenangan lucu PH selama bersama beliau. Beliau adalah seorang yang kelakar....


Setiap yang bertemu, pastinya akan berpisah...baik berpisah secara hidup...ataupun berpisah secara mati...


Wallahualam....

Comments

Post a Comment

Entri Popular