KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Selagi Kucing Kita Tu Nak Bergurau Dengan Kita, Layan Kan Ajer.....

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, November 3, 2010

Selagi Kucing Kita Tu Nak Bergurau Dengan Kita, Layan Kan Ajer.....

Posted by Papa Hero | Wednesday, November 3, 2010 | Category: , , |

Semalam Iyo tido kat atas katil....kuat betul dia berdengkur...sekali-sekala ternampak kakinya bergerak-gerak...mengigau la tu...lepas tu kaki depan dia yang comel tu tu pun bergerak2....macam nak duit pun ada....tengok kat nipple Iyo tu betul2...cuba teka ada ape yang pelik...?


Tadi gambar nampak telur...yang ni tak nampak telur...ha ha ha...gambar nipple yang PH soh tengok tu, gurau2 je la...tak yah tengok pun takper...hu hu hu ...mana der pelik...same jer....


Semalam Pak Tam satu hari tak balik rumah...risau betul PH..kejap2 tanya MH " Pak Tam mana?" MH cool jer jawab..."Ade tu..nanti balik la..." PH bukan apa...Pak Tam tu budak lagi...baru nak meniti usia dewasa...kat luar tu dah la banyak anjing liar besar2...takut plak PH nak fikir pasal dia.....


Ni rupa Iyo tido depan pintu...telur dia sejuk kena lantai...ha ha ha


Pak tam dah jadi lebih besar dari iyo...dah jarang nampak mereka bergurau...sebab Pak tam dah dewasa....


PH rindu saat ni....


Iyo pun dah jarang bermain2...skg Iyo ada time2 dia nak main plak...dah letih la tu...


sama juga dengan Pak Tam...sejak akhir2 ni, dia selalu tido kat atas katil PH.....tengok la susuk tubuh Pak Tam ni...dah sasa...sikit hari kalau ada rezeki PH nak neuter Pak Tam....Terdapat banyak pendapat yang bercanggah tentang pengkasian haiwan...PH cuma ikut nasihat doktor veterinar...Kucing yang dikasi lebih sihat dan lebih panjang umurnya selain memelihara pola pembiakan kucing....sekaligus dapat mengelakkan kucing dari dibuang...


Cian Iyo....ngantuk la tu.....


Sekali tengok, Iyo kalau berdiri nampak macam budak kecik umur setahun...he he he


Kalau kucing ni dah tak nak main satu hari nanti, tuan dia mesti rindukan  saat2 ni balik....


P/S :
Pak Tam dengan Iyo sedang mengalami peralihan usia di mana karektornya turut berubah....jadi, sementara kucing kita tu masih nak main2 dengan kita, biar jer....layan kan ajer derang tu....nanti bila dia dah besar, kita plak yang rindu kat keletah dia yang dulu....tapi, masa tu dah terlambat doh...hu hu

Comments
11 Comments

Currently have 11 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. alololo.. paktam kuar carik awek la PH..
    da besar da skrg...
    da pandai~ hehehhe

  2. hai! first time disini~ comelnya kucin.. :)) saya pon ada..kucing anak beranak beramai2 bewarna kelabu dan hitam putih.hehehe.

  3. ye yer...setuju ngan PH!

    oleh itu biarlah senakal mana bebdk jebon kat rumah akan sy layan sampai pengsan heheee....

  4. Betul!...Betul!...Betul!...Betul!...Betul!...
    Selagi budak-budak ni nak bergurau, bermain layankan aje keletah diorang.. nanti sok dah besar diorang tak hirau dah nak main nak gurau bagai ngan kita., dah besar nanti diorang sibuk cari awek, sibuk nak kawen, sibuk buat anak, sibuk nak tunjuk hero (bukan Hero PH) kat kucing lain...
    heheheheee...
    Bila dah besar cara diorang nak mintak attention pun dah lain jugak.. lebih matured, lebih serius, takde nak main-main sangat mcm time bebudak...

  5. Kelakar la video ni. Hihihihihi... cute

    Betul tu PH. Setuju sgt2. Kat umah ni hanya beberapa ekor shj yang nak bermain. Kadang2 paksa main. Sbb nnt dh tua, dh tak larat dah.

  6. adakan kelas pndidikan jasmani untk tucin2 t'sebut...(^^,).....
    (wan ezzah)

  7. sokong mengenai isu menKASI tu...lagipun jika dah terlalu ramai sangat mendatangkan masaalah pula lagi kesian.....KALAU KUCING BETINA NOLEH TAK KALAU NAK KASI..?

  8. iye,,betul tu PH..
    kucen pon mcm manusia..
    semalam sy g kat blog kat ME, ada kalkulator usia kucen..
    usia kucen 2 thun = usia manusia 25 tahun..
    so, bayangkan la peralihan karektor diorg..

    p/s: pengkasian kucing demi kebaikan adalah halal dan dibolehkan..

  9. paktam dh besar....
    dh nak cari awek la tu

  10. hehehe... biasa la 2 PH... diowang nie br pandai nk brmakwe2... ala, nnt diowang po rindu nk main2...

  11. papa saya sama macam PH, suka n sayang sangat kat kucing. bila ada kucing yang datang rumah, dia mesti bagi makan sampai kucing tu dah jadi kucing rumah kami. insyllah, bila anak2 PH besar, mereka akan jadi sama seperti PH juga. Kami adik beradik memang dah terikut macam papa,sayang kucing-kucing ni sampai ada adik saya yang bahasakan diri 'akak' dengan kucing-kucing tu. bila ada yang hilang/lari, kami masing-masing cuma boleh doakan agar kucing-kucing tu semua selamat n jumpa orang baik-baik untuk jaga deorg. tapi dalam diam, masing-masing menangis sebab terlalu rindukan keletah deorang yang macam-macam tu.semoga PH teruskan usaha murni PH tu je


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails