Terima Kasih Kepada Peminat Setia Hero...Tapi...

Mengenai entri2 pasal Hero, saya mendapat reaksi positif dan permintaan melalui ruangan komen / email / facebook daripada para pembaca blog ini. Di antaranya ialah :

1 ) Ada para pembaca ingin menaja makanan untuk Hero.
2 ) Ada pembaca yang ingin supply pasir kumbahan.
3 ) Ada pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan wang ringgit.
4 ) Ada pembaca yang nak jumpa Hero ( boleh ajer )
5 ) Ada pembaca yang ingin menaja kos2 perubatan untuk Hero.

Hmmm...saya nak minta pendapat / cadangan daripada anda seperti :

a ) Patutkah saya berikan no. akaun bank?
b ) Patutkah saya beri alamat rumah? Sila komen yer.

Masalahnya pulak,
Bolehkah saya menerima semua ini kerana saya tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan ke atas Hero terutama dari segi wang ringgit. So, bagaimana pendapat anda semua?? Sila komen skali...

Comments

  1. salam,
    elok kasi no akaun tapi no akuan saya lah...:)

    ReplyDelete
  2. ha ha ha ha ...mana menghilangnya bro aku yg sorang nih??

    ReplyDelete
  3. salam,
    aku pernah tanya kamu dua kali pada hari yang berlainan, satu di shoutbox dan satu di kotak komen tentang rancangan kaki palsu untuk hero. Namun sayangnya kedua-dua soalan yg aku ajukan masih kamu belum jawab sehingga hari ini.

    Jadi aku tidak tahu di mana keperluannya yang boleh aku bantu. Okey. Aku nokhtah di situ.

    Ada seorang blogger juga yang baru menyelamatkan seekor kucing yg di potong ekor dan kakinya. Dia tidak meminta bantuan tetapi rakan-rakan peminat kucing dari serata negara ingin membantu membiayai kos rawatan kucing tersebut melalui akaun Paypal.

    Blogger tersebut menyenaraikan jumlah sumbangan yang di terima dan menyenaraikan juga jumlah yang telah di gunakan.

    Selain itu beliau meletakkan gambar yg kucing itu di bawa ke vet dan menerima rawatan.

    untuk yg mahu menyumbang makanan atau pun pasir, itu mungkn tiada masalah.

    dan untuk menjawab soalan terakhir kamu, seperti yang telah aku ceritakan di atas, kamu perlu membuat satu rancangan jangka panjang untuk hero. Sekurang-kurangnya pemberi sumbangan tahu kemanakah wang itu di salur. Sekurang-kurang kamu tidak akan rasa serba salah untuk menerima sumbangan dari orang lain.

    Contohnya soalan yang aku tanyakan kepada kamu,

    Apakah kamu ada merancang untuk membuat kaki palsu buat hero?

    Jika ada, kamu perlu survey harganya dan cara untuk mendapatkannya. Kosnya dan segala yg berkenaan dengan itu. Jadi kamu boleh menetapkan berapa jumlah yang kamu perlu untuk kos kaki palsu itu.

    Sebab bagi aku secara lahiriah aku lihat hero tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain kecuali keadaan kakinya.

    Kesimpulannya sekarang, jika kamu bersetuju menerima sumbangan, kamu perlu tahu ke manakah dan untuk tujuan apakah sumbangan itu di salurkan. Rancang sebelum menerima.

    Aku minta maaf jika ayat aku agak berbelit-belit,, tapi dari pengalaman, pembacaan dan pengamatan aku, penyelamat kucing terbiar hanya menerima sumbangan dari segi wang ringgit jika kucing itu memerlukan rawatan untuk mengubati penyakitnya.

    TQ

    ReplyDelete
  4. tak perlu rasa mengambil kesempatan as long as semua itu betul² disalurkan untuk hero =)) tak salah nak terima semua tu pun, sebab sebagai orang yang cintakan kucing, rara sebak bila tengok hero. menitik airmata.. dan, boleh tak rara tahu u stay area mana? KL ke? please let me know. thanks. really want to see hero if diberi peluang :(

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn tedi, memang kengkadang rasa serba salah, takut orang salah sangka. Tapi papa yakin orang yang nk menyumbang tu ikhlas. Rezki Hero tu. Maknanya banyak orang sayang dia.

    Oh ya, plan nak dtg minggu ni tu bila. Kalau hari minggu memang papa ada rumah. Tak sabar nak jumpa si cumel Hero cayang tu :D

    ReplyDelete
  6. 1 ) Tentang kaki palsu Hero, saya tak bercadang untuk membuatnya walaupun ada modal. Ini adalah kerana :

    a ) Bila Hero dah bole bergerak macam kucing biasa, tak mustahil satu hari nanti dia akan hilang dari mata saya. Saya akan menyesal tak sudah nanti...Saya tak mahu lihat dia dilanggar kereta atau digomol anjig.

    b ) Dah 5 tahun saya bersama Hero, saya lihat dia cuma ada masalah menguruskan diri hanya pada tahun yang pertama sahaja. Dia sukar untuk makan, buang air malah nak minum susah. Kadang2 muka2 terjerumus masuk dalam mangkuk air. Tapi lepas tu, dia dah boleh berdikari. Walaupun kudung, naluri dia masih macam kucing2 lain. Dia suka main tali dan bergurau. Jadi, saya train dia sampai dia boleh berdikari hingga sekarang. Hero juga tiada masalah untuk mengawan tapi kelakarla cara dia tu. Dia main mengiring...ha ha ha ha ...kucing betina tu pun heran tapi da layan agaknya, ikut jugakla style Hero tu..Hero dah ada anak. Banyak kali da dia kawin. Bila da sampai time mengawan, aku kidnap kucing betina bagi kat dia. Jahatnya aku...

    2 ) Tentang sumbangan untuk Hero, saya bercadang akan siarkan nama2 penyumbang dalam blog ini dan saya akan rekodkan segala apa yang saya buat dengan duit2 sumbangan tu. Saya akan buat topik khas untuk ini.

    3 ) Kepada cik Tedi, saya minta maaf banyak2 sbb tak reply msg awak kerana atas kesibukan kerja. Sebenarnya, PC saya ni berada di depan meja bos saya. Jadi faham2lah yer. Kalau nak tau rutin saya, sila ke surf blog saya yg lagi satu http://rahsiamembinabangunan.blogspot.com

    4 ) Yang nak jumpa dengan Hero, nanti emailkan kat saya dan saya akan bagi alamat.

    email : boyachilles30@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Dan satu lagi cadangan saya, apa kata kita beramai2 pergi ke rumah Papa Meow hujung miggu ni...Papa Meow, tolong bagi alamat....he he he

    ReplyDelete
  8. mana alamat paapmeow, rumah katy ner. nak gi minggu ni

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Saya bagi pihak Kelana Jaya Veterinary Clinic sangat berbesar hati jikalau mendapat peluang menyumbangkan sesuatu untuk Hero.
    Gembira apabila melihat keadaan Hero sekarang yang bertambah sihat dan segar. :)
    En Hairey, Saya harap kita dapat berjumpa atau berkomunikasi bagi pihak Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk menyumbangkan sesuatu pada Hero. Khidmat nasihat dan rawatan.
    Saya berharap En Hairey dapat menghubungi saya. Saya serta kan alamat dan no telefon di bawah.
    Sekian terima kasih.

    Ikhlas,
    Kelana Jaya Veterinary Clinic
    D-G-06 Dataran Glomac SS 6/20A,
    Pusat Bandar Kelana Jaya,
    Kelan Jaya 47301,
    Selangor.
    +603-7804 8804

    ReplyDelete
  10. Salam bro,

    Saya sebak dan sedih sangat baca kisah hero. kalau boleh nk bg sumbangan sedikit, x kisahlah wang ringgit, makanan or belanja vet for hero. jangan bimbang xda kena mengena dgn ambil kesempatan dalam hal ni sbb ini untuk kebaikan hero bersama. kim salam sayang kat hero..nasib baik dia jumpa tuan yg sgt sygkan dia mcm bro..semoga bro n famili panjang umur n murah rezeki..

    ReplyDelete
  11. Tak perlu risau atas sumbangan yg orang nak kasi ... peduli la apa orng nak kata ... yg menyumbang dah tentu ikhlas nak kasi.... lagi pun yg menyumbang biasa animal lover .... only people with a same insterest know the feeling towards animal nie ... peace ...

    ReplyDelete
  12. menarik...
    cuma jangan lepas ni ramai orang tibe2 nak bela kucing cacat sebab nak wat duit jugak... sy juga cat lovers, saya percaya anda ikhlas, cuma tak mahu orang lain pulak yang amik kesempatan....

    hero kudung, memang kesian, tapi skrang kecacatan dia satu keistimewaan bile dia boleh berdikari, jadi tak perlu kaki palsu, sama saja macam kucing berkaki 4.

    hug n kisses for hero...
    hanya Allah saja yang dapat membalas jasa anda.

    ReplyDelete
  13. I understand that you don't want to put a wheel or a brace on Hero. However, elok jugak kalau pakai, he won't go far, you can always limit his movement around the house. Kena pikir bila dia dh makin berat, badan susah nak tampung.

    Dia nampak sihat, maybe what Hero needs now is the body braces untuk dia gerak2 dalam rumah. Tapi decision still falls on your hand. It's all up to you. :)

    Another thing, since you don't want people to think that you're taking advantage of Hero, please do consider making a separate website/blog for him, without the amazon ads, nuffnang ads, etc etc

    People will be able to read about him easily and if you let me, I can help you in making one in blogspot/wordpress/others and give you all the access afterward.

    -ebbster

    ReplyDelete
  14. Thx to you all for the sympathy and support....
    Aku tak tau apa akan jadi pada aku kalau Hero da takde...

    ReplyDelete
  15. helo owner hero :)
    i kebetulan terjmp blog ni from facebook..im a catlover n i have a cat too. i nak share sket info psl penting nye brace/support tuk tgn hero.i faham u risau klo hero da pndai berjln, nti merata2 plak die pegi..i pun ade kucing,n ade byk experience ngn diorg ni..takleh g jln jauh2 sket, mesti i risau..but anyway, maybe u would want to consider pakaikan hero support tuk tgn die.skrg ni hero's body is totally supported by kaki blkg die.im afraid,as he gets older, the muscles in the legs da tak kuat lg since die da start gunekan kaki tu sepenuh2nye,in fact berganda2 since die kecik lg.u can't imagine how hard he forces his energy to walk/jump all these while. so the bone development there tak same cam kucing biasa. tu tak termasuk tulang blkg sume lagi..who knows..
    fyi, ade case yg same cam hero beza nye die anjing(kat US tak silap) where he lost his tgn and the vet suggested that die pki support tuk ringankan beban die especially in future nnti.
    in ur case, maybe u leh pki kan kat hero time u/ur wife ade kat umh..so at least,time die main2 kat umah/nak jln2 dlm umah u, tade la die penat..
    but anyway, i just nak share my views je..and i totally understand ur situation.yg penting u da jg die elok2 pun da ckup..smoga Allah murahkan rezeki u :)
    i tadi tak berhenti2 plak nangis tgk hero. sedih sgt.teringat kat kucing i yg da mati.
    smoga hero panjang umur n sihat slalu :)
    p/s: u sndri tgk ke org tu potong tgh hero? :(

    ReplyDelete
  16. Sekarang saya sedang menunggu reply email dari seseorang...dia adalah warganegara US dan berminat untuk merekabentuk wheel untuk Hero...kosnya saya tak tau lg baper...entahla, ramai yang suggest supaya Hero dipasang support...

    ReplyDelete
  17. Hi there. I've just heard about your Hero, poor cat. Nvm, at least many people loves Hero, and nevermind about what people say. You're not taking advantage on anyone but your truth is just to reveal how cruel man can be. Well, that person will get what he deserves soon.

    Btw, all the best to you and Hero. Hero is just one special cat that can rocks the world!!! Long live Hero.

    ReplyDelete
  18. ada kerusi roda utk kucing n anjing..beli la utk hero nih..sian la saye tgk

    ReplyDelete
  19. bagus tu...cube tuan tanah try sevey kerusi roda utk kucing..boleh bantu hero tu

    ReplyDelete
  20. wah banyak kucing.. memang kos perbelanjaan kucing ni tinggi sbb adik pernah terjebak dalam pemeliharan kucing ni..deman je antar klinik..hehehe

    ReplyDelete
  21. sy setuju dgn apa yg kay sebutkan tuh...elok jugak if iyo bole pakai brace/support.papa iyo x perlu risau psl ape yg org nak ckp...if derang kata nak derma semestinya derang ikhlas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular