Info Angin Pasang..Artikel Menarik Untuk Lelaki
Soalan :
SAYA menghidap gastrik sejak setahun lalu. Apa yang merunsingkan
saya adalah apabila perut saya kosong, buah zakar terasa begitu
sakit dan saiznya menjadi besar daripada biasa seolah-olah terkena
angin pasang. Perut pula menjadi senak sehingga menyukarkan saya
berjalan.
Ia sering berlaku ketika saya dalam keadaan terangsang dan zakar
sedang menegang. Namun, apabila berjalan dalam keadaan kenyang,
kesakitan pada buah zakar itu berkurangan.
Saya ada terbaca artikel mengatakan kejadian angin pasang mempunyai
kaitan dengan gastrik kerana apabila perut dipenuhi angin, ia turun
ke kemaluan dan menyebabkan angin pasang. Bagaimanapun, apabila saya
bertanya dengan doktor di klinik panel syarikat tempat saya bekerja,
dia mengatakan angin pasang tidak ada kena-mengena dengan gastrik.
Saya keliru dengan masalah ini. Benarkah saya mempunyai masalah
angin pasang? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 25 tahun, belum
berkahwin dan tidak mempunyai masalah pada ketegangan zakar atau
ereksi.
SUDIN,
Kuala Lumpur.
Jawapan :
ISTILAH angin pasang, angin pepasang atau hernia dikaitkan dengan
usus yang termasuk ke dalam satu ruang atau rongga melalui pembukaan
yang tidak normal. Jadi, angin pasang boleh berlaku di mana saja
dalam tubuh badan kita.
Angin pasang yang berlaku dalam kerandut buah zakar dikenali
sebagai `indirect inguinal hernia'. Wanita juga boleh mengalami
angin pasang yang sama, cuma ia berbeza di mana usus terkeluar dari
perut dan masuk ke bahagian kelangkang atau sebelah tundun melalui
lubang atau pembukaan yang tidak normal. Kesimpulannya, lelaki dan
wanita memang boleh mengalami angin pasang.
Pada peringkat awal, angin pasang tidak kelihatan jelas kecuali usus
yang termasuk dalam ruang atau rongga itu mengembang akibat
perjalanan angin atau makanan. Apabila angin tiada atau keluar dari
bahagian usus dan usus kempis serta tiada pergerakan makanan di
dalamnya, perkembangan ruang atau rongga itu berkurangan dan angin
pasang kurang kelihatan.
Apabila tiada angin, hernia kelihatan berkurangan. Disebabkan angin
pasang boleh membesar akibat kemasukan lebih usus, usus boleh
terpulas atau terhimpit oleh lubang yang dimasukinya. Ia tidak boleh
dibiarkan dan perlu dipulihkan supaya perkara yang tidak diingini
tidak berlaku.
Angin pasang boleh diubati melalui pembedahan pemulihan di mana usus
dikembalikan ke dalam perut dan lubang yang tidak normal itu ditutup
serta dinding perut dikukuhkan supaya ia tidak berulang.
Bagi individu yang berasa dirinya terkena angin pasang, segeralah
berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk kepastian, sama
ada masalah yang dialaminya itu angin pasang atau sebaliknya.
Mungkin maklumat yang dijelaskan tadi dapat membantu kita memahami
angin pasang dan istilah lain yang digunakan untuk masalah yang
sama.

Comments
Post a Comment